Belilah Novel Aku!!!!

Friday, October 14, 2011

Masa Merubah Manusia

Nota:
Bagi sesiapa yang baru baca blog ini atau sudah lama menjadi pembaca tapi tak pernah buka laman ini, pasti kamu akan salah anggap dengan perkataan 'Cendol'.

Cendol yang aku maksudkan ialah nama nickname kawan aku, bukannya minuman yang hidangan yang dibuat dari air batu yang diparut dan diletakkan dengan santan dan Gula Melaka itu.

Jadi jangan salah sangka aku berkawan dengan semangkuk Cendol pula.

============

Lebih kurang 4 tahun lepas, semasa aku masih belajar di UiTM Segamat dan menetap di 32 Jementah, aku, Cendol dan Baox (cara sebutan, Baok) sedang berbual-bual tentang muzik.

Kebanyakan penduduk 32 Jementah mempunyai citarasa muzik yang sama. Kebanyakan ya? Bukan semua. Kami meminati muzik metal, rock atau apa-apa muzik yang keras dan tidak radio friendly. Kami dibesarkan dengan muzik dari era scene Underground yang sangat cool.

Baox adalah raja metal di 32 Jementah. Dia dengar segala band metal yang ada di serata dunia ini. Kadang-kadang, ada band metal yang aku tak pernah dengar pun, tapi dia dengar. Dengan kata lain, Baox memang Metal tegar.

Aku dan Cendol pun tak lah tegar Metal sangat. Kami ada juga mendengar band-band yang berbunyi pop dan lembut seperti Flop Poppy dan lain-lain lagi. Tapi Baox memang tegar habis. Baox memang agak sukar menerima band yang sedikit lembut muziknya berbanding aku dan Cendol.

Bukan setakat raja metal. Baox juga raja komputer dan raja download-mendownload di 32 Jementah. Semua ilmu mendownload yang ak udan ahli 32 Jementah ada sekaran gadalah hasil tunjuk ajar beliau.

OK. Kembali ke situasi tadi. Aku, Cendol dan Baox sedang berbual-bual tentang muzik.

"Satu hari nanti, aku kana berhenti jugak dengar lagu-lagu metal ni." Kata Baox. A very strong statement.

"Ya lah. Tak kan nak Metal sampa itua kot." Sambung Baox lagi.

"Aku pulak, akan terus kekal dengar muzik metal & rock. Tak semestinya bila kita dah makin tua, tak boleh nak dengar lagu Metal kot." Sambung Cendol pula.

Tak lama selepas sessi perbualan hati ke hati mengenai muzik ini, Baox mula menunjukkan perubahan dari segi citarasa muzik.

Dia mula layan lagu Diddy, Last Night. Aku pun layan juga lagu itu tapi taklah sampai hafal lirik lagu tersebut macam Baox.

Perubahan Baox semakin ketara. Tak lama kemudian, Baox mula mendengar lagu-lagu lama Kanye West. Sedaya upaya juga Baox cuba memujuk aku mendengar lagu Kanye West, Touch The Sky. Tapi aku tak layan sebab aku memang tak berapa gemar dengan Kanye West.

Dan makin lama, semakin hip-hop Baox jadinya. Lagu-lagu dalam pendrive yang diletakkan dalam radio di keretanya semakin dipenuhi dengan lagu-lagu bergenre hip-hop.

Masa merubah manusia. Citarasa Baox kepada muzik juga berubah dalam tempoh 2 tahun di 32 Jementah. Aku sudah lama tak berjumpa dengan Baox. Aku juga tidak pasti sekarang lagu apa pula yang dia layan. Selena Gomez mungkin?

Bagaimana pula dengan Cendol?

Sampai habis tempoh kami tinggal di 32 Jementah, Cendol masih mengekalkan citarasa muzik beliau. Masih kekal dengan muzik metalnya. Masih kekal dengan janggut panjang ala-ala vokalis band metal nya.

Tapi aku mula sedar perubahan Cendol bila aku naik keretanya. Di dalam stereo keretanya, ada CD yang di burn oleh Cendol yang dipenuhi dengan lagu Lady Gaga.

Kemudian bila aku telefon hand phone Cendol, lagu Katy Perry, Teenage Dream, menjadi caller ringtone Cendol.

Dan tak lama kemudian, Cendol membuat statement yang dia rasa lagu LMFAO, Party Rock Anthem, agak catchy.

Dan baru-baru ini, dia sudah angau dengan lagu Move Like Jagger.

Masa merubah manusia. Dan manusia merubah Cendol.

Aku tak terkejut kalau satu hari nanti Cendol menjadi peminat Jason Derullo ataupun Justin Bieber. Ataupun tiba-tiba menjadi peminat tegar K-Pop.

Ya! Aku tak terkejut, Cendol. Aku tak terkejut.

Masa memang mampu merubah manusia dengan drastik.

11 comments:

Joey said...

Sebab tu I consider myself as peminat pop. My definition of pop is something yang tengah hit dekat carta, tak kisahla apa genre dia.

p/s Pas ni bleh la kawan ko si Cendol tu minat Mpop plak. Terbayang2 dia tengah nyanyi...Hari Isnin..aku merinduimu, Hari Ahad..kita pegi dating...wakakakaka

pjah said...

ko ikut jejak langkah kekawan ko x bro dalam ubah mengubah citarasa lagu ni..hehe

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
kalau Cendol nyanyi lagu M-Pop tu depan aku, straight aku tendang dia. Hahaha

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:

Belum tergoda lagi untuk mengubah dan harapnya masih kekal dengan citrasa yang sedia ada

ReDiculousLy said...

Aku setuju dgn ko yg manusia ni akan berubah mengikut peredaran masa...aku de sorg member ms skola yg sm minat LP dgn aku...da hbs skola dia pn da keje ak pnh nk knlkan a7x tp dia ckp ngan aku, dia da x minat benda2 tu sbb dia nk jadi feminin...adoii berkecai kot hati aku...hlg sorg member yg sekepala...huhu

well, people change...how about us then?

Amirul (aremierulez) said...

Rediculously:
Feminin? Kawan kau ni perempuan ke?

AKu pun tak pasti sampai bila aku akan kekal macam ni.

Takut juga berubah jadi yang bukan-bukan

Fairuz said...

Orang dah kawen, citarasa pun mula berubah. Tunggu dah ada anak nanti, lagi la berubah.

Jadi, anggap la kata-kata atau statement masa muda tu macam cakap-cakap kosong je.

Mana la tau kan, satu hari nanti kau pulak minat kat Aliff Aziz...ahahahaha....

ReDiculousLy said...

yela, pompuan...bkn sng nk jmpa org pompuan yg sm mnt rock...so aku sgt value persamaan kitorg ni...syg jek dia da berubah minat kerana peredaran MASA...huhu

aku rs xdenya ko akn berubah jd yg bukan2...sbb kita makin lama makin matang so mestilah akan berubah ke arah kebaikan...insyaALLAH...;)

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Aku tak tahu la citarasa aku akan berubah atau tak.

tapi untuk suka Aliff Aziz, tidak sama sekali!!!!

ReDiculously:
Kalau jadi lebih perempuan, kira ok la.

Tapi kalau dia berubah minat artis K-Pop yang dah rupa pun macam pompuan, that is insane

ReDiculousLy said...

xtau la dia minat kpop ke tak...tp aku minat....hehe

Amirul (aremierulez) said...

reDiculously:

Maksud kau.. Kau minat K-Pop atau kau minat pompuan tu?

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...