Belilah Novel Aku!!!!

Monday, September 5, 2011

Fenomena Sepanjang Sebulan Berhari Raya

Hari ini, sudah masuk Hari Raya yang ke-7. Dalam diam-diam, sudah seminggu kita berhari raya. Dan dalam diam juga, esok aku terpaksa berkapitalis (bekerja) semula. Buat mereka yang sudah mula mengkapitaliskan diri hari ini, selamat bekerja.

Ada beberapa perkara yang biasa kita dapat lihat apabila hari raya melangkau lebih dari tempoh seminggu. Berikut adalah fenomena biasa yang kita dapat lihat selepas seminggu berhari raya.


Rumah Terbuka

Seperti biasa, setiap kali hai raya, mesti ada rumah terbuka. Aku sendiri tak pasti siapa yang memulakan fenomena rumah terbuka. Tiada pula page wikipedia tentang rumah terbuka, kalau tidak mesti aku dah tahu.

Ada beberapa sebab kenapa orang membuat rumah terbuka. (1) Menjamu rakan dan sahabat handai. Setahun sekali, tak salah pun. (2) Mahu menayang perabot import baru yang dibeli sempena hari raya. Ya lah, macam mana orang nak tahu kita beli perabot baru kan? Tak kan nak letak kerusi meja dekat halaman rumah pulak kan?

Rumah terbuka bukanlah perbuatan membuka pintu dan menyuruh tetamu datang semata-mata, ia pasti akan disertakan dengan menu makanan yang maha banyak pilihan untuk para tetamu. 

Setiap hujung minggu, pasti kita akan menerima jemputan rumah terbuka. Kadang-kadang, sehari sampai 2-3 jemputan kita dapat. Sampai kita boleh buat jadual untuk pergi ke rumah terbuka. Dapatlah mengurangkan budget makan untuk bulan tersebut.

Tapi, menghadiri rumah terbuka akan menyebabkan sesuatu yang tidak digemari oleh kaum hawa iaitu....


Naik Berat Badan

Kalau sehari pergi ke 2-3 rumah terbuka, melantak tak ingat dunia, macam mana bentuk badan tak naik macam tong drum.

Sebelum raya, masing-masing berlagak, "Kau tengok ni, aku dah boleh pakai balik seluar jeans masa aku anak dara ni", "Pegh, berat badan aku turun 8 kg la."

Selepas raya, semua dialog itu berubah menjadi keluh kesah kenaikan berat badan yang sangat drastik. Kadang-kadang, berat badan naik melebihi berat badan normal sebelum bulan puasa bermula.

Bila berat badan sudah meningkat naik, maka terpaksalah mereka semua menjalankan satu aktiviti lazim dilakukan iaitu...


Diet

Bukan senang nah diet. Lagi-lagi apabila kawan-kawan asyik sibuk menjemput ke undangan rumah terbuka. Nak menolak, nanti apa kata kawan-kawan pula. Lagipun, rezeki jangan ditolak.

Nak tak nak, terpaksalah diet selepas musim raya tamat. Nak menurunkan punyalah susah. Kdang-kadang, ada yang ambil masa sampai puasa tahun depan, baru dapat berat badan normal kembali.

Bila badan sudah normal, tiba hari raya lagi. Dan proses ini terus berulang dan terus berulang.

Tapi tak semua orang berdiet kerana bentuk bdan yang makin menaik bagaikan di pam-pam. Ada juga yang berdiet kerana....


Kekeringan Wang Ringgit

Setiap kali menjelang hari raya, duit bakal menjadi faktor utama dalam penentuan kemeriahan sambutan hari raya seseorang atau keluarga tersebut.

Jika besar bonus yang kamu terima dari company kamu, maka seronoklah sambutan hari raya kamu. Jika tidak, terpaksalah ambil part time job untuk memastikan hari raya yang bermakna.

Ada yang membuat perniagaan menjual kerepek dan kuih raya, ada yang buat part time jual butang baju melayu, songkok dan samping dan bermacam-macam lagi.

Sebaik sahaja selepas raya, duit bonus dan duit perniagaan part time semua habis digunakan. Mahu tak mahu, terpaksalah turut serta menjalani aktiviti diet.

Ingat, tak semua orang yang berdiet selepas hari raya ialah orang yang sudah naik berat badan. Orang yang pokai juga akan turut berdiet bersama.

Dan bila terpaksa berdiet dan pemikiran yang asyik melayang kerana memikirkan hal duit, ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan mood untuk kita...


Kembali Bekerja

Semangat dan mood untuk bekerja memang masih pudar. Kepala masih dalam mood cuti dan raya. Rasa berat hati dan berat kaki nak memanjat tangga pejabat mula terbayang. Bebelan boss yang bakal membuatkan rasa ingin menerajang kepala boss sekuat hati sering timbul dalam hati.

Damn lah! Sepatutnya hari raya, bagi cuti sebulanlah!

Untuk mendapatkan kembali mood raya terpaksalah...


Menunggu Hari Raya Korban

Walaupun Hari Raya Korban kurang meriah dan popular seperti Hari Raya Aidilfitri, but raya is still raya. Aku tak tahu dengan keluarga orang lain. Tapi Keluarga aku menyambut Hari Raya Korban dengan meriah.

Kami berkumpul sekeluarga dan menyambut dengan rendang dan ketupat juga. Meriah dan havoc seperti Hari Raya Aidilfitri juga. 

==========

Sampai di sini sahaja karutan aku buat masa ini. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat pembaca blog ini.

Sesiapa yang pergi ke rumah terbuka, jaga pemakanan. Jangan sampai tahap gula dalam darah dan kolestrol kamu melambung pula nanti.

6 comments:

Fairuz said...

Selamat berhari raya dengan perigi...haha..

Amirul (aremierulez) said...

kau bila mau cari perigi pula? hehehe

Fairuz said...

Tunggu jadi si kacak yang berdompet tebal..LOL.

Tapi sekarang dah memang kacak pun, cuma dompet je kempis. Berbeza dengan perut..hahaha..

Amirul (aremierulez) said...

Tang perut tu... Kita sama juga. Hahaha

Kaio said...

biasa lah tu fenomena masa raya. entah2 kau pun macam tu jugak tak bro. hahaha !! okay. peace.

http://www.kaio.my

Amirul (aremierulez) said...

Kaio:
Semua orang akan mengalami fenomena ini.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...