Belilah Novel Aku!!!!

Monday, October 17, 2011

Bakat & Rupa

The talented, Adibah Noor

Semalam TV3 melancarkan satu lagi program realiti TV yang berorientasikan pertandingan nyanyian, Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Kenapa aku kata ini realiti TV? Kerana rancangan ini ada juga macam ala-ala Diari Akademi Fantasia, menayangkan aktiviti luar para peserta. Maknyanya, para peserta akan dinilai oleh peminat bukan sahaja dari bakatnya, tapi juga kelakuan peserta di luar pertandingan tersebut.

OK. Bukan itu yang aku nak ceritakan hari ini. Aku nak bercerita tentang hubung kait rupadan bakat.

Vokal Bukan Sekadar Rupa mengetengahkan peserta yang tidak punya rupa (tak lawa, tak handsome, gemuk) tapi mempunyai tahap vokal yang hebat. Mungkin TV3 cuba memberi ruang buat orang yang sebegini untuk mendapat peluang yang mereka tidak dapat di pertandingan realiti yang lain.

Bagus objektif rancangan ini. Suci murni niatnya. Tapi persoalannya, bolehkah bakat berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan paras rupa?

Mungkin ada akan yang mencela aku, "Apalah kau ni. Nak tengok artis yang cantik saja. Yang ada abakat tapi tak cantik, kau tak nak layan."

Tapi inilah realiti yang berlegar dalam Malaysia sekarang. Kalau kau ada bakat tapi tiada rupa, jangan mimpilah nak jadi artis yang terkenal.

Sebagai contoh, Adibah Noor. Bakat nyanyian Adibah Noor memang tak boleh nak disangkal. Suaranya memang lunak. Kau bagilah lagu yang tinggi nada & key-nya, selamba saja Adibah Noor boleh nyanyi. Bakat nyanyian Adibah Noor memang sangat hebat.

Tapi, adakah dia popular seperti penyanyi lain? Adakah Adibah Noor mempunyai peminat seramai peserta AF yang bakat nyanyian yang suam-suam kuku itu?

Mujur Adibah Noor pandai berlakon. Lakonan Adibah Noor juga hebat. Selamba, bersahaja dan menjiwai watak. Tapi pernahkah dia diberikan watak utama?

Kenapa? Kerana dia tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan menawan.

Untuk berjaya dalam bidang seni, gabungan bakat dan rupa perlulah ada. Kalau berharap pada bakat sahaja, memang tidak jalan. 

Dan kalau kau jadi artis yang bergantung pada rupa sahaja dan bakat kau suam-suam kuku, ini memang jenis artis sampah namanya. Artis majalah nama lainnya.

Memang lumrah manusia mahu melihat sesuatu yang cantik. Mahukan rumah yang cantik. Mahukan kereta yang cantik. Mahukan suami atau isteri yang cantik (cantik dari pandnagan mata masing-masinglah).

Jadi memang lumrah manusia mahukan artis yang cantik, yang ada rupa. Kerana manusia memerlukan artis yang cantik untuk dijadikan idola mereka. 

Tak ramai artis yang tidak mempunyai rupa dan bergantung kepada bakat boleh berjaya. Rasanya artis yang muka pecah tapi boleh terkenal biasanya tergolong dalam golongan penyanyi rock yang bergerak secara berkumpulan. Itupun sekarang ini, kebanyakan band rock lebih berimej kemas dan segak berbanding mat rock zaman dulu,

Pada pendapat akulah, kalau betul manusia mengutamakan bakat dari rupa, aku rasa Adibah Noor kini sudah menjadi artis yang popular sebaris dengan Dato Siti Nurhaliza.

Jadi aku tak pasti samada peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa boleh berjaya menjadi artis terkenal sebaris dengan artis lepasan rancangan realiti lain, ataupun berkubur begitu sahaja.

Dan aku juga tidak pasti apa sebab TV3 membuat rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa ini. Mahu melahirkan Adibah Noor Nombor 2 mungkin?

Kepada peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, good luck.

8 comments:

una berry said...

tapi tv3 nak groom vokal2 tu supaya boleh jual
so at the end, look does matter

ReDiculousLy said...

ssh kot nk berjaya kalo xde rupa ni...tp aku dgr program ni nti akan wt makeover utk peserta2nya...so akhirnya akan beRUPA jugalah disamping berbakat...

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Sedangkan peserta realiti yang ada rupa pun susah nak laku, inikan pula yang tak de rupa kan?

Bala.. Bala..

ReDiculously:
Yup. Macam kata Una Berry, look does matter

h A n Y S said...

rancangan ni nak tiru ala-ala rancangn VOICE kat hollywood tu..konsep nya lebihlebih kurang sama..

btw,nak atau tak, setuju atau tak, memang orang akan pandang wajah dulu baru hal2 lain..

Joey said...

Adoi. aku pun fikir benda sama.

My point is, jadi artis/celebrity kenalah cantik/hensem.Barulah orang kenal. Mcm Neelofa...opsss (aku x berapa berkenan neelofa nih..). Secara kasarnya, kalau ko xde rupa x payahlah jadi artis.

I mean itu memang penanda aras untuk jadi artis kan? Bakat tu boleh dipupuk. Apa ingat dulu Erra Fazira berlakon bagus sangat masa mula-mula dulu? Skrg ni, siap dah menang pelakon terbaik lagi kan?

Sebab tu,kena ada improvement untuk kecantikan. Supaya orang ingat. Mcm black tuh. Selalu dia kata dia xde rupa bagai. Tapi yang dia bagi badan dia berketul2 tu bukankah maksudnya to be a celebrity kenalah bentuk himself to be presentable as a celebrity kan?

Sekian, komen panjang dariku

Amirul (aremierulez) said...

Hanys:
Oh... Voice kat AXN tu ke? Tak pernah tengok la pulak rancangan tu.

Joey:
Yes. Komen yang bernas.

Kalau tak, tak kat Aizat AF tu kurus kan badan dia kan?

Joey said...

haah, i heard a rumour that he done nip/tuck. Sebab aku tengok biggest loser asia yang dlm masa 3 bulan tu, xdelah peserta dia kurus sangat. Masih berisi okay.

Yes. after nip/tuck, barulah dia x bnyk mkn. I guess he's using pil tahan nafsu makan

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
La.. ye ke dia meng-Nip/Tuck kan diri dia? Aku tak pernah dengar pulak cerita pasal tu..

Tapi kalau dia gemuk macam dulu jugak, rasanya susah dia nak naik.

Dan kala udia kurus macam sekarang masa masuk AF dulu, mesti dia menang punyalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...