Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, October 12, 2011

Manusia dan Pilihan

"Kau dah ada awek tak?" Tanya kawan aku.

"Belum. Aku belum jumpa dengan 'The One' lagi." Jawab aku ringkas.

"Kau ni memilih sangat. Sebab tu kau tak de awek lagi. Cuba jangan memilih. Mesti kau dah ada awek dah sekarang ni."

Memilih. Memilih merupakan suatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh seorang manusia bila dia mempunyai lebih dari satu pilihan.

Sebenarnya, ayat "Kau ni memilih sangat" adalah satu ayat yang aku selalu dengar bila aku kata "Aku belum ada awek lagi".

Jadi aku ingin bertanya, salahkah aku memilih?

Sebagai manusia, kehidupan kita sering dikelilingi oleh pilihan. Setiap pergerakan hidup kita, kita perlu melakukan pilihan.

Bila kita ingin keluar untuk pergi bekerja, kita akan membuat pilihan baju apa yang kita nak pakai ke tempat kerja.

Setiap kali kita ingin melangkah meninggalkan rumah, kita akan membuat pilihan untuk menggunakan kaki kanan atau kaki kiri untuk memulakan langkah.

Bila kita melangkah masuk ke tandasa awam, kita akan membuat pilihan untuk memilih tandas mana yang kita mahu gunakan.

Kalau kita ingin membeli baju, kita akan pilih baju yang sesuai dengan kita. Kita akan pilih jenamanya. Kita akan pilih coraknya. Kita akan pilih warnya. Kita akan pilih saiz nya. Dalam modus operandi untuk membeli baju pun, dah banyak pilihan yang perlu kita lakukan.

Jadi tak salah rasanya kalau kita ingin memilih untuk memilih bakal jodoh kita. Lagipun kita nak pilih bakal teman hidup kita, kenalah memilih.

Kita nak memilih teman hidup yang kita bakal jalani kehidupan bersama sampai ke akhir hayat. Jadi tak salah kalau kita sedikit memilih. Ini bukan macam beli baju bundle, nampak lawa sikit, nampak ok, terus sambar.

Kita kena tahu yang orang yang kita pilih itu bakal menjadi emak kepada anak-anak kita (bagi lelaki) & bakal menjadi pembimbingan keluarga dan anak-anak mereka (bagi perempuan).

Jadi, memilih dalam hal jodoh ini bukanlah hal besar sangat. Ini perkara biasa kerana teman yang kita pilih ini bakal menjadi peneman hidup kita sepanjang hayat. Tempat kita bergantung harap. Kenalah pilih yang betul-betul serasi dan boleh diharap.

Tapi janganlah memilih sangat sampai benda yang tak relevan pun menjadi penilaian. Contohnya:

"Aku tak nak la pompuan tu. Dia penyokong Chelesea. Aku fan MU. Mana boleh!"

"Aku terpaksa reject balak aku tu. Dia penyokong PR. Aku penyokong BN."


"Tak nak la aku pompuan tu. Aku ni peminat Rock. Dia boleh pulak minat Justin Bieber & K-Pop. Tak boleh! Tak serasi."


"Awek aku tu pendek sangat la. Aku ni keturunan orang yang badan tinggi. Aku nak mintak clash la."

Ini bukan memilih. Ini bodoh tahap lembu namanya.

Jadi bagi aku, memilih itu tak salah. Cuba janganlah sampai hal yang terlampau kecil macam di atas ini pun nak diambil kira.

Dalam kes aku memilih. Aku sebenarnya sudah ada seorang perempuan yang aku target. Tapi masalahnya, bila aku cuba berkenalan dengan dia, hati kecil aku berbisik, "Relax lah dulu. Apa barang nak couple sekarang. Enjoy single life kau dulu."

Jadi, pilihan yang bermain dalam hati aku sekarang ialah samada mahu bercouple sekarang, atau teruskan single life aku untuk beberapa tahun lagi. Mencari 'The One" kadangkala menjadi alasan untuk aku melepaskan diri dari soalan "Bila kau nak kahwin?" sebenarnya.

OK. Ini memang bukan satu option yang baik untuk dijadikan pilihan. Macam mana ini?

16 comments:

alien said...

memilih...
cliche sangat.. tapi mmg perlu memilih kan..

una berry said...

takpe, kalau dah puas single carilah. tak jumpa suruh mak cari :D

Amirul (aremierulez) said...

alien:
mesti kena pilih. Tangkap nak serkap jarang je.

Nampak pompuan cun, terus ajak kahwin. Epic tu. hahahaha

Una Berry:
"Tak kuasa mak nak carikan untuk kau"

Itulah kata kata mak aku bila aku suruh dia tolong carikan menantu. hahaha

pjah said...

cari yang terbaik dlm yang terbaik..susah woo nk cri tu..
p/s:bro..tolong cri calon untuk aku..miahahaha

ReDiculousLy said...

MEMANG kena memilih...ko bukannya nk hidup dgn dia 2, 3 ari...tp selamanya...aku pn m'hadapi dilema yg sm mcm ko...asyik kena tya je bila nk kawen...aku rs aku muda lg la...nk masuk umur 30 nti baru aku nk risau...ko plak xyah risau sbb utk lelaki life begins at 40 kan...hehe

AzzifarunNurafizza said...

haha..memilih boleh tapi jangan terlalu memilih kesempurnaan k?

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Sebelum aku cari calon untuk kau, apa kata kau carikan untuk aku pulak. hehehe

ReDiculously:
Betul. Life begin at 40. Aku ada belasan tahun lagi. hahaha...

Amirul (aremierulez) said...

Azzifarun:
Macam mana nak pilih kesempurnaan kalau tiada manusia yan gsempurna kan? :)

Joey said...

actually ko nak bagi tau yang ko single dan available kan skrg..LoL


P/S terus buka youtube dengar lagu kris dayanti 'pilihlah aku'....lalalala. :P

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Ah, yes! lebih kurang la. hahaha


Tapi aku macam tak ready nak couple lagi la untuk tahun ni. Tahun depan lain cerita lah

Joey said...

hahaha. memangla. tahun ni tinggal sebulan dua bulan jer. mana sempat nak mengenali 'the one'. lol

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Tau tak pe.. Hahahaha

Hujan Malam said...

belum sampai seru tu..hehe

Amirul (aremierulez) said...

Ziana:
Seru tak sampai. Soru selalu la sampai. Hehehe

Fairuz said...

"Biar emak yang pilihkan." Amacam? Cliche tak?

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Mak aku tak kan carikan untuk aku. Dia suruh aku cari sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...