Belilah Novel Aku!!!!

Monday, September 12, 2011

Bicara Lelaki Bujang #1

Pada satu hari.....

Aku sedang duduk minum bersama head maintenance dan seorang lagi maintenance muda di tempat kerja aku. macam biasa, pekena teh tarik di kedai mamak.

"Umur kau dah berapa, bro?" Tanya si head maintenance pada aku.

"27. Kenapa?" Balas aku.

"Kau belum kahwin lagi kan?" Tanya beliau lagi.

Aku jawab soalan tersebut dengan anggukan sahaja sebab aku sedang minum. Karang habis tersembur kalau aku menjawab sambil minum teh tarik tersebut.

"Kawan-kawan sebaya kau, mesti ramai yang dah tunang kan?" Tanya dia lagi.

"Tunang apanya. Ramai yan gdah kahwin dah." Jawab aku tegas seperti ahli politik yang sering mempermainkan perasaan hamba rakyat.

"Kawan-kawan aku ramai yang dah bertunang." Sambung head maintenance itu.

Umur beliau sudah mencecah 25 tahun, 2 tahun muda dari aku. Memang itu masa umur yang sesuai buat lelaki bertunang.

"Kau bila lagi? Semua kawan-kawan kau dah bertunang?" Kacau aku pada head maintenance itu.

"Aku pulak? Kau tu. Dah tahap patut kahwin." Sergah dia pula.

"Bukan apa, kau dah ada calon." Aku kacau dia memandangkan head maintenance aku sedang masyuk bercinta dengan salah seorang sales manager di sini.

"Kau kahwin dulu, baru aku." Jawab dia sambil gelak besar.

"Tapi aku pelik la. Kawan-kawan sebaya aku pun ramai yang dah bertunang dan kahwin." Tiba-tiba seorang lagi maintenance muda yang dari tadi asyik senyap, tiba-tiba bersuara.

Maintenance ini baru bekerja di sini. Baru 5 bulan. Dia pun masih muda. Baru berumur 20 tahun.

"Aik? Kau bukan baru 20 tahun ke? Kenapa kawan-kawan sebaya kau dah ramai yang bertunang?" Tanya aku.

"Entah la. Aku pun tak tau. Lagipun, aku tak de duit nak kahwin. Nak enjoy dulu." Balas dia dengan nada bersuka ria.

"Memanglah kau tak kahwin lagi. Kerja pun pemalas, mana nak ada duit nak meminang anak orang. Aku suruh buat kerja, kau bantai tidur. Orang pemalas macam kau ni, memang tak kahwin sampai ke tua. Hidup nak enjoy je. Kerja tak nak buat!" Sound keras dari head maintenance kepada maintenance muda itu.

Aku hanya mampu ketawa melihat maintenance muda itu terkebil-kebil dengan muka 10 sen selepas kena sound setepek dengan head maintenance itu.

Semenjak dari itu, kalau kami bercerita tentang hal tunang, kahwin dan awek, maintenance itu hanya diam seribu bahasa. Tak mahu sejarah berulang, barangkali.

Moral of the Story: Jangan malas ketika sedang bekerja dan jangan cerita hal-hal enjoy masa lepak dengan boss anda

9 comments:

alien said...

baik~

pjah said...

hahaha..setepek kene sound..

Amirul (aremierulez) said...

alien:
Bagus!

Pjah:
Tepat kat batang hidung tu

Fairuz said...

Cara nak jawab dengan kengkawan pasal isu ni aku tak pernah rasa stress...

Kalau nak jawab isu ni dengan orang-orang tua, memang kalau tengah minum tu, kalau boleh sekali teguk je. Lepas tu buat-buat tido. Lotih bhai....

Kesimpulannya, elakkan daripada bercerita isu ni dengan orang-orang tua kalau tidak mahu hidup anda diselubungi stress....hahaha...

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Mesti time raya jenuh kan nak menjawab soalan tu? keh keh keh

Joey said...

boss ko muda lagi dari ko?

degrading yer....

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
tak lah. Head maintenance tu bukan boss aku

Eric said...

apa lagi ko kawin la

Amirul (aremierulez) said...

Eric:
Kalau lah kawin semudah memakan karipap, dah lama aku kahwin dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...