Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, September 14, 2011

Cerita Dari Sudut Lain #1: Kisah Dua Graduan

"Cleaner!!!" Satu jeritan memecahkan kesunyian pejabat.

Tiada sahutan.

"CLEANER!!!" Jeritan kali ini lebih kuat. Mengejutkan beberapa pekerja yang sedang tekun melakukan kerja, atau sedang sibuk bercucuk tanam di alam maya.

Mustapha datang. Walaupun hanya nama jawatannya yang dipanggil dan bukannya nama betulnya, dia tahu yang ada tugas yang belum disempurnakan sehingga manusia yang paling ditakuti (kerana pangkatnya) itu memekik memanggilnya.

"Kenapa kau tak mop office aku ni?" Tanya orang yang memanggil Mustapha.

"Saya..."

"Dah, dah. Aku tak nak dengar alasan. Aku bagi kau 20 minit. Mop lantai tu. Lepas tu lap sekali cermin tu. Dah berhabuk sangat dah." Arah orang yang memanggil Mustapha tanpa memberikan Mustapha peluang untuk menerangkan alasannya.

Mustapha pun dengan segera melakukan tugas mengikut arahan orang atasan itu.

Selepas selesai. Mustapha pun segera keluar dari pejabat itu. Dia tidak mahu orang itu memanggilnya dan memberikan arahan yang bukan-bukan kepadanya.

Mustapha duduk bersandar di kerusi yang terletak di ruang legar di tingkat bawah pejabat itu. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang lengkap dengan baju kemeja dan tali leher. Mustapha tidak pernah nampak lelaki ini.

"Pekerja baru, mungkin." Bisik hati Mustapha.

Pekerja baru tersebut hanya diam, tunduk menenung lantai yang berkilat, berkilat kerana di mop oleh Mustapha pagi tadi.

"Awak tahu tak, saya ada degree dalam Biological and Pharmaceutical Sciences dari University of Dhaka?" Mustapha tiba-tiba memulakan bicara.

"Ya! Saya dari University of Dhaka di Bangladesh. Universiti itu dapat nombor 64 dari senarai 100 Universiti Terbaik Asia yang AsiaWeek's keluarkan baru-baru ini. Universiti yang telah melahirkan Presiden Bangladesh sekarang ini, Zilur Rahman."

Pekerja baru yang berbaju kemeja dan bertali leher itu hanya mendiamkan diri. Terus tegar memandang lantai yang bersinar itu. Mungkin dia takjub melihat lantai yang berkilat itu kerana agak sukar untuk kita dapat melihat lantai berkilat begitu di pejabat-pejabat yang ada di Malaysia.

Mustapha tidak ambil pusing samada pekerja baru itu mendengar luahan hatinya. Dia tetap ingin meneruskan luahan hatinya.

"Awak tahu, saya adalah pelajar cemerlang dalam kursus saya. Saya sentiasa dapat pointer 3.70 ke atas setiap semester. Saya pernah dapat pingat dari Presiden Bangladesh ke atas kemenangan saya dalam pertandingan inovasi yang diadakan di London semasa saya dalam semester terakhir saya."

"Tapi sekarang, saya hanya jadi cleaner di sini. Kerja saya cuma sapu sampah, mop lantai, kasi cuci toilet, angkat sampah, bersihkan cermin.. Semua kerja tu tak de kena mengena dengan degree yang saya ada. Saya nak kerja yang ada kaitan dengan degree yang saya belajar di universiti dulu..." 

Luah hati Mustapha panjang lebar. Sengaja diluahkan perasaannya kepada pekerja baru itu kerana dia tahu yang pekerja itu tak kan ambil pusing dengan kata-katanya.

Tiada seorang pekerja pun yang pernah hirau dengan kewujudan dirinya sebelum ini. jadi, dia anggap yang pekerja baru itu juga hanya akan "dengar telinga kanan, keluar telinga kiri" terhadap kisah hidup yang diluahkannya itu.

"Bro, janganlah sedih sangat." Tiba-tiba pekerja baru itu bersuara. Mustapha terkejut kerana tak sangka pekerja baru itu mendengar semua rintihan hatinya yang diluahkan tadi.

"Kau kira untung jugak ada kerja. Aku ni pun ada degree jugak. Dari UPM. Tapi dah 2 tahun aku menganggur. Ini interview ke 75 dalam masa 2 tahun ni, tapi aku tak dapat kerja jugak. Interview hari ni pun memang aku tak dapatlah sebab salah sorang yang interview tadi anak sedara boss dekat sini." 

Mendengar luahan hati itu, baru Mustapha sedar yang lelaki ini bukanlah pekerja baru di sini. Tapi orang yang datang untuk temuduga kerja di pejabat ini.

"Sekurang-kurangnya kau dapat juga kerja walaupun tak menggunakan degree kau. Aku ni? Graduan menganggur, tau?"

Dan mereka pun terus bertukar-tukar cerita tentang kisah ketika menuntut di universiti. Kisah kehebatan universiti masing-masing, kisah sistem universiti, kisah perkara-perkara nakal yang mereka lakukan di universiti dan segala cerita di universiti yang lain.

Dengan sekelip mata, dua graduan ini terus menjadi kawan baik.

8 comments:

una berry said...

aku merasai apa yang dirasakan mustapha
sungguh.tsk.

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Adakah kamu juga belajar bersama-sama Mustapha di Universiti of Dhaka? hehehe

amirulspurs said...

hmm, takut plak baca nt kalau lps dip tkda kerja. hehe

pjah said...

macam bangla kat tmpat keje aku dulu je..haha

Azizan said...

aku konvo 4hb ni. adakah aku juga akan merasa apa yg di lalui kedua2 graduan ni?

Amirul (aremierulez) said...

amirulspurs:
doa banyak2 supaya kau tak begitu.

pjah:
ye ke? tapi memang ramai bangla kat Malaysia ni ada kelulusan yang tinggi

Azizan:
Harapnya tidak.

Anonymous said...

alhamdulillah ak dpt kerja lepas 7 bulan habis diploma (5 bulan ak lepak x wat pape) dan lepas hadiri 2 inteview...

dan lepas 5 bulan bekerja masuklah pekerja baru di opisku dan menariknye beliau adalah seniorku di u yg baru saja habis degree...

Amirul (aremierulez) said...

Kalau macam tu, kau dah boleh ragging dia pulak. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...