Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, August 28, 2011

Aku dan Hari Raya

Random stuff & thought about hari raya.

Aku & Raya 1

Tahun 1994, pak cik aku tiba-tiba bagitahu yang dia dapat tiket percuma untuk rakaman satu show dekat Angkasapuri. Aku tak ingat nama rancangan tersebut, tapi rancangan tersebut ialah rancangan khas untuk hari raya. 

Penonton yang datang kena pakai baju melayu dengan songkok, kononnya nak nampakkan suasana hari raya. Aku tak ingat sangat bila rakaman tersebut dibuat, samada sebelum bulan puasa atau semasa bulan puasa.

Aku tak ingat sangat siapa artis yang perform masa rakaman tersebut. Tapi yang aku ingat, KRU merupakan artis utama malam itu. KRU bukan setakat buat performance malam tu, tapi turut menjadi pengacara sekali.

Masa tu, KRU tengah jambu lagi. Masa tu, Norman masih jadi kegilaan anak dara, Edry masih belum pandai cipta lagu dan Yusry belum lagi menduda dan belum jumpa Lisa Surihani lagi.

Aku tak ingat berapa banyak lagu yang KRU nyanyikan malam itu. Tapi aku ingat yang KRU ada menyanyikan lagu Di Dalam Dilema. Video dekat bawah adalah sedutan dari persembahan pada tahun 1994 tersebut:


Macam yang aku katakan, persembahan ini dirakam pada 1994. Dalam sekelip mata, 17 tahun sudah berlalu. 2011 sudah muncul.

Dalam 17 tahun ini, KRU sudah menjadi artis yang berjaya. Tidak lagi tertumpu kepada nyanyian sahaja. Kini mereka sudah berjaya memasuki bidang perfileman. KRU sudah lebih kaya berbanding 17 tahun lepas.

Dan aku, masih seperti 17 tahun yang lepas. Tiada perubahan. Bila aku nak kaya pulak ni?


Aku & Raya 2

Lagu raya Anuar Zain & Ellina adala hsalah satu lagu raya kegemaran aku. Aku sendiri tak tahu apa sebabnya aku suka lagu ini. 

Sekurang-kurangnya lagu ini jauh lebioh sedap dari lagu raya DJ Suria FM yang buat aku nak muntah setiap kali aku dengar lagu tersebut.

Sesiapa yang tak pernah tengok Anuar Zain semasa belum akil baligh dan siapa itu Ellina, silakan.



Aku & Raya 3

Masa aku sekolah rendah dulu, ada satu iklan yang sangat popular ketika itu. Kalau bandingkan dengan zaman sekarang, kira macam sama popular dengan iklan Petronas pada zaman sekarang.

By the way, kenapa tiada iklan raya Petronas tahun ini?

Iklan popular yang aku maksudkan ialah iklan raya EON.

Iklan ini sebenarnya dibuat pada akhir 80'an. Tapi diulang siar sehinggalah awal 90'an.

Iklan ini menampilkan Jamal Abdillah dan Raja Ema. Jamal Abdillah masih belum terjebak dengan najis dadah ketika iklan ini dirakam (mungkinlah).

Raja Ema pula masih hot ketika iklan ini dirakam. Pada sesiapa yang tak tahu, Raja Ema adalah hot stuff ketika zaman mudanya. Kiranya, tahap populariti beliau lebih kurang sama seperti Siti Nurhaliza. 

OK, mungkin tak sepopular Siti tapi dia sangat popular ketika itu. Bukan setakat di Malaysia, tapi juga di Indonesia. Raja Ema banyak juga berlakon dalam filem Indonesia. Termasuk beberapa filem yang mempunyai babak yang agak kontroversi.

Kenapa iklan ini agak popular? Kerana lagu di dalam iklan ini agak catchy. Lagu ini sering menjadi mangsa aku dan rakan sedarjah. Kami selalu tukarkan lirik lagu ini jadi kelakar (kelakar bagi kamilah).

Sesiapa yang tak pernah melihat iklan ini, silakan. Tengok bertapa hotnya Raja Ema ketika itu.


==========

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Aku ingiin meminta maaf jika ada penulisan aku yang membuatkan hati kamu terguris. Ah, ini blog aku. Suka akulah nak tulis apa kan? Hahahaha!

Kepada yang pulang ke kampung, pandulah dengan selamat. Ingat orang yang tersayang.

12 comments:

pjah said...

slamt hari raya..
dah kat kg dah..=D

Amirul (aremierulez) said...

Aik? Kata tak dapat cuti?

Anyway.. Selamat Hari Raya

ReDiculousLy said...

selamat hari raya...bestnya banyak kenangan raya ek...bleh wat buku ni...himpunan kenangan raya....hehe...do create more memories diz year as well k...;)

pjah said...

keje kat tmpat lame dh benti..tu pasal dpt balik kg..
tgu nk g keje tmpat bru lak pas raya ni..=D

Amirul (aremierulez) said...

Pjah: oho... Good luck kat tempAt kerja baru

Amirul (aremierulez) said...

RedIcuLosy: thanks. Harap dapat memori indah bagi baki tahun ni

Joey said...

bila membaca pasal kru tu. That confirms my theory. Hanya anak orang kaya sahaja yang dapat mengembangkan perniagaan. Period. Yang sederhana dan miskin, tunggulah sampai Tuhan bagi kita kaya. LoL

Selamat hari raya amirul :), Kalau aku terkomen yang melampau, aku minta maaf

puteri ain said...

selamat haru raya. :) maaf zahir dan batin

puteri ain said...

selamat haru raya. :) maaf zahir dan batin

Amirul (aremierulez) said...

Puteri ain: hAru raya? Hari raya yang haru biru kah? Hehe

Amirul (aremierulez) said...

Joey: memang pun. No money no bisnez. Same with me lah. Selamat hari raya

Anonymous said...

iklan Petronas ada la. yg iklan pasal tangan tu. cuba tgk youtube. tapi memang kurang best la kalau nak banding dengan dulu-dulu punya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...