Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, September 22, 2011

Tidak Seperti Apa Yang Kamu Fikirkan

Nota:  
Super Hypermarket adalah nama rekaan yang aku reka untuk mengelakkan aku menulis nama tempat kerja aku di sini. Ia tidak wujud. Aku malas nak tulis nama tempat kerja aku di sini. Siapa yang dah tahu aku kerja dekat mana, jangan gatal-gatal nak tulis dekat ruangan komen

============

Telefon bimbit aku berbunyi.

Bukan satu perkara yang luar biasa. Telefon aku memang sentiasa akan berdering semasa waktu bekerja, sampaikan aku terpaksa membawa charger ke pejebat kerana menjelang pukul 3 petang, bateri aku mesti sudah masuk ke paras bahaya.

"Hello, ini encik Amirul ke?"

"Ya, saya." Jawab aku ringkas.

"Saya nak tanya sikit. Dekat Super Hypermarket cawangan encik ni, ada jual tak TV Sony model 4560?"


"Oh. Itu saya tak tahu. Saya bukan kerja dekat department tu."


"Oh. Tapi encik kan kerja dekat Super Hypermarket? Tak kan lah encik langsung tak tahu langsung model tu ada jual ke tidak?'


"Maaflah encik. Saya bukan kerja dekat department tu. So, saya memang tak tahu. Lebih baik encik tanya pada orang yang jaga department tu. Atau pun encik boleh telefon customer services. Mungkin mereka boleh membantu."

"Apa lah. Nama je kerja dekat Super Hypermarket, tapi tak tahu model tu ada jual ke tak?"

Aku terus putuskan talian. Lagi lama aku layan, buat aku marah saja nanti. Sudah aku kata aku tak kerja dekat department tu, faham-fahamlah.

Lagipun, kau ingat semua orang kerja dekat Super Hypermarket tahu hal dekat Super Hypermarket tu ke? Tahu tak ada banyak department dalam sayrikat aku tu dan bukan semua department ada kaitan dengan hypermarket.

Cuba kau tanya orang yang kerja dekat department HR kalau dia tahu tak TV tu ada stok atau tidak. Cuba kau tanya orang yang kerja dekat depratmnet IT kalau dia tahu ke tidak.

Jadi, jangan main sembur sahaja. Fikir-fikir sikit. Janagn jadi manusia yang bebal. Kalau aku dah kata "Saya tak kerja dekat department tu", sila faham kan ayat tu. Faham tak, mangkuk?

Kepada pembaca blog ini, jangan ikut perangai bodoh pak cik yang call aku tu. Kalau korang ikut jugak, aku lempang kepala korang.

13 comments:

Azizan said...

aku penah keje part time jadi cashier kat supermarket gak. dan benda yang aku paling benci sekali diorang tanya harga. macam la aku boleh ingat semua harga barang yang dijual dekat supermarket tu. ada beribu barang tau tak. macam nak maki je customer tu.

una berry said...

saya tau anda kerja di mana!
hahaha

pelik juga pak cik tu call tanya pasal tv eh?
tak boleh check sendiri?

Amirul (aremierulez) said...

Azizan:
Tau tak pe. Mesin scan harga pun kadang2 boleh sala hscan harga. Ini kan pulak kita manusia


Una Berry:
ya.. Tahniah kerana tahu. hehehe

Jenis pemalaslah tu. Boleh je kalau nak datang check sendiri.

tak pun call la customer services. Ini tanya aku pulak yang kerja kat bahagian admin

Fairuz said...

Aku sama macam Azizan kat atas tu. Pernah jadi part time cashier. Benda yang aku suka buat adalah bergaduh dengan customer yang bawak barang lebih 10 unit masuk kaunter ekspress. Dulu aku suka jaga kaunter tu. Tak ramai yang sanggup jaga kaunter tu sebab masalah customer suka bawak barang 1 troli.

Kesimpulannya, bukan sahaja di telefon, malah di tempat kejadian sekali pun akan ada jugak customer yang bebal.

Aku suka customer yang bebal dalam kategori aku di atas. Boleh kasi aku marah-marah dan hilangkan stress aku yang berdiri lama.

Hahahaha...

mimizuzuhaha said...

kelakar

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Ha... betul.

Cashier kat tempat aku tu selalu mengadu pasal hal ni.

Tu tak campur lagi dengan hal kat kaunter customer service

Amirul (aremierulez) said...

Mimi:
Kalau di pikirkan, kadang2 memang kelakar.

Kadang2 bikin menyirap juga

pjah said...

aku kerja jd cashier untuk sebulan je..tp dlm sebulan mcm2 ragam aku tgok..tak leh blah bila hari sabtu..customer plak warga myammmar bangla.tanya nk plastik ke x nk..mula2 geleng kepala ..lepas dh scan dan bayar tiba2 mitak nk beli plastik..susah bila dh jd mcm ayam ngn itik bercakap..adoiya..

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
bab tak paham biasa ni biasa la. Jangakan customer, cleaner kat tempat aku pun banyak bangsa diorang jugak. Payah betul nak bercakap dnegan diorang ni

Joey said...

erm..the right thing to do is to bagi nombor department yang boleh tolong.

Base on the conversation I read here, you dont give any solution to the pakcik. Takde pun dalam perbualan ni kata "mungkin pakcik boleh call nombor ni sekian sekian, department..."


I'm sorry, I do side by the pakcik. It's annoying kalau kita call tapi orang x tahu, tanpa bagi solution yang menyenangkan. Pakcik memang salah, but you could handle it better.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Masa mula2 aku kena dulu, aku ada jugak bagi nombor. Lama2, aku dah tak kuasa nak layan. Itu pun aku bagi nombor customer care je.

Lagipun, aku pun tak tau nombor department2 lain tu. Aku tak kerja dengan diorang so aku pun tak tau nombor diorang tu

Azizan said...

fairuz satu lagi ialah coustomer yang beli baran basah tapi tak timbang. yang ni yang paling aku bengan sekali.

Amirul (aremierulez) said...

azizan:
hahaha.. ye la tu. nak kena suruh diorang suruh pergi timbang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...