Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, August 10, 2011

Menguji Kesabaran Dalam Cara Yang Pelik

Ini adalah entri ke-500

Aku merehatkan dulu segmen Lagu Yang Selalu Aku Dengar untuk memberikan laluan pada entri ini sempena entri ke-500.

Bulan Ramadhan biasanya dikaitkan dengan bulan untuk menguji kesabaran. 

Hari ini aku mahu bercerita tentang satu kisah "menguji kesabaran" yang pernah terjadi kepada aku. Tapi kejadian ini tak terjadi dalam Bulan Ramadhan, tapi cara orang ini yang kononnya cuba menguji kesabaran aku agak.... Pelik.

Kejadian terjadi semasa tahun 1999, semasa aku sedang bersekolah dalam tingkatan 3.

Aku sedang tekun (konon) menyudahkan kerja rumah (homework) yang bertimbun. Maklumlah, tahun yang ada exam besar, mesti cikgu melonggokan kerja rumah macam hidup seorang student ada 40 jam sehari untuk menyiapkan semua kerja rumah tersebut.

Tengah aku tekun (konon) menyiapkan kerja rumah, tiba-tiba telefon berdering. Bukan hand phone ya, tapi telefon rumah. Zaman aku dulu, budak sekolah tak mampu beli hand phone. Bukan macam zaman sekarang, budak Darjah 3 pun pakai iPhone. Aku jugak yang masih terperuk dengan Nokia 6680.

Ok. Jauh sudah menyimpang.

Aku pun dengan berat hati bangun untuk meninggalkan kerja rumah yang aku suka buat tersebut (tipu), aku pun pergi mengangkat telefon tersebut.

"Hello." Aku memulakan bicara.

Senyap. Tiada balasan dari corong.

"Hello." Aku menyebut 'hello' lagi, takut-takut kalau si pemanggil tidak dengar teguran pertama aku.

Masih tiada jawapan.

"Hello" kali ketiga aku menyebut perkataan ini dengan harapan mendapat balasan.

Masih senyap.

Bosan menunggu, aku terus letak telefon. Sebenarnya benda macam ini memang rutin terjadi dekat tempat tinggal aku. Budak-budak taman aku suka main telefon. Call, lepas tu tak nak cakap. Jadi aku anggap ini adalah salah satu siri mengacau dari budak-budak tersebut.

Aku duduk menghadap kerja rumah aku kembali. Banyak lagi. Kalau boleh kena siapkan secepat yang mungkin. kejap lagi nak tengok Smack Down dekat TV3.

Tiba-tiba telefon berdering lagi. Aku bangun dan pergi menjawab panggilan tersebut. Tapi sama seperti di atas, sudah banyak kali aku meng-"hello-hello", tapi masih tiada jawapan.

Aku bosan, dan sedikit marah kerana konsentrasi aku nak menyiapkan kerja rumah terganggu. Aku meletakkan ganggang.

Belum sempat aku duduk, telefon berbunyi lagi. Aku pergi menjawab lagi namun skrip sama berulang lagi. Aku penat meng-"hello-hello", tapi masih senyap tapi jawapan.

Aku sudah mula berasa sedikit bengang. Sedikit marah.

Tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Aku dah mula rasa kemarahan sudah sampai ke kemuncak. Aku terus mengangkat telefon. Dan sekali lagi, selepas aku ber"hello-hello" berulang kali, tetap tiada balasan.

Aku mula menyirap, lalu terus memaki, "Lain kali, kalau dah tahu bisu, tak payahlah telefon!"

"Amboi! garangnya kau. Sedap-sedap nak maki orang!" Tiba-tiba terdengar suara yang membalas makian aku.

Aku terkejut. Rupanya ada orang yang telefon kali ini. Aku sudah mula cemas.

"Kau ni anak Bakar ke?" Tanya suara tersebut.

"Ha'ah" Jawab aku lemah. Cilaka! Macam mana la orang tua ni boleh telefon pulak.

"Kenapa kau jawab telefon marah-marah orang ni?" Tanya pak cik tersebut.

Maka aku pun menerangkan secara panjang lebar kisah di atas tadi.

"Sebenarnya, bukan budak-budak yang kacau kau. Tapi pak cik yang buat macam tu tadi." Terang pak cik tersebut membuatkan aku sedikit terkejut.

"Kenapa pak cik buat macam tu?" Tanya aku. Kali ini perasaan malu dan paiseh tadi hilang berganti dengan perasaan marah dan geram.

"Oho! orang tua lahanat ni yang dok pedajal aku dari tadi. Call tapi tak nak jawab-jawab!" Hati aku mula berkata-kata.

"Sebenarnya, pak cik saja buat macam tu. Pak cik nak uji kesabaran kau ni." Kata orang tua itu dengan sikit nada keras.

Aku sudah geram. Suka-suka nak kacau aku yang tengah sibuk. Ketika itu darah muda mula mendidih. Dan secara tiba-tiba, aku tersebut dua ayat yang sampai sekarang aku pun tak sangka aku akan sebut:

"Pak cik suka-suka nak uji kesabaran orang ni kenapa? Pak cik ingat pak cik ni tuhan ke?"

Sebaik lepas aku menghamburkan ayat tersebut, pak cik itu naik marah. Terus nak maki aku. Sebelum sempat dia membalas, aku letak. Aku terus cabut wayar telefon. Pergi mampuslah dia. Esok-esok saja dia telefon ayah aku.

Esoknya, bapak aku bercerita tentang pak cik tersebut. Aku sudah lupa nama kawan ayah ak utersebut. Yang pasti, bapak aku cerita yang pa kcik tu naik marah dan chop aku kurang ajar.

Tapi bapak aku pun gelak bila dengar kisah kejadian ini. Lega juga aku. Seram juga kalau bapak aku marah aku.

Yang aku pelik, dia beria-ia nak uji kesabaran aku. Tapi bila dia kena sikit, dia pulak yang melenting macam orang tak cukup Iman.

Jadi pengajarannya kepada semua, jangan nak jadi tuhan (playing god) nak menguji kesabaran orang sesuka hati. Hanya tuhan yang layak menguji kita kerana dia saja yang tahu tentang diri kita dan sejauh mana kita mampu bertahan.

jangan cuba nak menguji kesabaran orang lain kalau diri sendiri pun bukan sempurna sangat. Baru kena sembur balik, terus nam melompat mengamuk pulak.

Dan jangan juga cuba meniru gaya aku tadi. Tak baik. Sila jawab telefon dengan baik.

Sekian.

===========

Sudah 500 entri aku menaip. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada blog yang tidak seberapa ini. 


Terima kasih!

9 comments:

amirulspurs said...

wahhh. hehe. dpt ke tak ni?

amirulspurs said...

Walaupun aku baru jgak follow blog kau.. tp blog kau serius best. aku suka baca .. haha. rajin2 gak laa dtg blog aku....

alien said...

oi pakcik oi~
len kali pakcik tu cakap2 ko diam je.. ta pun ko cakap... pacik line tak clear la.. meh sini datang rumah la senang..

pjah said...

aku pantang kalo time aku ngah syok tido..ad orng call pastu senyap.penat dok hello2..pe lagi...aku maki la.
ternyata tahap kesabaran aku sangat2 tipis.
p/s:tahap sabar aku tipis time orng kacau aku tido je..he3

Fairuz said...

Hahaha... Baru nak amek PMR dah kurang ajar! Haha..

Tapi kalau lepas kejadian tu kau dapat jumpa pakcik tu lagi best beb..

Amirul (aremierulez) said...

Amirulspurs:
dapat2. Aku memang buat approval pada bahagian komen.

Alien:
haha... Aku rasa pak cik tu ada datang kat rumah. Tapi masa tu aku dah masuk U. aku tak ingat lak siapa nama dia

Pjah:
kena kacau time tido, semua orang pun tak suka

Fairuz:
Ada jumpa beb. Dia datang rumah. Tapi masa tu aku dah masuk U, dia pun dah tak ingat kot

Joey said...

500? Apsal aku yang start lagi awal dari ko baru 300 lebih? Atau kau memang start dulu dari aku??


p/s Aku still x percaya ko cuma maki itu sahaja pada pakcik tu. Ni mesti censor version kan????? LoL.

una berry said...

dah main2 telefon tu camtu sapa tak bengang
nak lagi tengah sibuk
apa punya perangai lah orang tua tu

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Kau start dulu, tapi aku selalu update. Sebab tu dah cecah 500 dulu.

P/S: hahaha.. kau memang dah kenal aku. Apa yang aku tulis tu, kira sesuai untuk tontonan umum. Selebihnya aku simpan sendiri. LOL!

Una Berry:
Tu la pasal. Tu yang aku bengang tu. Tak de keje orang tua ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...