Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, November 2, 2011

Elton John dan Malaysia


"Macam mana Elton John ni boleh lepas datang Malaysia?" Tanya kawan aku.

"Kenapa?" Tanya aku walaupun aku tahu sebenarnya kawan aku akan kata "Dia ni kan gay!" menjadi sebab utama.

"Dia kan gay! Lagipun Malaysia ni negara Islam. Mana boleh masuk orang macam ni. Dia akan bagi contoh tak baik pada budak-budak nanti."

Hhhaa... Kan betul kata aku.

"Lagipun, nanti negara luar akan pandang Malaysia sebagai negara yang tak elok sebab benarkan gay masuk Malaysia. Lagipun, mana pernah artis gay datang Malaysia."

"Satu lagi, pakaian dia ni bukan main pelik lagi. Tak senonoh betul."

Aku malas nak jawab. Benda-benda simple macam ini, aku malas nak bertekak.

Aku cuma pelik sikit sebenarnya lepas dengar statement kawan aku ni. Yang pertama, dia kata tak pernah ada artis gay datang Malaysia.

Aku tak pasti samada kawan aku hilang ingatan atau apa, tapi bukan ke tahun lepas Adam Lambert datang Malaysia? Adam Lambert tu bukan gay ke?

Dan satu lagi, statement pasal pakaian pelik Elton John. Memang masa Elton John muda, dia suka pakai pakaian yang pelik. Sekarang pun ada juga, cuma dah kurang. Mungkin dia rasa dia sudah tua. Kamu boleh Google dan cari pakaian pelik Elton John yang pelik-pelik.

Cuma aku agak pelik juga. Kawan aku ni peminat Lady Gaga. Lady Gaga punya pakaian tu tak pelik ke? Kenapa Elton John salah pakai pakaian pelik, Lady gaga tak salah pula?

Mungkin perasaan sayang pada Lady Gaga mengaburi mata kawan aku agaknya.

Jadi persoalannya, adakah aku setuju dengan kedatangan Elton John?

Selagi dia tak menyusahkan aku, aku tak ambil pusing tentang benda ini.

"Tapi Mirul, dia boleh pengaruh anak muda kita dengan budaya gay. Kalau budak-budak tahu dia gay, takut ada yang ikut cara hidup dia jadi gay pula nanti?"

Bagi aku, budak-budak dekat Malaysia sudah lama terdedah tentang perkara gay ini. Tak payah nak tunggu kedatangan Elton John, surat khabar (terutamanya Metro), majalah (Mastika) dan berita di TV sudah banyak kali menyebut perkataan "Liwat", "Dubur", "Kemaluan", "Jolok dari belakang", "Air mani" dan sebagainya kepada umum.

Dan perkataan itu bukan hanya wujud ketika melaporkan berita tentang kes ketua pembangkang di Malaysia ini, tapi juga berita-berita kehidupan di masyarakat biasa di Malaysia. Rasanya kamu boleh baca semua itu di Metro.

Lagipun, ini dunia moden. Dunia teknologi. Kalau zaman aku sekolah rendah dulu, memang ramai yang tak faham apa makna gay. Zaman sekarang? Aku yakin kebanyakan murid sekolah rendah sudah faham apa maksud perkataan 'gay' itu. Terima kasih kepada internet dan pak cik Google yang menterjemahkan maksud perkataan itu.

Jadi nak kata Elton John akan mengajar anak Malaysia kepada budaya tak elok? Tak payah tunggu Elton John, orang Malaysia sendiri sudah lama terdedah dengan budaya ini. Terima kasih kepada Metro dan Mastika yang suka mensensasikan berita kecil menjadi berita utama.

Jadi kepada peminat Elton John, selamat berhibur. Kepada anti gay, selamat berdemo.

Aku? Mahu duduk di rumah diam-diam sahaja. Biarlah kamu semua meneruskan drama duniawi dan aku hanya mahu jadi penonton drama tersebut sambil makan pop corn realiti.

Apa itu pop corn realiti? Aku pun tak tahu. Saja aku tulis mahu sedapkan ayat di atas.

14 comments:

una berry said...

bosanla isu2 camni
why can't u just enjoy the music?

Fairuz said...

Kat Malaysia ni pun ada je golongan gay. Tak ada nak dihairankan kalau Elton John tu nak datang.

Cuma, siapa la yang akan pegi tengok konsert tu agaknya ye kalau betul-betul dibuat la..hahaha...

ReDiculousLy said...

aku x minat elton john...just aku rs x patutla dia di'judge' berdasarkan sexual orientation dia...kecuali kalo dia Islam mmg la patut kita pertikaikan...

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Isu macam ni akan sentiasa akan timbul kat Malaysia ni.

Fairuz:
Aku rasa ramai yang akan datang tengok konsert ni sebab fan base Elton John memangang ramai. Tapi ANwar Ibrahim mesti tak datang punya. Nanti betul2 kena chop gay nanti. Hahaha

ReDiculously:
Kalau ISlam, lepas tu mengaku Gay, mesti jadi macam kes Azwan Ismail dulu.

Saya Gay, saya ok. Hehehehehe..

pjah said...

isu gay dah bezaman dah.
so,xde isu mamat elton ni nk dtg malaysia..
maybe kawan ko ni terlebih taksub baca info share kat fb ni..=p

Hujan Malam said...

lagu Elton John best..hehe

Amirul (aremierulez) said...

pjah:
Haha.. Maybe kot. Selalu sangat "mohon share" info2 dekat FB ni.

Amirul (aremierulez) said...

Hujan Malam:
Yup. Ada beberapa lagu Elton John yang best jugak.

Macam yang saya letak dalam entri ni la..

Joey said...

i dont know about you, tapi aku ada teori la.

aku rasalah kan, our beloved atasan yang pembuat dasar percaya kita banyak belajar melalui tv,tengok konsert dan sebagainya.

sebagai contoh, drama gerak khas sejak dari mula sampai skrg asik sama jer jalan ceritanya tanpa cerita secara detail mcm mana tangkap jenayah. Sebab dorang percaya penjenayah tengok tibi so bila dorang tengok tibi dorang bleh blajar taktik polis. So sebab tu asik plot sama jer. tak mau dedahkan taktik.

the same goes to elton concert. Some people still believe sebab dia gay, bila dia nyanyi sini, so maksudnya kita "allowed" gay di sini.

Zaman serbanista sekarang. Aku rindu zaman dulu2 yang very rileks, siap iklan rokok ngan arak bleh kluar tibi lagi.LoL

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
haha.. Yup. Maybe mereka fikir kita ni jenis yang cepat terpengaruh kot. Tengok penyanyi gay, terus ramai2 jadi gay.

Tak paham aku. Orang atasan macam ketinggalan 20-30 tahun yang lepas pemikiran diorang ni. Hahaha

Anonymous said...

aku rasa korg kena test dlu la dduk dlm club gay, mcmn rasa kena 'tackle' , usha, raba, dsbnya. baru korg tau betapa sialnya golongan ni.
klau xnk susah2, dduk dlm penjara pn boleh, jadi adik angkat. haha.
yg dtg tu badan sasa, cuba la tnjuk kejantanan korg, dgn kekerasan. lagi la dorg suka, xbleh tahan.

macamana pun, akhirnya konsert ni akn tetap diteruskn jugak. pihak yg berkenaan buat demo sbagai bantahan, wlaupun tau demo tetap xbleh jalan.
tapi klau xbuat demo, nnti golongan ni akn ingt malaysia cool, xde pape, bleh bebas.

mmg betul ats dasar music. tp sebagai Islam kena la tnjuk skit sikap kurang senang kita, dari membisu mcm merelakan plak.

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:
Yang kau masuk ke kelab gay tu, buat apa. Itu memang tempat dia, memang sah-sah lah kita kena sesah dengan dia.

Tak payah masuk club gay pun, orang dah tau macam mana perangai mereka.

Ok la. Alang-alang kau dah bercakap pasal gay club ni, kenapa nak berdemo bila artis gay nak masuk Malaysia?

Kenapa tak berdemo supaya gay club tu di tutup? Kenapa nak kena tunggu artis gay datang baru nak tunjukkan peraaan anti gay?

Kalau betul nak gay lenyap dari Malaysia, pergi berdemo supaya tutp gay club tu. Pergi Putrajaya dan tanya kenapa kerajaan dok bagi lesen kat gay club ni?

Satu lagi pasal demo ni, kebanyakan demo yang dibuat dekat Malaysia ni biasanya dibuat kerana organizer tu buat demo demi kepentingan mereka sendiri. I think u know what i mean.

Orang Malaysia kena belajar cara berdemonstarsi dengan betul dulu, baru boleh berdemo. Berdemo bukan hanya sekadar berkumpul dan melaung semata-mata

una berry said...

aku suka komen balas bro amirul kat atas ni.

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Itu memang kenyataan orang kat Malaysia. Gajah depan mata tak nampak, kuman dekat seberang jugak yang dikecohkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...