Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, November 16, 2011

It's Now Safe To turn Off Your Computer


Pada satu masa dahulu, ayat di atas ini pasti akan terpapar di skin komputer kamu jika kamu ingin menuntup komputer kamu.

Komputer zaman sekarang, bila kamu klik turn off, ia akan tutup secara automatik. Tak payah nak tunggu ayat ini keluar pada skrin komputer kamu.

Tapi komputer dulu, kamu perlu tunggu ayat di atas terpapar di skrin, baru kamu boleh tutup komputer kamu dengan selamat. Kalau kamu main tutup sebelum ayat di atas ini keluar, nescaya bila kamu akan berdepan dengan masalah seperti lambat start, komputer jadi lembab atau selalu hang (sangkut) bila kamu on semula komputer kamu.

Kalau kamu tak pernah melihat ayat seperti di atas ini keluar di skrin komputer kamu, itu maknanya kamu lahir dalam lingkungan tahun 1990'an. Dan sekarang kamu dapat lihat di entri ini.

Sesiapa yang pernah melihat ayat di atas ini keluar di komputer kamu, ini bermakna kamu lahir sekurang-kurangnya dalam lingkungan 1980'an atau lebih tua dari itu.

Dan ini bermakna kamu sudah tua!

Dan bermakna kamu sudah patut kahwin!

Eh? Cilakak! Terasa pulak aku bila baca ayat dekat atas ni.

P/S: Tercapai juga cita-cita aku nak tukar header blog ni. Kenapa kucing? Tribute to the victim of Petknode

5 comments:

pjah said...

kucing ankabersawang tu sangt2 c0mey..=p

zman aku kecik2 dan separa remaja dulu pernah nampak ayat diatas..ni bermakna aku pun patut kawin la..haila2..

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Kucing tersebut ada motif tersembunyi tu. hehehe

Kau dah pernah tengok? Ha, apa lagi... Kawin cepat. hehehe

Mcjust.lol said...

ingat lagi masa aku umr 6 tahun, pc pertama abah aku beli zaman 1997.. yang tu la ada ayat gini bila nak shut down komputer. hehe.

Amirul (aremierulez) said...

Mcjust.lol

Yup. Computer era 2000 dah tak de benda ni dah

Amirul (aremierulez) said...

Mcjust.lol
Eh, sorry aku lambat approve komen kau. Komen kau tu masuk bahagian spam. Aku tak perasan la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...