Belilah Novel Aku!!!!

Friday, August 19, 2011

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir


Sudah agak lama segmen ini tidak muncul di blog ini.

Hari ini, sudah 19 Ogos 2011. Ini juga bermakna kita sudah 19 hari berpuasa. Tinggal lagi 10/11 hari lagi untuk kita menyambut hari kemenangan buat semua umat Islam (yang berpuasa), iatu Hari Raya Aidilfitri.

Bahang untuk menyambut hari raya semakin dirasai. Kanak-kanak tidak sabar kerana mereka bakal menerima sejumlah duit raya. Sang isteri tak sabar mahu melihat rumah dengan perabot baru yang dibeli sempena hari raya, dan sang suami pula hilang sabar melihat dompet yang menipis menjelang raya.

Hari ini, mari kita lihat tanda-tanda yang kita akan nampak apabila hari raya semakin hampir. Biasanya tanda ini akan lebih jelas kita akan nampak pada hari Isnin yang akan datang ini.


WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir

10. Kita menerima kad raya/SMS raya

Kalau zaman dulu, menerima kad raya adalah sesuatu yang kebiasaan. Jumlah kad raya yang diterima akan menjadi ukuran tahap populariti seseorang. Semakin banyak, semakin kembang hidung.

Tapi di zaman moden ini, kad raya bukan satu benda yang relevan lagi. Kad raya kini diganti dengan SMS. Kadang-kadang jadi sesak juga. Bila terlampau banyak SMS diterima, inbox akan penuh. Kena jugalah delete SMS-SMS tersebut.


9. Berita budak putus jari akibat mercun buatan sendiri menghiasi dada akhbar (muka hadapan jika kamu baca Metro)

Yang ini aku paling tak faham. Tiap-tiap tahun akan keluar berita macam ini, tapi budak-budak macam tak belajar dari pengajaran. Bila sudah putus jari, baru buat muka kesian. Mintak simpati. 

Come on, kids. Jangan buat sesuatu yang budak tahun lepas gagal buat. Mercun buatan sendiri adalah suatu yang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak akan berjaya buat. Ingat pesan abang ini ya adik-adik sekalian!


8. Ops Sikap yang ke berapa juta entah akan dimulakan

Ops Sikap, suatu benda yang pasti kita akan dengar setiap tahun. Bukan setakat semasa hari raya, masa krismas, masa tahun Baru Cina, pun ada Ops Sikap.

Cuima aku kurang faham apa fungsi Ops Sikap. Adakah Ops Sikap adalah ops untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena hari kerayaan, ataupun ops untuk mengira berapa jumlah orang yang terkorban di jalan raya? 

Kerana setiap tahun, jumlah korban semakin meningkat, dan aku rasa definasi Ops Sikap lebih dekat dengan definasi mengira jumlah mangsa korban jalan raya dari mengurangkan jumlahnya.




7. Saf  Sembahyang Terawikh tinggal satu saf

Rasanya, aku tidak perlu menerangkan apakah sebab perkara ini terjadi? Semua orang pun tahu apa sebabnya bukan?

Makin lama, jemaah semakin malas. Jangan sampai tinggal imam dengan bilal saja yang buat terawikh pulak.


6. Jualan murah di sana-sini

Setiap kali musim perayaan, pasar raya akan mengambil kesempatan untuk membuat jualan murah. Tidak kiralah samada jualan murah yang betul, atau jualan murah yang memperdayakan pengguna.

Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang paling besar di sambut di Malaysia, promosi jualan murahnya juga kadangkala lebih unik sehingga menyebabkan Mak Besah yang sudah ada 7 pasang baju raya juga bakal turun untuk bertempur dalam promosi jualan murah tersebut


5. Lagu raya mula berkumandang di radio

Tidak terasa bahang hari raya tanpa kehadiran lagu raya. Kombinasi lagu raya lama yang masih evergreen sehingga sekarang dan lagu raya baru (yang banyak mengarut dari yang menarik). akan keudara di radio, menaikkan semangat kita untuk menyambut hari raya.

Dekat office aku, lagu raya sudah dipasang 2 hari sebelum puasa. Jadi, aku kini dalam fasa muak mendengar lagu raya. Aku sedang menunggu satu lagi benda muncul di kaca TV iaitu....


4. Iklan raya mula menghiasi kaca TV

Ya! Iklan raya! Setiap tahun, syarikat-syarikat di Malaysia akan berlumba-lumba mengeluarkan iklan raya yang menarik dan mampu meninggalkan mesej kepada penonton yang melihatnya.

Semenjak kemunculan iklan raya Petronas (yang mana kebanyakannya ialah hasil karya Arwah Yasmin Ahmad) yang menonjolkan iklan raya bermesej, syarikat-syarikat lain juga mula mengikut jejak langkah untuk membuat iklan yang mempunyai mesej juga.

Semenjak pemergian Yasmin Ahmad, iklan petronas sudah hilang "kick", dan semenjak itu, iklan raya TM bagaikan menjadi iklan raya terbaik menggantikan iklan Petronas.


3. Kawasan Jalan Masjid Jamek mula dipenuhi manusia secara maksimum, tidak kira hari berkerja atau hari cuti

Ini biasanya timbul bahana dari shopping raya last minute. Ada pro dan contra bagi yang bershopping last minute.

Contra, terpaksa bersesak dengan orang yang ramai dan kemungkinan stok pakaian yang ingin dibeli sudah habis.

Pro, barangan dia jual dengan harga yang murah. Jualan penghabisan stok. Lagi-lagi kuih raya yang kena lelong pada malam raya. Murah gila!


2. Banner Selamat Hari Raya berserta gambar wakil rakyat yang tidak pernah pun melawat kawasan mula digantung

Ini adalah perkara paling wajib dilakukan oleh ahli politik, tidak kira part kerajaan atau pembangkang, lakukan untuk membeli jiwa rakyat.

Teknik ini kadang-kadang bejaya membutakan mata rakyat. Walaupun wakil rakyat tersebut tidak pernah datang melawat kawasan, dengan hanya meletakkan banner tersebut, rakyat terus terpedaya dan berkata, "Bagus betul wakil rakyat kita. Sanggup buat banner dan gantung untuk tatapoan rakyat marhaen macam kita ni."

Yeah, right!


1. Bila kita rasa duduk dekat office pun sudah tidak ada makna lagi

Kepala asyik ingat cuti, raya dan kampung. Dah tak de nak fikir pasal kerja lagi. Hari raya berjaya mengatasi semuanya, termasuk bebelan daripada boss anda.

=============

Ok. Sampai di sini sahaja. nak ucap Selamat Hari raya, macam awal lagi. Lain kalilah aku ucap.



10 comments:

Fairuz said...

Aku ucapkan Selamat Hari Raya untuk kau bro. Semoga tahun ni lebih bermakna di samping perigi yang ditemui..hahaha

Amirul (aremierulez) said...

fairuz:
keh keh keh..
Thanks..

Fadzmie Mohamad said...

Kat tempat aku, belum start puasa dah dengar lagu raya. Haha.

Amirul (aremierulez) said...

fadzmie:
Sama la dengan tempat kerja aku

puteri ain said...

betul smua tu . btw selamat hari raya .hehe

Amirul (aremierulez) said...

Puteri Ain:
Selamat hari raya...

una berry said...

tolonglah berhati-hati di jalan raya dan jadilah pemandu yang berhemah. jangan terllau pentingkan diri.

selamat menyambut hari raya bro!

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Amboi. Dah macam iklan TV pulak

Pejuang Kesenian Extreme said...

Kat tempat aku,puasa pertama je dah bukak lagu raya..

jadi dikesempatan ini,Selamat Hari Raya la diucapkan untuk bro..=)

Amirul (aremierulez) said...

Pejuang kesenian extreme: selamat hari raya juga kepada anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...