Belilah Novel Aku!!!!

Friday, July 29, 2011

Persoalan Yang Timbul Selepas Malaysia Tewas Dalam Kelayakan Piala Dunia

Wisel penamat ditiupkan. Malaysia yang hanya mampu mengutip keputusan seri 1-1 di Stadium Bukit Jalil tersingkir dari pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 4-6.

Selepas perlawanan tamat, timbul pelbagai komen dan perbalahan diantara peminat melaui Facebook, Twitter atau pun secara mulut.

Kali ini, aku nak bercerita sikit tentang beberapa persoalan yang timbul di hati aku dan beberapa kawan blogger dan Twitter selepas perlawanan semalam.


Persoalan 1: Adakah malaysia memerlukan pemain import?

Melihat barisan pemain Singapura, kita dapat melihat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengambil beberapa orang pemain import, bukan penduduk kelahiran Singapura, dan diberikan kerakyatan untuk bermain untuk Singapura.

Adakah mungkin untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meniru langkah FAS?

Sudah pasti cadangan ini akan menerima tentangan dari semua rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia mahukan pemain kelahiran Malaysia menjunjung misi negara ini.

Tapi mengambil rakyat import untuk mewakili Malaysia bukanlah perkara baru di Malaysia.

Yuan Yufang adalah salah satu contoh termudah. Atlet lumba jalan kaki ini merupakan rakyat kelahiran Beijing, China. Beliau telah mewakili Malaysia lebih kurang 10 tahun dalam sukan ini dan berjaya memenangi beberapa pingat emas di Sukan SEA, pingat gangsa semasa Sukan Komanwel 2002 dan 2 pingat gangsa lagi dalam Kejohanan Olahraga Asia pada tahun 2000 dan 2003.

Irina Maharani, kelahiran Russia, mewakili Malaysia dalam acara menembak dan berjaya membawa pulang pingat buat Malaysia di Sukan SEA.

Jadi, aktiviti import-mengimport bukanlah sesuatu yang baru buat Malaysia.

Malahan, perkara import-mengimport pemain bukan sahaja dilakukan oleh Singapura sahaja, negara yang terkenal dengan kehebatan pasukan bola sepak mereka juga melakukan perkara yang sama.

Pasukan Jerman misalnya. Miroslav Klose dan Lukas Podolski merupakan kelahiran Poland, Cacau kelahiran Brazil, Gerald Asamoah berasal dari Ghana dan Kevin Kurányi berasal dari Brazil.

Bukan setakat Jerman sahaja. Itali mengambil Thiago Motta, pemain kelahiran Brazil. Sepanyol mengambil Marcos Senna, juga satu lagi pemain kelahiran Brazil dan Portugal juga mengambil anak jati Brazil, Deco. Jangan lupakan pasukan kesayangan seantero dunia, England, yang mengambil Owen Hagreaves, kelahiran Kanada.

Jadi, mungkinkah satu hari nanti Malaysia membuka pintu untuk pemain import?


Persoalan 2: Bilakah penyokong Malaysia akan faham yang tembakan laser itu salah?

Sekali lagi, isu laser timbul sekali lagi. Kita dapat lihat penjaga gol Singapura ditembak oleh pancaran laser dari penyokong Malaysia beberapa kali dalam perlawanan semalam.

Adakah penyokong Malaysia tidak sedar perbuatan tersebut merugikan pasukan Malaysia? Adakah mereka tidak sedar yang pengadil boleh menghentikan perlawanan (jika kesalahan berulang kali dilakukan) dan pengadil boleh terus menganugerahkan kemenangan 3-0 kepada Singapura?

Yes! Stop playing with that stupid laser. Please!


Persoalan 3: Adakah kekalahan ini bakal mengganggu Skuad Harimau Muda dalam kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011?

Satu benda yang kita nampak dengan skuad bola sepak Malaysia ialah semangat!

Semenjak kemenangan pingat emas di Sukan SEA 2009, semangat pemain Malaysia tiba-tiba bangkit. Dengan semangat yang ada ini telah menyebabkan permainan skuad Malaysia menjadi lebih baik dan seterusnya membawa kepada kemenangan Piala AFF pada tahun lepas.

Dengan semangat ini jugalah, pemain Malaysia dari skuad senior dan skuad Harimau Muda meneruskan pejuangan untuk kelayakan Piala Dunia 2014 dan kelayakan Olimpik 2012.

Dan kekalahan malam semalam sudah pasti menjejaskan semangat pemain Malaysia. Bukan hanya kerana persembahan buruk menentang Singapura, sama juga ketika menetang Taiwan.

Malahan, ada beberapa pemain yang mewakili kedua-dua skuad senior dan skuad Harimau Muda, seperti Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad dan lain-lain lagi.

Jadi, adakah kekalahan skuad senior bakal menjejaskan moral mereka ketika mewakili skuad Harimau Muda untuk kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011 nanti?


Persoalan 4: Adakah pihak media memberikan tekanan kepada Skuad Malaysia?

Sebelum bermulanya lagi perlawanan pertama menetang Singapura di tempat lawan, media seolah-olah memberikan satu tekanan kepada skuad Malaysia.

Boleh dikatakan setiap hari keluar headline tentang Malaysia akan menang besar, pasti akan menang mudah, Singapura bukan lawan Malaysia dan pelbagai lagi headline yang berbau "cakap besar" dan mereka bagaikan mewakili suara skuad Malaysia dan ini memberikan tekanan kepada pemain Malaysia.

Pasukan Indonesia juga mengalami masalah ini ketika final Piala AFF tahun lepas ketika menentang Malaysia. 

Dan apabila skuad Malaysia tewas, media akan membantai pasukan Malaysia tanpa belas kasihan. Mungkin sudah sampai masa pihak media lebih berhati-hati ketika menerbitkan sesuatu artikel.


Persoalan 5: Adakah Rajagopal sepatutnya dipecat atas kekalahan ini?

Saham Rajagopal meningkat naik selepas beliau berjaya membimbing dan membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2009 untuk skuad bola sepak Malaysia.

Harganya semakin meletup selepas Malaysia berjaya memenangi Piala AFF pada tahun lepas sehingga dikurniakan dengan gelaran Datuk K. Rajagopal.

Selpas itu, segala-galanya bagaikan kelam buat skuad Malaysis dibawah pimpinan Rajagopal. Seri dengan Etoil FC dan Hong Kong dan kemudian hanya mampu melayakan diri ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan menewaskan Taiwan dengan jaringan tempat lawan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Dan kemudian, 2 perlawanan timbal balik menentang Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 menanbahkan lagi justifikasi kemerosotan skuad negara di bawah pimpinan Rajagopal.

Pelbagai persoalan timbul ketika ini. Antaranya ialah tentang Rajagopal yang mengamalkan favoritism semasa pemilihan skuad, iaitu menyenaraikan pemain kegemarannya dalam skuad dan membelakangkan pemain yang bagus, kesilapan pecaturan senarai kesebelasan utama dan juga tidak menurunkan Khairul Fahmi Che Mat, sebaliknya menurunkan Sharbinee Allawee ketika perlawanan pertama menentang Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014.

Selain itu, percaturan pemain dalam skuad kesebelasan utama juga sering menjadi perbualan hangat. Pemilihan Ismail Faruqi dan Fakri Shaarani menjadi perdebatan hangat peminat bola sepak. 

Kenapa 2 pemain ini dipilih walaupun gagal menyerlah untuk skuad Malaysia dan juga pasukan negeri masing-masing, sedangkan Mohd Ashaari Shamsuddin dan Baddrol Bakhtiar yang menunjukkan persembahan yang cemerlang buat pasukan negeri dan pasukan Malaysia tidak berada di dalam senarai?

Mungkin sudah cukup buat Rajagopal sampai di sini. 2 kejuaraan yang dibawa oleh beliau akan dikenang oleh rakyat Malaysia. Adalah baik jika dia berundur sekarang ketika namanya masih naik sebelum dipecat dalam keadaan namanya mula dikeji di media dan penyolong Malaysia.

Namun, satu lagi persoalan timbul. Siapa yang layak menduduki kerusi panas ini jika K. Rajagopal dipecat?


Persoalan 6: Adakah Lisa Surihani comel memakai jersi Malaysia?


Ok. Ini persoalan yang tidak ada kena mengena. Tapi dia comel bukan? Kan? Kan? Kan?

==========

Apa pandangan kamu tentang persoalan yang aku timbulkan? Sila kongsi pendapat anda di ruang komen tentang persoalan dan komen tentang perlawanan semalam.

17 comments:

Kak Long said...

itu la pasal. kenapa dia turunkan goalkeeper lain masa kat s'pore. makan hati aku tgk dia jaga gol.mcm main nyorok2 dengan anak kucing haje.

hish. emosi cakap pasal bola ni. takpe, wa tunggu 4 tahun lagi untuk tgk m'sia masuk world cup.

apa2 pun,tahniah harimau. korang ttp best.

**si pemain laser - patut di'kasi'kan aje dorang ni. lalala~

alien said...

yg lain tu nnti2 la aku jawab..
yg no 6 tu lg penting..
dia mmg comel!
haha

puteri ain said...

rasanya kesalahan yg paling besar adlh tidak menurunkan khairul fahmi masa lawan dkt singapore .

Amirul (aremierulez) said...

kak long:
Pegh! kejam sungguh sampai nak dikasi bagai.
Tapi betul jugak. Baru diorang takut sikit

alien:
Yes! Aku dah agak dah kau akan fokus kat no 6. hahahaha

Puteri ain:
Yup. Khairul fahmi bukan pemain favorite Rajagopal kot

meor-name-depan-ku said...

ade point lu yg dorg boleh pakai..
serius beb!

Amirul (aremierulez) said...

Meor-nama-depan-mu:
Point yang mana satu tu bro?

alien said...

soalan 1:
ye, kasi impot sorang dua.. blend ngn local.. baru rancak tektikel

soalan 2:
apabila penyokong faham tak bole bawak mercun ke stadium.. n tak membaling cawan kosong ke padang which is jatuh haf way ke penonton depan.. kemon la

soalan 3:
mungkin iya mungkin tidak
kalau mereka berpegang pada pepatah "sekali gagal bukan gagal selamanya".. ia tidak mengganggu.. kalau tidak kirim salam je la

soalan 4:
media ni bole jadi senjata psikologi kepada pasukan lawan atau motivasi kepada kita. Tapi, kalau tewas tu. Jgn la kondem teruk.

Soalan 5:
jika aku rajagopal, better aku letak jawatan.. baru terhormat. keh2
bukan apa, kat negara kita ni kalau dipecat tu kang macam2 media cakap ngarut2..
em, apakata ambik jurulatih luar ganti.. tapi cari la yg senonoh sikit, yg ada reputasi..

Soalan 6:
haaaaa~
dia comel..
sangat comel..
comel.. comel..
(Cam panggil kucing)

eh, aku dah jawab soalan 6 ke?
pedulila.. kotak komen ni aku yg punya
hahahaha

Amirul (aremierulez) said...

alien:
persoalan 1:
tu la. ambik sorang-dua untuk kasi mantapkan skuad. biar pemain malaysia belajar dari diorang. Lepas dah power, tak payah la ambik lagi kan?

persoalan 2:
susah kalau peminat ni jenis ikut kepala sendiri

persoalan 3:
yang ni kena kuatkan hati masing2 la

persoalan 4:
yup. tepat sekali

persoalan 5:
yes. juga setuju dengan pendapat kau

persoalan 6:
hep! yang ni aku punya. hahahaha

Anonymous said...

anyway, gua xtau la komen gua ni bleh kuar kt sini ke x..

ismail faruqi tu mmg xbleh blah lgsung.. adakah dia ingt dia tu david silva malaysia??
ape yg dia buat pn aku xtau. xde pass2 yg bleh dimanfaatkan oleh safee.

dari game kt singakapoh aritu aku dah maki hamun dia ni. rupanya 2nd leg kena lg.

apapun, aku tetap salahkan shafiq rahim. sebab dia buat tindakan bodoh, yg merugikan negara.

gelaran datuk patut ditarik balik dari coach. tak apa, wlaupun bukan datuk lagi, dia masih raja. rajagobal.

Joey said...

aku rasa aku tidak ingin menjawab persoalan-persoalan di atas kerana aku tak tengok pun perlawanan tu, so aku rasa aku x bleh lah kan nak judge...biarlah mereka2 yang lebih 'arif dlm bidang ni memberi jawapan..hihihi

owh. ada lisa surirumah eh..surihani ek?

cantik, but since slalu sangat iklan sekali lagi astro first kluar tibi, I kinda think suara dia sangat weird sedikit. Especially bila dia marah. Macam keterbalikan dari suara itik fasha sandha. Hahaha..aku komen lain plak.

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:
Yup. Aku setuju dengan point kau pasal Shafiq Rahim. Tindakan dia menyebabkan midfield Malaysia teruk.

Dah 2 kali dia kena kad merah. Aku rasa dah patut dia dilucutkan dari jadi kapten Malaysia.

Lagipun, menjadikan dia kapten masa mula2 dulu pun dah satu kesilapan.

Joey:
Aku rasa yang pelik sebab dia ni pelat kot. Lisa ni bukan setakat pelat huruf R, ada jugak sesetengah perkataan yang macam pelik dia sebut.

Suara Fasha sandha lembut sangat. Kadang2 terlampau manja sampai aku menyampah pulak. Tak tau la betul atau dia saje je buat2 lembut macam tu

biznez4u2c said...

kesimpulan yg aku boleh komen KG memang silap percaturan..sepatutnya dah kalah 5-3 masa kt S'pore team kena ade rombakan besar..

aku tak salahkan sgt keeper masa kt sana walaupn ade salah gak dia,yg paling teruk aku tgk adalah defend ,marking man to man tak betul..ade lak marking boleh tgk bola je langsung tak tgk player lawan,mmg senang lah dia nk lepas..kalau mcm tu punya defend,bg Casilas main sekali pn comfirm bolos..

KG pn keras kepala nk sgt dgn polisi dia bg semua pemain muda yg kurang pengalaman kt defend,ape slhny letak sorg yg berpengalaman mcm Norhafiz Zamani Misbah atau Subra ke..dorg boleh lead bahagian bawah..

Pasal pilih player yg KG suka tu aku sokong sgt2..

Yg aku tgk masa main kt sini midfield dan defend yg paling teruk..Midfield langsung mampos..letak Ismail Faruqi mmg jem terus..kesian Safee xde support dr midfield..mmg aku tgk teruk striker kita kena bila dpt midfield yg jem..

Amirul (aremierulez) said...

biznez:
tu la. Ismail faruqi tu macam tak wujud dalam game tu. Aku tak tau apa fungsi dia dalam game tu.

Harap ada perubahan pada team Malaysia lepas ni

Anonymous said...

ismail faruqi suka main gentel bola. tapi biasanya diri sendiri yg tergentel. bola pn lepas. nak passing asik slow xsmpai. tapi gaya mcm gempak.

bila dimasukkan gurusamy, aku rasa mcm ada unsur politik. kenapa tak masukkan badrol bahtiar?? lagi la aku rasa ada unsur anti-semitic.

fasha sandha @ fasha senduk or whatever nama dia pun, mempunyai pengalaman berjumpa dengan keluarga yg berbunyi. bunyi kuda, bunyi ungka, burung undan, dll. sape tak percaya, aku boleh bagi link utk buktikan.

sekian.

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:
hahaha.. unsur anti-semitic. Jauh betul pemikiran kau.

Tu la. Aku pun sebenarnya menunggu Badrol Bakhtiar masuk. Kecewa betul bila Gurusamy yang masuk

Ok. Apa link yang kau maksud kan ni? Cuba kau bagi, biar aku usha sikit.

hehehehe

Anonymous said...

Khairul Fahmi tak jadi gol keeper sebab dia nak join team olimpik. kan da dibagitau kat media, so apesal lak kate rajagopal pilih kasih sebab amik sharbinee jadi keeper? betol da la tu coz selain fahmi, next die yang ada sharbinee la.. len la kalu raja bagi keeper kesayangan dia si syed adni tuh.. baru betol pilih kasih.. yang penting aku tak suka rajagopal.. hahahaha TQ

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:

Kalau dia nak main team Olimpik, kenapa dia ada kat bench masa game tu?

And kenapa 2 hari lepas tu masa game kat KL, Khairul Fahmi main pulak?

Konpius gua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...