Belilah Novel Aku!!!!

Monday, September 26, 2011

Cerita Dari Sudut Lain #3: Kalau Dah Bukan Jodoh......

Nota: 
Cerita Dari Sudut Lain bukanlah entri bersiri. Tetapi hanyalah entri yang merupakan himpunan cerita pendek yang aku tulis. Ia hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

============

Razak, seorang pekerja di sebuah perbadanan kerajaan, adalah seorang pekerja yang rajin. Bukan setakat rajin, tapi baik juga budi pekerti dan akhlaknya.

Namun begitu, Razak merupakan anak yatim piatu. Hidupnya sebatang kara. Dari umurnya 5 tahun lagi, dia sudah tinggal di rumah anak-anak yatim.

Di situlah tempat dia belajar erti kehidupan.Di situlah tempat dia mendapat kasih sayang. Segala-galanya di sana.

Dia tidak tahu bagaimana dia ditempatkan di sana. Dia masih terlampau muda. yang pasti, dia ditinggalkan oleh ibunya di sana. Ayahnya sudah meninggal ketika umurnya 5 tahun. Itulah yang sering diceritakan oleh Mak Yam, pengasuh di rumah anak yatim tersebut.

Namun tiada siapa yang tahu mengenai latar belakang Razak ditempat kerjanya. Mereka tahu razak merupakan anak yatim tapi tidak tahu kisah-kisah lain mengenai Razak.

Ditempat kerjanya, Razak baik dengan Kak Intan. Kak Intan merupakan ketua kerani di tempat kerjanya. Kak Intan mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak angkat, juga seorang perempuan.

Kesemua anak-anak Kak Intan sudah kahwin. Kak Intan menjodohkan anak-anaknya dengan rakan-rakan di pejabatnya. Mana yang berperilaku baik dan berkenan di mata Kak Intan, terus Kak Intan jodohkan dengan anaknya.

Sekarang, tinggal anak angkat Kak Intan sahaja yang belum dijodohkan. Menurut cerita rakan sepejabat yang pernah ke rumah Kak Intan dan pernah terjumpa dengan anak angkatnya itu, mereka semua berkata yang anak angkat kak Intan jauh lebih cantik dan menawan berbanding 3 orang anak kandungnya.

Dan kini, Kak Intan berniat untuk menjodohkan anak angkatnya dengan Razak. Khabar angin mengenai perkara ini bertiup kencang di pejabat. Razak berpura-pura tenang bila mendengar perkhabaran itu tapi hatinya sangat teruja seperti seorang anak kecil yang mendapat hadiah iPad dari ibubapa mereka.

"Razak, datang rumah akak esok. Akak nak ajak Razak makan malam." Kak Intan mempelawa Razak.

Razak tahu pelawaan itu adalah bertujuan untuk mempertemukan dia dengan anak angkat Kak Intan.

"Ok. Saya datang." Jawab Razak dengan tenang, tetapi dalam hati Razak hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana terujanya perasaan dia ketika itu.

Keesokkan harinya, Razak sampai ke rumah Kak Intan. Razak disambut oleh Kak Intan dan anak angkatnya. Suami Kak Intan tiada, out-station.

Buat pertama kalinya, Razak bertentang mata dengan anak angkat Kak Intan. Juliza namanya. Dan memang betul kata orang, Juliza memang sangat cantik. Seumur hidup Razak, inilah perempuan paling cantik yang razak pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri.

Mereka bertiga pun menjamu selera. Menurut Kak Intan, semua lauk pauk untuk makan malam itu dimasak oleh Juliza. Sedap. Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang cantik, tapi bakat masakannya juga memang tak kurang hebat.

Selepas selesai makan malam, mereka bertiga berbual-bual. Kak Intan dan Razak yang banyak berbual. Juliza lebih keapada menjadi seorang pendengar sahaja.

"Razak, kalau tak keberatan, boleh tak kamu ceritakan sikit tentang latar belakang keluarga kamu?" Tanya kak Intan.

Razak tanpa segan silu menceritakan hal peribadinya kepada Kak Intan dan Juliza. Walaupun tak pernah diceritakan kepada orang lain, tapi kali ini lain cerita. Kak Intan bakal menjadi ahli keluarganya selepas dia berkahwin dengan Juliza. Tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Eh? nanti. Mak kamu nama dia Hasmah Binti Tarjo ye? Duduk dekat Parit Raja, Baru Pahat?" Tanya Kak Intan.

Razak mengamnggukkan kepala.

"Ayah kamu nama dia Rahman bin Tumin?"

Razak mengangguk lagi.

"Akak kenal ke mak ayah saya?"

"Mana tak kenalnya. Akak ni asal sana juga. Mak kamu tu kawan baik akak dulu."

Razak mengangguk lagi. Muka Juliza berubah selepas mendengar perbualan mereka.

"Kalau macam tu Razak, Juliza ni adik kamu. Selepas mak kamu tinggalkan kamu dekat rumah anak yatim, mak kamu pun melahirkan Juliza. Dia tinggalkan Juliza pada akak. Lepas tu akak pun pindah ke KL. Baguslah. Tak sangka kamu dapat jugak jumpa ahli keluarga kamu malam ni. Kira memang jodoh kamulah ni."

Razak duduk terjelepuk. Sangkanya, Juliza bakal menjadi isterinya. Tapi rupanya lain pula jadinya.

Memang sudah jodoh untuk dia bertemu dengan adiknya malam ini. Tapi. bukan jodoh ini yang diharapkan buat Razak pada malam ini...


3 comments:

puteri ain said...

Allah lebih mengetahui segalanya :)

sengat said...

hepy nye aku mcm budak kecik dpt ipad dr ibu bapanye lepas bace cite ni.. pekate kenalkan aku dgn juliza tu... bole la si razak jd abg ipar aku..hahaha

singgah sini dari johor blogger..... have a nice day!!!

Amirul (aremierulez) said...

puteri ain:
Yes!

sengat:
amboi! mesti la aku sebagai penulis cerita ni, mesti la aku chop Juliza dulu. keh keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...