Belilah Novel Aku!!!!

Friday, August 26, 2011

Balik Kampung Part3

Cerita 1


"Kau bila balik kampung?" Tanya Bob pada Rizal.

"Malam karang aku baliklah." Jawab Rizal dengan penuh semangat.

"Berapa lama kau cuti?"

"Seminggu."

"Wah! lama kau cuti?"

"Saje ambik cuti panjang. Asyik kerja aje pun, bukan boleh jadi kaya."

Mereka gelak serentak.

Tahun ini Rizal sangat bersemangat mahu pulang ke kampung. Segala pakaian sudah dikemas dan disumbat ke dalam bagasi besar semenjak 3 hari lepas.

Tak sabar rasanya mahu pulang ke kampung. Mahu bertemu emak dan ayah yang dicintai. Berjumpa dengan adik-adiknya yang sudah pasti tidak sabar mahu menadah tangan meminta duit raya dari dia.

Dan tidak ketinggalan bertemu tunang kesayangannya di kampung. Tahun ini merupakan tahun terakhir Rizal beraya sebagai seorang bujang. Tahun hadapan, hidupnya pasti lebih ceria disamping bakal isteri tersayang.

Selepas habis waktu bekerja, Rizal cepat-cepat pulang ke rumah. Selepas berbuka, dia cepat-cepat bersiap. Angkat semua bagasi dan kuih raya yang dibeli di Jalan Tunku Abdul Rahman dan menunggu teksi. 

Teksi sampai. Rizal denga nsegera memunggah segala barangan ke dalam teksi dan terus meminta teksi gerak dengan segera.

Sampai sahaja ke Pudu Raya, Rizal segera keluar dan menuju ke tempat menunggu bas. Dia melihat jam. Ada setengah jam lagi sebelum bas bergerak.

Selepas membeli air kotak dan sedikit kudapan, Rizal duduk menunggu bas. Di dalam benak minda Rizal, terbayang saat-saat dia dan keluar memasak ketupat esok. memang sudah menjadi tradisi mereka sekeluarga berkumpul memasak ketupat dan rendang.

Malam raya pula, mereka akan beramai-ramai memasang langsir baru dan memasukkan kuih ke dalam balang. Pada larut malam, mereka bakal berkumpul di depan TV menonton rancangan Sampaikan Aidilfitri di TV3.

"Bas ke Kluang sudah sampai di platform 3."

Itu basa aku!

Rizal melompat. Dengan segera dia pergi menuju ke paltform 3 dan menuruni tangga menuju ke arah bas.

Sebaik sahaja dia mahu  masuk ke dalam bas, pemandu bas meminta tiket dari Rizal.

"Tiket bang."

Rizal pun menyeluk poketnya. Tiada tiket. Rizal segera mengeluarkan dompetnya dan memeriksa kalau-kalau tiket ada di dalam dompet. Tiada.

Rizal dengan segera membongkar begnya. Segala isi perut bag dikeluarkan. Masih tiada. Tiba-tiba baru dia teringat, dia terlupa hendak membeli tiket bas.

Rizal menepuk dahi. "Bodoh! Macam mana aku boleh lupa beli tiket ni?"

Dan akhirnya Rizal pun menangis melalak dan tidak menyangka hari raya dia sebagai bujang buat kali terakhir bakal disambut di Kuala Lumpur.


Cerita 2

"Faiz, kau balik kampung bila?"


"Saya tak balik kampung tahun ni..."


"Tak balik? Kenapa kau tak balik kampung raya nanti?"

Faiz tak menjawab. Dia hanya tersenyum pahit ke arah Roslan yang menanyakan soalan tersebut.

Faiz duduk kembali di meja kerjanya. Ingin menunpukan perhatiannya pada kerja.

Faiz melihat keadaan sekelilingnya. Tiada seorang pun kawan-kawannya yang sedang membuat kerja. Semuanya sibuk bercerita tentang persediaan raya dan kenangan raya semasa kecil. Semuanya dalam mood raya.

Faiz cuba memekakan telinganya. Dia tidak mahu mendengar cerita raya kawan-kawannya. Namun, dia tetap terdengar. Dicampur dengan hilai tawa kawan-kawannya, segalanya bagaikan duri tajam yang menikam telinganya.

Malam itu, Faiz termenung. Faiz tidak tahu apa yang ingin dibuat semasa hari raya nanti. Tak mungkin dia akan pulang ke kampung tahun ini... Kerana tiada apa yang ingin dicari di kampung.

2 tahun lepas, Faiz kehilangan ayahnya yang mati lemas di sungai. Ayahnya yang sedang memancing di atas sampan kecilnya lemas apabila sampanya dilibas oleh buaya.

Selepas kematian ayahnya, emaknya mengalami tekanan perasaan. Dan pada hari raya ke-4 tahun lepas, emak Faiz pula pulang ke rahmatullah.

Faiz adalah anak tunggal dalam keluarganya. Ahli keluarganya yang lain entah ke mana. Dia tidak tahu mana hilangnya pak cik, mak cik dan sepupunya. Kepulangnya ke kempung tidak membawa apa makna lagi. Kampung bagaikan tidak wujud lagi di dalam hidupnya.

Namun dia sedar, dia perlu pulang ke kampung jua. Untuk melawat pusara ibubapanya.

Jika orang lain pulang disambut ibubapanya, tapi tidak bagi Faiz. Tapi dia tidak akan sesekali lupa untuk menyedekahkan surah Al-Fatihah setiap kali selepas solat kerana itu sahaja yang mampu dibuat buat 2 insan tersayang.

==========

Bagi yang pulang ke kampung tidak lama lagi, pandulah dengan selamat. Dan jangan sesekali buat lawak sensitif kepada orang yang tak dapat cuti raya atau tidak pulang ke kampung raya nanti. Buruk padahnya.

3 comments:

alien said...

selamat berhari raya!

Fairuz said...

Lama cuti bro? Hehe..

Jangan lupa carik perigi batu pahat..hahaha

Amirul (aremierulez) said...

alien:
Selamat hari raya bro

Fairuz:
cuti seminggu. Insyaallah akan aku cari. hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...