Belilah Novel Aku!!!!

Monday, November 21, 2011

Masyarakat Kita & Benda Tahyul

Man:
Mak aku ni ntah apa-apa ntah.

Kassim:
Eh? Kenapa?

Man:
Mak aku ni percaya benda-benda tahyul.

Kassim:
Benda-benda tahyul? Ish, kau ni biar betul?

Man:
Iya! Ada ke aku makan pindah-pindah tempat, dia kata aku nanti kahwin ramai.

Kassim:
Hahaha! Itu macam petua orang Melayu la. memang diorang dari kecik dah dengar benda-benda macam tu. Tu yang terbawak-bawak tu

Man:
Memang la. Tapi benda tu kan tahyul. Tak logik. Bertentangan dengan fahaman agama kita bila kita percaya yang benda-benda macam tu boleh mempengaruhi hidup kita.

Kassim:
Ala... Kau tu makan bersepah. Tu yang mak kau sound kau tu

Man:
Cakap ajelah "man, jangan makan sepah-sepah". Kan senang. Ini nak cakap benda-benda macam tu pulak.

Kassim:
Ala.. Relax la.. Tak payah nak over reacted sangat la kan?

Man:
Tak de la.. Mak aku ni terpengaruh dengan nenek aku. Nenek aku pun sama. Aku lalu bawah ampaian, dia marah. Katanya nanti pening kepala. 

Lepas tu, aku baring meniarap, aku angkat kaki ke atas, nenek aku sound aku. Kononya kalau aku buat macam tu, nanti mak aku mati. Apa kaitan dengan aku naikkan kai dengan mak aku mati?

Kassim:
Ala.. Orang tua. Layankan aje la.

Man:
Mana boleh. Itu bertentangan dengan agama. Ustaz aku pernah kata benda-benda macam tu boleh dikatakan bertentangan dengan akidah. Takut lain jadinya. 

Kassim:
Hhmm.. Betul jugak kata kau ni...

Man:
Untung kita lahir dalam generasi baru. Tak la terkongkong dengan fahaman-fahaman kolot ni.

Kassim:
Eleh. Kau pun sama. Nak kata emak denga nenek kau pulak.

Man:
Eh? Tolong sikit! Bila masa pulak aku percaya benda-benda karut ni?

Kassim:
Yang kau asyik baca horoskop tiap-tiap minggu tu apa? Siap follow Twitter yang buat ramalan Horoskop tu. Tak percaya benda karut konon. Cakap tak serupa bikin.

Man:
Hehehehe..

==========

Setiap generasi, ada kepercayaan karut masing-masing. Dan dalam pemikiran kita, pasti ada benda karut yang kita percaya tanpa kita sedar.

2 comments:

alien said...

erk, actually tu bukan karut bro..
tu cara org tua kita tegur secara halus.. org dulu kan penuh budaya n kesopanan. drg tak sound direk..

mcm org cakap, memasak jgn menyanyi nnti dapat suami tua.. resen dia, memasak tu tumpukan kat masak.. kang hangus tak dapat a makan.. lebe kuang camtu

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
Bro... Yang watak Man ni kira budak urban. Sebab tu dia cakap benda-benda tu karut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...