Belilah Novel Aku!!!!

Friday, August 12, 2011

Kisah Di Bulan Puasa

Berikut adalah entri yang aku ceduk dari blog lama aku, Lepas Laku.

Semua kisah terjadi tahun lepas, semasa bulan Ramadhan.


Puasa 1

Pada satu hari di awal Ramadhan.

Pagi-pagi buta dah ada yang sibuk-sibuk call aku. 

Aku tengok pada skrin hand phone aku. Terpapar sebaris nombor yang tiada dalam simpanan phone book dalam hand phone aku.

Aku angkat.

"Assalamualaikum. Sahabat, apa khabar? Lama tak dengar cerita? Kerja mana sekarang? Apa bikin?"

Belum sempat aku nak bersuara, sudah panjang lebar si pemanggil menjawab.

"Waalaikummussalam. Siapa ni?"

"Aku la. Tak kan tak kenal aku, kawan baik kau."

Aku mula berfikir ligat mencari senarai kawan baik dalam otak aku. Aku gagalkan padankan suara si pemanggil dalam list kawan baik aku. Mungkin aku masih mengantuk dan gagal berfikir dengan baik.

"Siapa ni?" Aku tanya.

"Aku la. Tak kan tak ingat?"

"Ye lah. Siapa?"

"Pegh. Sampai hati kau tak ingat kat aku? Aku ingat lagi kat kau tau Razali."

Aku terus putuskan talian. Cilaka. Bila masa nama aku Razali pulak.

Dia terus menelefon beberapa kali. Aku silent-kan handphone. Malas nak layan. Aku sambung tidur.

2-3 jam kemudian, aku bangun. Aku lihat ada SMS pada hand phone aku. Si pemanggil tadi menghantar SMS pula.

"Razali, aku la Syafiq. Lama dah tak jumpa kau. Jom jumpa. Aku belanja kau buka hari ni. Amacam?"

Tiba-tiba aku rasa macam nak mengaku jadi Razali selepas membaca SMS tersebut.



Puasa 2

"Woi!!! Tak puasa?" Tegur aku pada seorang kawan.

"Cis! Berani kau tuduh aku tak puasa?" Kata kawan aku yang datang ke rumah aku pukul 2 petang dengan rokok terselit di jari tangan kanan nya.

Cilaka!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...