Belilah Novel Aku!!!!

Monday, August 1, 2011

Perihal Aku dan Ramadhan

Ramadhan datang lagi!!!

Pejam, celik, pejam, celik... Bulan Ramadhan datang lagi. Bulan Ogos 2011 menandakan semua umat Islam di seantero dunia bakal menyambut bulan Ramadhan.

Berikut adalah serba sedikit pengalam aku semasa bulan Ramadhan sepanjang hidup aku. Kira timeline hidup akulah ni.


Ramadhan 1993
Untuk pertama kali aku berjaya puasa penuh dalam usia 9 tahun. Agak lambat juga aku dapat puasa penuh berbanding kawan-kawan lain yang berjaya puasa penuh ketika darjah satu. Aku malas nak puasa masa aku kecik agaknya. Tapi selepas itu, Alhamdulillah aku tak pernah ponteng puasa suka-suka lagi.


Ramadhan 1998 - 1999
Aku menyambut puasa serentak dengan serangan Demam Campak atau dalam bahasa penjajah, Chicken Pox. Terpaksa jugalah aku tuang puasa 3-4 hari. Aku pergi ke sekolah dalam keadaan belum sembih 100%, badan aku masih banyak bekas dari chicken pox. Nasib baik tanda tersebut dah nak hilang, jadi rakan sekelas tak berapa perasan sangat.


Ramadhan 2001

Aku menyambut puasa sambil menjawab soalan SPM. Agak terganggu juga fikiran akibat dari perut kosong. Pertama kali aku menjawab soalan dalam keadaan puasa sebelum aku merasai semula semasa aku di Politeknik Merlimau dan UiTM Segamat, menjawab soalan final exam dalam keadaan lapar.

Semasa SPM dijalankan, Yang di-Pertuan Agaong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat pada 21 November 2001. Nasib baik peperiksaan SPM tidak ditunda.


Ramadhan 2003
Aku menyambut Ramadhan di dalam asrama Politeknik. Macam-macam perangai budak-budak tak puasa. Beli nasi sorok dalam beg, makan Maggi sambil kunci bilik. Kalau ada yang datang ketuk bilik, memang tak kan bukak punya.

Kadang-kadang, aku dan kawan-kawan saja mengacau orang yang tak puasa. Bila tahu ada member yang tengah sedap menyuap dalam bilik yang terkunci, kami buat-buat ketuk pintu bilik mereka. Buat-buat ubah suara dan bagi salam. Kecut perut dan kecut telur masing-masing.

Pengalaman kurang menarik ketika aku berpuasa di dalam Politeknik, hampir setiap hari aku sahur makan Maggi. Ada jugalah beberapa kali aku dapat makan Nasi Goreng dari seseorang yang bagi aku setiap kali aku nak bersahur.


Ramadhan 2004
Aku menyambut Ramadhan di Batu Pahat kerana aku sedang menjalani praktikal di Telekom Malaysia. Tiada apa yang menarik sangat kecuali ternampak penolong manager dekat tempat aku praktikal tersebut tak puasa. Dengan tenang dia kata, "Saya gastrik teruk".


Ramadhan 2005
Aku menyambut puasa di rumah sewa di Merlimau semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Aku berpuasa bersama Yusra, Jimmy, Pejal, Hebat dan Alhafiz. 

Bazaar Ramadhan dekat Pekan Merlimau pun boleh tahan melantun, pukul 12 tengahari dah buka. Sampaikan Pejal dengan selamba beli Nasi Ayam pukul 2 petang, sambil melindung muka dengan helmet full face.

Kawan-kawan aku mula pelik dengan perangai aku yang tak makan nasi semasa berbuka. Hari-hari melantak murtabak.

Ada beberapa kali Yusra masak tomyam untuk berbuka. Biasanya sementara menunggu waktu berbuka, kami layan Teen Titans dan X-men di Cartoon Networks. Yes! berbuka sambil tengok kartun adalah kemenangan terbesar.


Ramadhan 2006 dan 2007
Aku menyambut Ramadhan di 32 Jementah bersama Cendol, Baox, Lula, Apeng, Pujam, Herman, dan Murang (tak semua watak muncul dalam kedua-dua sessi Ramadhan).

Dua tahun berpuasa di 32 Jementah, bazaar selalu yang kami singgah ialah Bazaar UiTM dan Bazaar Sedih. Bazaar sedih dibuka seawal 12 tengahari, mempunyai 5-6 kedai sahaja tapi ada satu kedai kuih yang sedap.

Pujam juga mengenalkan aku dengan Murtabak Roti Jala. Murtabak tersebut bukan dibaluti dengan tepung, tapi Roti Jala. Tiap-tiap hari aku makan 2 keping. Biasanya, Yang Izhani yang ajak aku beli Murtabak Roti Jala sebab murtabak tersebut hanya di jual di Bazaar Bandar Segamat.

Sepanjang berada di 32 Jementah, aku dihidangkan dengan pelbagai cara untuk ponteng puasa oleh Bell. Bell ni kalau bab ponteng puasa memang dah tahap Legend... Wait for it.... Dary...


Ramadhan 2008
Aku menyambut Ramadhan di rumah sewa baru di Taman Sri Pelangi di Segamat bersama-sama Yan, Hafiz, C-Sen dan Raman. Sepanjang aku tinggal di rumah itu, hanya sekali sahaja aku berbuka di rumah tersebut.

Selebihnya, aku dan Hafiz akan berbuka di rumah sewa ABC. Berbuka sambil menonton Sports Center. Selepas buka, layan PS2. Menu utama aku dan Hafiz sepanjang Ramadhan ialah murtabak. Dan Ramadhan tahun ini juga, buat pertama kalinya ABC mengaku yang aku lagi handsome dari dia.


Ramadhan 2009
Aku masih ingat lagi pada hari pertama berpuasa, ayah aku terjatuh dari motor. Seminggu sebelum puasa, motor ayah aku di langgar dari belakang dan ayah aku jatuh dari motor juga.

Nasib baik ada Yan ada. Malam tu selepas berbuka, Yan bawak aku dah ayah aku ke hospital untuk scan kalau ada kecederaan dalaman. Lama juga ayah aku dalam bilik x-ray. Aku dan Yan lepak di kafe sambil menonton perlawanan pembukaan EPL musim itu, Chelsea lawan Wigan.

Tahun ini juga, ritual harian aku setiap petang ialah menunggu ketibaan Yan untuk ke Bazaar Ramadhan Pesta.  Bukan nak beli banyak sangat, cuma rasa seronok bila berjalan di bazaar. Beli 2-3 jenis kuih saja. Macam mana mahu memilih kedai jual kuih yang sedap? Kalau awek cun yang jual kuih tersebut, kedai itulah yang menjadi pilihan.


Ramadhan 2010
Aku dan keluarga aku menyambut bulan Ramadhan dalam keadaan sedikit sedih, pilu, bimbang dan sewaktu dengannya. Emak aku telah di diagnos menghidap penyakit yang agak serius. 

Emak aku tidak digalakkan membuat kerja berat. Jadi, aku pun mengambil alih tugasan emak aku. Setiap hari, aku tak tidur sampailah pukul 4 pagi. Kemudian aku terus masakkan sahur untuk keluarga. Biasanya, aku cuma masak nasi goreng berlaukkan samada ikan goreng, ayam goreng atau ayam black pepper. 

Selepas selesai masak, aku akan kejutkan emak & ayah aku sambil hati berdebar menunggu komen dari mereka berdua tentang masakan aku. Nasib baik semua komen bersifat positif. Ala, nasi goreng je pun.

Begitu juga dengan lauk berbuka. Tapi semasa memasak lauk berbuka, emak aku ada sekali di dapur kerana emak aku tak percaya aku boleh masak dengan sendiri. Takut lari pulak rasanya nanti. Jangankan emak aku, aku sendiri pun tak percaya aku boleh masak seorang diri.


Ramadhan 2011
Tahun ini, aku bakal menyambut bulan Ramadhan bersama Abang aku dan keluarganya di Shah Alam. Dan ini juga pertama kali aku menyambut Ramadhan sebagai seorang yang sudah bekerja. Adakah seronok berpuasa dalam alam pekerjaan? Kita tunggu dan lihat.


Begitulah serba sedikit kisah aku di  bulan Ramadhan. Buat pembaca blog WOTS, selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berbuka. Semoga amalan Puasa kita diterima oleh Allah SWT. Semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

7 comments:

una berry said...

harap2 puasa tahun ni lancar je
selamat berpuasa bro!

pjah said...

selamat berpuasa bro..
firat day posa bukak kat tmpat keje..
rindu masakan mak kt kg..

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Selamt berpuasa kepada sis jugak.

Pjah:
awat buka kat tempat kerja?

hana nabihah said...

SALAM RAMADHAN ! :)

Amirul (aremierulez) said...

hana Nabihah:
Salam Ramadhan kepada kamu jua

Fairuz said...

Kenikmatan sebenar puasa pada seseorang yang dah bekerja ni adalah waktu di antara pukul 5 petang hingga 7 malam. Itu pun kalau kau puasa la..hehe..

Aku rasa kau faham macam mana nikmat ni kan..hehe.. Takde banyak beza pun sama ada naik LRT atau guna jalanraya.

Amirul (aremierulez) said...

fairuz:
Adakah kau maksudkan waktu pulang kerja sampai lah berbuka?

Ya! Itu waktu paling nikmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...