Belilah Novel Aku!!!!

Monday, October 10, 2011

Manusia dan Kehendak

"Aku ingat nak tukar handphone baru lah." Kata aku ketika aku melepak dengan salah seorang rakan sekerja.

Sekarang aku menggunakan Nokia 6680. Aku beli handphone ini tahun 2006. Dah 5 tahun aku guna handpone ini. Kiranya handphone paling lama aku guna dalam sejarah hidup aku.

Masa aku beli handphone ni, handphone ini kira handphone Nokia yang paling cangih pada masa itu. Handphone Nokia pertama yang ada function 3G. Tapi aku beli bukan sebab handphone tu ada fuction 3G pun. Sebab aku memang nak sangat handphone baru masa tu sebab handphone aku masa tu, Nokia 3650 (atau juga dikenali sebagai Nokia Batu Nisan) sudah berada dalam keadaan wajib masuk muzium.

"Kau tak payahlah nak beli handphone yang canggih-canggih sangat. Cukuplah beli handphone yang boleh buat kau call & SMS orang je. tak payah la nak ikut beli iPhone la.. Blackberry la.. HTC la...Nokia E Seriesla... Membazir je semua tu." Tiba-tiba rakan sekerja aku memberikan ceramah percuma kepada aku.

Tapi bila difikirkan, betul juga. Handphone asalnya dicipta oleh Martin Cooper untuk memudahkan manusia berhubung sesama sendiri tanpa perlu bergantung kepada telefon rumah semata-mata. Supaya berhubung melalui SMS jika kredit kamu kurang dari RM1.

Akhirnya para pembikin handphone menemui cara untuk mengeksploitasi para pengguna. Mereka melengkapkan setiap handphone dengan kamera. Maka setiap pengguna yang ingin membeli handphone akan melihat kualiti kamera yang ada di handphone. Lagi besar pixel kamera, lagi menarik perhatian pengguna untuk membelinya.

Dan kemudian datang kegilaan internet. Setiap handphone kini disediakan dengan kemudahan internet. Boleh berFacebook, boleh berTwitter, boleh berFoursquare, boleh berAngry Bird, boleh berFruit Slice dan macam-macam ber lagilah.

Sama seperti kereta. Ketika Karl Benz dan Gottlieb Daimler mencipta kereta, ia bertujuan untuk memudahkah manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tapi akhirnya para pengilang kereta moden menemui cara untuk mengeksploitasi kehendak manusia ke atas kereta mereka.

Dan akhirnya, kereta menjadi medium buat para kapitalis pengilang kereta moden untuk mengaut untung dari orang ramai. Malah, kereta akhirnya menjadi medium pengukur kelas manusia. Makin mahal kereta yang dimiliki, makin tinggilah kelas mereka di dalam komuniti masyarakat.

Setiap produk yang dihasilkan oleh syarikat ini akan melalui proses R&D, research & development. Mereka mengkaji kehendak manusia. Mereka melakukan survey kepada pengguna dan bertanyakan apa yang pengguna mahukan dalam produk mereka.

Jadi, adakah betul untuk kita menyalahkan syarikat-syarikat kapitalis besar ini mengekspoitasikan kehendak mereka, menghasilkan produk berdasarkan kehendak mereka dan menjula dengan harga yang mahal? Bukan itukah kehendak manusia yang sebenar?

Tiba-tiba telefon rakan sekerja aku berbunyi. Dia pun menjawab panggilan tersebut. Dan aku pun melihat model handphone yang digunakan oleh rakan sekerja ku.

iPhone! Dia pakai iPhone! Celaka! Pandai nasihatkan aku. Belakang dia pakai handphone mahal juga. Inilah namanya manusia yang cakap tak serupa bikin.

10 comments:

una berry said...

honestly, my fon is very basic. mp3 ringtones pun xde
haha

ReDiculousLy said...

betul la manusia ni mmg byk kehendak....walaupun bende tu xde la guna sgt tp keinginan utk memiliki tu yg kuat...aku pn tringin nk pakai henpon mahal....terutama tgk kwn2 pakai...siap nk yg de 3G...tah dgn sape jek aku nk 3G kat ceruk kampung ni....huhu

Fairuz said...

Entah-entah henpon tu hadiah daripada orang kot. Awek mungkin. Tak baik kau berfikiran buruk. Hahaha...

Tapi elok jugak sebenarnya kau beli smart phone yang ada GPS. Tu lagi membantu.

pjah said...

handphone aku aku guna dri thun 2007 hingga la sekarang..first tepon aku beli guna duit biasiawa..kopak duit den tapi berbaloi sbb dah tak yah beli handpohne bru sbb masih lagi berfungsi macam tepon 3G zaman sekarang...miahahaha..

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Peh! Nokia 3310 ke?

ReDiculously:
Tu la. Kadang2 keinginan mengusai minda manusia masa beli barang. kadang2, bukan nak sangat pun function dia yang banyak2 tu

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Kalau kau tengok cara dia nasihatkan aku, nampak macam dia anti gila dengan handphone canggih ni.

Belakang, dia ada satu rupanya...


Pjah:
Oh. Dasat juga tu. handphone ape tu?

Joey said...

lol. the thing is duit.

kalau ko ada satu juta dollar, mestilah ko pun nak henfon canggih manggih kan??

Most of the time people tak pakai henfon canggih sebab dia xde duit yang berlebihan. Kalau ada mesti splurge kan?

Lagipun, duit banyak tak sepatutnya disimpan semuanya. Mesti ada portion untuk berbelanja kan?

p/s tipula kalau ada yang dapat sejuta ringgit, sejuta2 ringgit tu dia tak belanja, dia simpan saja.

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Ah, yes! Satu benda yang ak usuka pasal kau Joey ialah kau selalu dapat cari isi tersurat dalam entri aku,

yes. the real reason aku tak pakai handphone canggih adalah.. aku tak de duit!

kalau aku ada banyak duit, aku dah beli semua android & smart phone, dan semua produk Apple. hahahaha

Ariff Khaizuran said...

Aku lagi lah hanpon pun tak pernak ade pegang pun tak

Amirul (aremierulez) said...

Ariff Khaizuran:
Kau biar betul? Berapa umur kau ni? ke kau hidup dalam tahun 1960'an ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...