Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, September 21, 2011

Adakah Dunia Sedang Mempermainkan Aku?

Semenjak kebelakangan ini, aku dapat rasakan dunia bagai cuba mempermainkan aku. Bagai cuba memperlekehkan aku.

"Itu dia kucing yang kita dapat tangkap semalam, Amirul. Betul la kata Amirul. Ada 2 ekor kucing yang selalu buat onar dekat dalam shopping complex ni."


"Sekor kucing jantan. Sekor lagi kucing betina. Kalau nak buang, elok kita buang dua-dua ekor ni kat tempat yang sama. Nampak macam kucing ni memang hidup berpasangan."

Aku cuma mengangguk-angguk mendengar kata-kata mak guard (security guard perempuan) itu berkata-kata. Hanya perkataan 'pasangan' yang melekat dalam kepala aku.

Aku tak tahu kenapa, tapi semenjak dua menjak ini aku selalu rasa benda-benda yang berkaitan jodoh, atau pembayang sebagai jodoh, selalu berlegar-legar depan mata aku.

"Semalam kita orang dapat tangkap orang nak mencuri." kata pak guard.

"Orang mana?" Tanya aku.

"Orang Arab. Yang best tu, diorang ni boyfriend-girlfriend. Memang bagus la, pasangan bercinta mencuri sama-sama."

Aku terdiam lagi. Lagi padanan jodoh muncul di depan mata aku.

"Coklat ni, kena beli dua. Baru boleh dapat hadiah." Kata promoter coklat itu pada aku.

Beli dua baru dapat hadiah. Ada macam bayangan jodoh juga kan?

Undangan kahwin kawan-kawan, jangan ceritalah. Itu satu lagi bayangan yang berkaitan jodoh.

Dan tahap kesabran aku kepada permainan duniawi terhenti bila hari-hari aku dapat SMS bodoh dari Maxis ini:

"Nikmati Speesh PERCUMA 14 hari! Chat, main game dan juga boleh mencari kenalan dan juga jodoh."

Ah, yes! Sampai SMS pun nak perli aku pasal hal jodoh. Adakah dunia sedang mempermainkan aku?

11 comments:

una berry said...

apa lagi, mulakan operasi mencari :D

Fairuz said...

SMS je bro?

Aku lagi hebat kot. Maxis tiap-tiap hari duk hantar MMS yang seolah-olah Maxis sedang menghantar MMS cinta kepada aku. MMS bro. Ada animasi gerak-gerak lagi.

Lagi hebat aku dipermainkan.

Pasal situasi lain, rasanya kau sudah sedia maklum kot..haha..

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Dah buat dah. Dah jumpa tapi macam belum dapat yang betul2 "the One"

Fairuz:
Oh. Aku dapat jugak tu. Tapi kadang2 tak la jiwang sangat yang aku dapat tu.

hehehehe

Kaio said...

Facepalm doh nasib kau sekarang. LOL. takpe. nnt jodoh ko turun dari langit. tapi kena pakai spray dedorant AXE la.

www.kaio.my

Amirul (aremierulez) said...

Kaio:
Dah 2 tin aku pakai. Ta kjatuh dari langit pun. LOL!

Joey said...

hahahahaha

nampaknya ko kena masuk rancangan the bachelor neh...

Amirul (aremierulez) said...

Biasanya, lelaki yang kacak dan Kaya je yang akan jadi watak utama dalam the Bachelor tu?

Aku? uhuk...

ReDiculousLy said...

aku rasa elok ko msk imam muda....nanti ramai la yg dtg meminang....hihihi

Amirul (aremierulez) said...

Tak baik gunakan agama untuk tujuan peribadi..

Amacam nasihat aku? Boleh menang Imam muda tak? hahaha

h A n Y S said...

tu dah bagi petanda dah tu suruh ang carik gigih sket.. :D

Amirul (aremierulez) said...

Hanys:
Tak cukup masa nak cari la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...