Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Facebook dan Twitter

Facebook dan Twitter adalah laman sosial (Facebook) dan mikro blog (Twitter) yang menjadi kegilaan anak muda (dan juga anak tua dan ahli politik) buat masa sekarang.

Tak lengkap kehidupan manusia kalau sehari tak check Facebook & Twitter. Sampaikan kalau jumpa kawan lama, soalan penutup yang akan ditanyakan ialah, "Kau ada Facebook/Twitter tak?"

Berikut adalah serba sedikit coretan aku tentang kedua web sosial yang semakin popular sekarang ini.

Oh ya. Hari ini aku nak menulis ala-ala Tun Mahathir, nak guna sisitem nombor dalam entri. Kenapa? Manalah tahu, dapat berkat satu hari nanti dapatlah aku jadi perdana menteri macam dia pulak kan?

==========

1. Facebook biasanya untuk add kawan-kawan, tidak kira kawan sekarang atau kawan lama yang dah lama tak jumpa. Twitter biasanya dipenuhi oleh orang yang tidak dikenali (stranger).

Dalam Twitter aku sendiri, kebanyakan orang yang aku follow ataupun yang follow aku ialah stranger yang aku belum pernah jumpa. tapi aku boleh borak baik punya dengan stranger-stranger ini. Facebook pulak ramai kawan-kawan dalam hidup realiti aku.

Tapi sememangnya, kadang-kadang bila berbual dengan stranger, aku lebih bebas untuk berbual. Kadang-kadang aku berbual benda yang aku tak pernah bualkan dengan kawan realiti aku di Facebook. Mungkin aku rasa selesa sebab aku tahu stranger tak kan menghakini aku begitu sahaja kerana kami cuma kenal melalui internet, itu yang meudahkan perbualan kami agaknya.

2. Dalam Facebook, selalu kena tag gambar orang pegang duit. Dalam Twitter, belum pernah kena lagi.

Yes! Those MLM freak still not given up. Masih nak tag gambar pegang duit. Oleh kerana gambar yang ada dalam Twitter hanyalah profile picture yang kecik, maka sessi tag-tag ini tidak wujud di Twitter.

Tapi tak semestinya Twitter terlepas begitu sahaja. Kebelakangan ini, aku selalu juga kena SPAM dekat Twitter. Pasal business-lah, pasal jual keretalah, pasal video lucahlah... Nampaknya, media sosial memang tidak akan terlepas dari genggaman para SPAM.

3. Dalam Facebook, kamu boleh stalking. Nampak profile picture perempuan hot, terus klik butang "add as friend". Lagi-lagi kalau gambar perempuan tersebut tengah memakai hot pants, singlet atau bikini di tepi pantai. Lepas tu, mencuba nasib hantar private message dekat perempuan itu, manalah tahu ada respond pula.

Dalam Twitter, nak stalking apa jadah nya? macam aku katakan di atas tadi, gambar yang ada hanyalah profile picture yang kecik.

4. Dalam Twitter, kamu hanya boleh menaip 140 huruf sahaja. Dalam Facebook, kamu boleh taip lebih panjang dari itu.  Dengan kata lain, kamu boleh mencarut dengan lebih panjang di Facebook.

Oleh kerana had huruf di Twitter, ada sesetengah benda yang anda ingin kongsikan di Twitter tidak dapat dikongsikan. berbeza dengan Facebook yang mana anda boleh menaip 3 kali ganda lebih panjang dari Twitter.

Tapi, oleh kerana had huruf tersebut, pengguna Twitter akan menjadi lebih kreatif untuk menaip sesuatu yang pendek tetapi boleh meninggalkan kesan kepada si pembaca tweet tersebut. Bak kata pepatah orang putih, "Make it short and sweet".

5. Dalam Twitter, peluang untuk artis menjawab soalan/sapaan kamu adalah lebih tinggi berbanding di Facebook.

Ya. Ini adalah benar. Bagi sesiapa yang mempunyai kegilaan terhadap artis di tahap melampaui batas, silalah buat akaun Twitter. Nescaya kamu adalah peluang nak berbual dengan artis kesayangan kamu.

Tapi kalau kamu harap Lisa Surihani nak balas tweet kamu, memang tak de lah. Sebab aku sudah cuba banyak kali, tapi dia tak balas...... (sedih!)

6. Dalam Twitter, kamu boleh berbual dengan ahli politik yang anda gemari ataupun kamu boleh bergaduh dengan ahli politik yang kamu benci.

Tak percaya? Cuba follow Anwar Ibrahim. Jika kamu peminat dia, dah menegur dia, pasti dia akan balas. Tapi kalau kamu benci dia dan maki dia, dia tak kan balas. Benda yang sama juga jika kamu follow Najib Razak.

Tapi berbeza dengan Khairi Jamaluddin. Cuba kamu follow dia. Cuba ajak berbual baik dengan dia, tambah sikit puji sama dia, confirm dia akan layan.

Dan kalau kamu rasa nak bergaduh dengan dia, maki sahajalah dia. Nescaya dia akan membalas makian kamu dan mungkin akan berlarutan dengan agak lama juga.

Itulah hali politik Malaysia. Tak habis bertekak di Parlimen, dalam Twitter pun jadi juga. Followlah semua ahli politik Malaysia dan kamu dapat tengok yang mana satu layan kamu, dan yang mana satu boleh bergaduh dengan kamu. Seronok tau!

==============

OK. Sampai di sini sahaja buat masa sekarang. Sebenarnya banyak lagi point yang aku boleh taip di sini. Tapi oleh kerana aku sudah mengantuk, lain kali aku sambung lagi dalam entri akan datang.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran dan selamat bercuti buat orang yang bekerja di Selangor.

11 comments:

Fairuz said...

Lisa Surihani dan Tasha Shilla, dua-dua tak pernah balas tweet aku. Hoh!

Aku folo KJ lepas naik satu train dengan dia. Berdiri sebelah aku. Takdelah sombong sangat dia tu. Politician yang lain aku malas nak folo. Nanti penuh pasal dieorang bergaduh je..hahaha..

Fesbuk? Errr..saya masih tiada..haha..

M.D said...

Lisa Surihani mmg susah lah nak balas, tgk lah followers dia banyak mana.

Sam pernah balas tweet aku. (^^,)

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Tasha Shila pernah balas tweet aku weh!
Lisa surirumah je yang tak pernah.

KJ ni jenis melayan aku rasa. kalau orang ajak borak, dia layan. kalau ajak gaduh, dia gaduh.

Keras juga hati kau tak buat fesbuk lagi.. hehehe


M.D:
Maybe la kot. Banyak sangat yang tweet dekat dia. Tak terlayan

Moderator Blogger's Malaysia said...

dah agak. Mesti ada yang comment pasal tweet artis. Jangan begitu, mereka bukannya tak nak balas tetapi berduyun2 peminat yang mention twitter mereka. Bukan nak menyebelahi pihak artis tetapi kita harus membayangkan diri jika berada di tempat mereka.

Lisa Surihani pun tak pernah reply Tweet hakuuuuuuuuuuuuuuuu! huwaaaaa!!

Amirul (aremierulez) said...

Moderator Blogger Malaysia:
jangan risau. Anda bukan keseorangan. Ramai lagi lelaki yang kecewa sebab dia tak balas tweet kita. Hehehe

fiq. said...

gud review, suka statement kat facebook boleh taip pepanjang, nak mencarut pon boleh jadi panjang2 jugak. haha..
btw, tak reti nak guna twitter sangat,adeh,,haha

malas dah nak belajar =]

Amirul (aremierulez) said...

Fiq:
Try la buat Twitter. lagi syok dari Fesbuk tau.

Eh? Ini Fiq Mentor ke? hehehe

Joey said...

Aku takde twitter. Aku still x faham macam mana twitter berfungsi. Hashtag, RT dan segala macam lagi memang tak faham. Bila tengok page twitter orang penuh dengan simbol # la, @la... pening2.

Tapi aku ada facebook. Senang nak tag orang. Dan aku x sewenang2 nya approve orang dalam facebook. Walaupun aku suka stalk, tapi kalau nak add tu, aku pastikan aku memang kenal dia.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
try la buat Twitter. Syok beb.

Pasal Fesbuk kau tu, aku dah naik give up nak cari kau punya fesbuk. Dah dekat setahun cari. hahaha...

amirulspurs said...

aku suka ayat kau ''ramai lg lelaki yg kecewa sbb dia tak balas tweet kita'


HAHAHA. nice entry bhai. aku suka baca.

Amirul (aremierulez) said...

amirulspurs:
Thaks. Kau ni penyokong Spurs ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...