Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, November 30, 2011

Aku dan Amoi: Kadangkala Hidup Kita Juga Boleh Jadi Seperti Filem

Pada sesiapa yang sudah membaca blog ini semenjak awal-awal dulu, pasti ada yang pernah tebaca entri berangkai sebanyak 3 episod yang bertajuk "Aku dan Amoi" yang aku tulis sekitar akhir tahun 2009 dan awal 2010.

Pada asalnya, aku ingat meletakkan tajuk "Aku dan Mei: Suatu Ketika Dahulu". Tapi akhirnya kau meringkasnya kepada "Aku dan Amoi" sahaja kerana tajuk asal tersebut sudah macam tajuk drama sejarah yang disiarkan di RTM pula.

Pada sesiapa yang baru membaca blog aku, kamu boleh baca entri-entri tersebut dibawah ini. kalau sesiapa yang sudah baca tapi mahu refresh kembali, juga boleh baca. Klik pada link di bawah untuk baca:




Sudah baca? Bagus. Mari kita teruskan.

Kejadian yang aku tulis ini berlaku 11 tahun yang lepas. Ya! Sebelas tahun! Sduah berlalu lama kisah ini. Aku tuliskan kisah ini hanya kerana aku rasa ingin meluahkan ia di dalam blog.

Dan aku memang kecewa dengan sikap beberapa blogger kaki plagiat. Mereka plagiat cerita aku ini. Mereka copy paste entri aku dan kononnya mereka menyamar yang kisah ini kisah mereka. Babi! Dasar blogger kaki plagiat. 

Bila aku tegur, mereka kata "Eh? Kebetulan kot kisah kita sama." Babi! Kalau sama pun, tak kan 100% sama. Nampak sangat menipunya. Setelah lama aku pressure, akhirnya mereka delete entri tersebut dan hantar private mesagge di Facebook dengan ayat, "Sorry, bro!"

Abah kau "Sorry"!!!!

Ini adalah salah satu sebab kenapa aku benci kaki plagiat. Kau nak plagiat entri aku yang aku tulis pasal bola sepak, wrestling, muzik, filem atau lain-lain... Aku tak kisah sangat (tapi sila minta kebenaran dulu!). Tapi bila kau plagiat entri yang berdasarkan kisah hidup aku, itu sudah cross the line.

OK. Dah jauh melencong.

Dan selepas lebih kurang 2 tahun aku menulis entri tersebut, tiba-tiba ada pula Encik Anonymous memberikan komen seperti di bawah:


Ya! Aku yakin kamu semua tak nampak. Jadi, sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Bila aku baca balik komen anonymous ni, aku rasa cemburu dengan dia. Tak sangka dia dapat berjumpa kembali dengan amoi kesayangan dia.

"apa yang pnting,usaha,jgn putus asa. (MUNGKIN MEI SEDANG MENUNGGU KAU,DAN MENANTI KAU,APA PUN KESUDAHANNYA,KAU PERLU MENGETAHUINYA..fighting!!!"

Ayat terakhir dalam komen itu memberikan sedikit semangat kepada aku. Tetapi bila aku fikirkan, ia sudah sebelas tahun berlalu. Sebelas tahun berbeza dengan 4 tahun iaitu tempoh si anonymous itu mencari amoinya kembali.

Sebelas tahun terlalu lama. Mei pun sudah menempuh zaman persekolahan, zaman universiti dan zaman pekerjaan dalam tempoh sebelas tahun itu. Ingat lagikah dia kepada aku? Mungkin aku sahaja yang mengejar bayang-bayangnya sedangkan dia sudah melupakan aku.

Dan pada usia sekarang, iaitu 27 tahun, aku dapat rasakan yang Mei pasti sudah berkahwin. Jadi kalau aku jumpa dia pun, mungkin sudah tidak berguna lagi.

Tak mengapalah. Mungkin sudah ketentuan tuhan bahawa tiada jodoh antara aku dan Mei.

Cuma, bila aku baca komen anonymous ini, penamat kisah cinta beliau ada lebih kurang seperti sebuah filem. dan ini bukan kali pertama aku mendengar kisah cinta happy ending dalam dunia realiti.

Ya! Mungkin kisah hidup kita juga boleh menjadi seperti sebuah filem, yang penamatnya happy ending apabila hero dan heroinnya akhirnya bersatu.

Cuma penamat seperti sebuah filem itu bukan dalam hidup aku.....

P/S: Selamat berbahagia buat Encik Anonymous dan amoi beliau (Suelian Lee/Siti Suhaily)

11 comments:

pjah said...

jodoh pertemuan kat tangan tuhan bro..xsalah cuba cri seperti incik anymo tu.usaha tangga kejayaan..aja2 fighting..

p/s:11 thun tu..memang masa yg agak lama..hmmm..bila dipikirkan logik..agak susah tapi dengan izin tuhan..apa2 boleh jadi..=D

Joey said...

you really should do the finding.

Kadang2 takdir ni kita kena usaha. Ada satu filem Hong Kong, tajuk dia Turn Left, Turn Right. Pelakon dia Gigi Leung dan Takeshi Kaneshiro. Ringkasan cerita dia, dorang ni ditakdirkan bercinta, tapi ada saja perkara yang sebabkan dorang x bleh bertemu. So, maybe dia ada dekat, tapi sebab ko tak perasan, maka benda tu pun berlalu. Kinda mcm ko naik komuter, rupanya dia ada dalam coach yang sama. (contohla).

Aku doakan kau berjaya. Good luck finding her. (in internet or where you can find)


p/s that movie ada satu lagu balada chinese yang aku suka nyanyian Stephanie Sun. Itu jer lagu cina yang aku rasa sampai ke hati. :)

una berry said...

aku boleh baca je komen tu tanpa pembesaran
ecewah
pelik tul org yg plagiat kisah hidup org lain
takda kehidupan kah?
apa2 pun, mungkin kadangkala kita tunduk kepada ketentuan kan

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Aku dah cuba cari dulu. tapi tak jumpa la.

Dan kalau cuba nak cari sekarang, selepas 11 tahun, aku rasa macam mustahil je boleh jumpa

Joey:
Ah, yes! turn Left, Turn Right tu aku pernah tengok.

Entah la. Aku pernah cari dulu. Tapi tak jumpa.

Mungkin aku patut cari dia untuk kali terakhir?

una berry:
Entah la. Ini baru namanya blogger yang memang nak cari traffic je kot

Fairuz said...

Aku rasa macam nak ajak jumpa je anonimus tu. Boleh aku anggap sebagai legend gak ni.

Begitu gigih!

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Tu la pasal. Gigih tahap dewa ni. Dia pulak tak tinggal jejak pulak tu. Kalau tak, boleh jugak mintak dia petua untuk cari orang. Nak tau method apa dia pakai

Anonymous said...

SALAM,

Encik amirul,tak sangka kamu promote sy punya ayat,buat malu saya ajalah. :)
encik fairuz,kamu mahu berjumpa sy ke?saya sebenarnya bukan lagend or ada apa2 petua.
encik amirul,jangan putus asa dulu la. mesti cuba dulu,anggap macam satu cabaran dalam hidup.. kalau tak cuba mana kita tau.dia sudah kawin or tak,itu belakang cerita.kamu pun ingin tahu bagaimana keadaan dia sekarang kan?
bagaimana kalau mei sedang sakit atau sedang menunggu kamu?dan bagaimana kalau mei dalam keadaan susah sekarang ni? sedang mengharapkan seseorang untuk datang membantu dia.so.. cuba.. ok

Orang yang gagal dengan tidak berusaha lebih rugi dari orang yang usaha tetapi gagal. mahu tahu apa bezanya? bezanya pasti kamu tau, orang yang usaha akan tau jawapan pengakhirannya walaupun gagal tapi hati terasa puas.
sy cari amoi(isteri)sy itu dengan cara bekerja di salah sebuah agensi penyiasat persendirian(p.i),selama 3 tahun.saya menjejak amoi yg sy cintai itu, dengan menggunakan pengalaman sy selama bekerja disana.pernah juga sy terkantoi ketika menggunakan peralatan tanpa kebenaran untuk menjejak amoi sy.
sy dibuang kerja kerana terlalu banyak kesalahan yang telah sy buat ketika bekerja disana,sy lebih mementingkan amoi sy dari kerja yg diberikn oleh pihak atasan. tapi motif saya bekerja disana adalah untuk mencari n menjejak amoi sy jd sy tak rasa sedih sgt ketika dibuang kerja.

Selepas itu sy membuka laman web sy sendiri,(laman web penyiasat persendirian,)di internet.
lebih 30 laman p.i telah saya daftarkan dengan berbagai nama samaran.selama hampir setahun.
Adakah anda akan percaya,jika sy katakan salah 1 dari 129 org pelanggan sy adalah amoi yg sy cari?? inilah kebesaran allah,yang perlu kita tahu.
pada awalnya sy dan amoi tersebut tidak mengenali antara satu sama lain kerana kami telah menggunakan nama samaran,sehinggalah kami merancang ingin bertemu utk
membincangkan mengenai permintaan amoi tersebut(amoi itu meminta sy mencari seseorg yg telah lama ingin dia ketemu).sy jenis tak berapa suka bersua muka dengan pelanggan sy tetapi sy tidak tahu kenapa hati sy rasa macam meronta bila sy katakan tidak,tetapi hati ini rasa gembira bila sy katakan ingin bertemu.(face to face)

Jadi diringkaskan cerita,kami bertemu semula buat kali pertama setelah berpisah selama hampir 4 tahun.
terkejut buat kali pertama kerana selama 3 hari bersembang di email ,boleh tak perasan. tapi selama 3 hari itu memang ada perasaan pelik bila bersembang dengannya,cuma hati ini sentiasa menafikannya.hampir setengah jam kami cuma ketawa,gelak,senyum n jeling2,tanpa sepatah kata pun kami luahkan ,just gelak2 senyum je dulu,
sampai lupa niat asal kami,bila dikenangkan balik,rasa macam nak tergelak je lagi.sbb org yg amoi itu ingin cari adalah sy.sy bersyukur sgt2 waktu itu.solat sujut syukur tidak dilupakn.

Nampak seperti perjalannan mencari amoi itu mudah,sebenarnya sukar, sy juga pernah hampir berputus asa,bila dibuang kerja.sy rasa macam tak mungkin dapat berjumpa dengannya semula.
tapi.. tanam niat di dalam hati,cubalah bangkit semula jika kamu benar-benar cintakannya,biar apa pun kesudahannya,kamu perlu tahu dan menerima dengan hati yang terbuka.mungkin dalam proses kamu mencari mei,kamu akan terjumpa dengan jodoh sebenar kamu,kuasa tuhan.kita cuma merancang,yg menentukan adalah allah yang maha berkuasa. (cuba jgn tak cuba,pelan2 kayuh barulah tak jatuh.:) isteri sy pun suruh en.amirul cuba. ok. maaf kerana panjang sgt meseg ini,sy just nak beri en.amirul semangat.sy dan amoi(isteri) akan mendoakan kamu. untung dapat mengislamkan seseorg,pahala sentiasa mengalir selagi dia memeluk islam. (selamat mencuba) fighting!!! w'slm



detective_shamanlee.

Amirul (aremierulez) said...

Terima kasih atas sokongan dan galakkan anda.

Mungkin betul kata encik detektif. Mungkin saya boleh gunakan khidmat Private Investigator.

Tapi jalan cerita cinta encik detektif amat epik. Kalau dibuat novel, gempak juga ni. Hehe

And again, thanks for your advise

Anonymous said...

salam,

jika encik ingin meminta bantuan daripada saya,insyaallah saya akan bantu dengan sebaik mungkin.
boleh emailkan kepada saya.
detective_shamanlee@yahoo.com

Amirul (aremierulez) said...

OK
Mungkin saya boleh menggunakan khidmat encik detektif

Fight till last blood said...

teruskan usaha mencari jangan putus asa.kalau kau berusaha bersungguh sungguh mungkin kau akan dijodohkan dengan dia teruskan usaha dan cerita kau sebijik macam lagu bruno mars talking to the moon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...