Belilah Novel Aku!!!!

Monday, November 14, 2011

Review Buku: Awek Chuck Taylor


Ada yang kenal dia sebagai Nami, ada yang kenal sebagai Nama Nami, ada yang kenal sebagai Comradenami, ada yang kenal sebagai Cob Nobbler, ada yang kenal dia sebagai namiofish, ada yang kenal dia sebagai Holden Caulfield... Tak kiralah nama satu nama, dia ialah orang yang sama.

Awek Chuck Taylor merupakan buku hasil nukilan Nami yang pertama yang aku baca. Buku-buku lain beliau haram aku tak pernah dapat walaupun aku pernah order dulu. 

Akhirnya aku beli ini dari tangan dia sendiri. Aku jumpa Nami di Seksyen 17 dan dapat juga aku buku Awek Chuck Taylor ini.


Apa ada dengan Awek Chuck Taylor?

Awek Chuck Taylor (ACT) mengisahkan kisah seorang lelaki bernama Hafiz, yang terperangkap dengan cinta 3 segi apabila bercinta dengan Mira, dan kemudian bercinta dengan adik Mira bernama Nana.

Nampak macam "Ala.. Itu je ke jalan ceritanya?". Tidak semudah itu. Cerita ini kemudiannya diselitkan dengan babak perkenalan Hafiz dengan adik angkatnya dan pemergian Mira dan Nana ke luar negara, jauh dari Malaysia dan banyak lagi. Tak kan aku nak cerita semuanya dalam blog ini kan?

Sebenarnya, cerita ini merupakan kisah benar si penulis sendiri, Nami. Hafiz sebenarnya merupakan Nami dalam dunia realiti. Sudah 2 kali aku lepak dengan Nami tapi aku lupa nak tanya kenapa dia pilih nama Hafiz sebagai nama watak dalam ACT.

Semua watak dalam ACT adalah berdasarkan orang yang pernah penulis kenal. Semua watak tersebut adalah orang yang wujud di dunia ini. Tapi penulis mengubah nama mereka di dalam ACT.

Aku tak pernah berjumpa dengan pemegang watak-watak lain dalam ACT ini. Aku hanya kenal melalui cerita dari mulut Nami sahaja, pernah membaca blog mereka, pernah usha Facebook/Mysapce mereka, dan pernah baca tweet mereka. Tidak lebih dari itu.

Bagi aku, Nami agak berani untuk menulis pengalaman hidup sendiri untuk dibaca oleh khalayak umum. Secara jujurnya, aku memang tabik pada orang yang sanggup berkongsi hal peribadi mereka, terutamanya kisah cinta mereka, kepada orang lain.

Sebenarnya, hampir 70% isi kandungan ini pernah diceritakan di dalam blog beliau, Teh Tarik Gelas Besar (TTGB), jadi boleh dikatakan aku sudah tahu jalan cerita ACT ini. Tapi beliau tidak menceritakan secara tersusun di TTGB. Sekejap cerita macam mana dia putus dengan Mira, kejap cerita kisah Mira kena pinang, lepas tu cerita kisah perkenalan dia dengan Nana, lepas tu cerita pengalaman berkenalan dengan Mira... 

Dalam ACT, semua cerita disusun mengikut garis masa yang betul. Ditambah pula dengan dialog perbualan, jadi ia membuatkan aku lebih faham dengan situasi nami ketika itu. Dialog itu juga menambah feel kepada jalan cerita tersebut.

Oh, ya. Sebenarnya ACT pernah ditulis di dalam sebuah blog Tumblr sebelum ianya dibukukan.


Bahasa

Nami menggunakan campuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ACT (ada sedikit Bahasa Itali). Bahasa Malaysia yang digunakan bukanlah Bahasa Malaysia Skema, tapi bahasa pasar seperti percakapan harian kita untuk menjadikan ia lebih realistik, dicampur dengan bahasa carutan yang menjadikan ia lebih realistik.

Penggunaan bahasa dalam novel ini juga mendekatkan buku ini kepada anak muda (buku ini memang sesuai untuk bacaan anak muda sahaja). Bagi aku, penggunaan bahasa dalam ACT mendekatkan diri kita dengan jalan cerita dan menjadikan ia lebih berjiwa anak muda.

Mungkin segala dialog yang ditulis oleh penulis adalah actual dialog yang digunakan semasa itu. Jadi jangan terkejut sangatlah kalau buku ini banyak dengan bahasa carutan ketika babak maki hamun sesama watak. Mungkin abang serbanitas akan mengucap 2-3 kali membaca dialog carutan dalam ACT.


Penerbitan

Buku ini merupakan terbitan Lejen Press. Lejen Press merupakan syarikat penerbitan buku indie (betul ke? Correct me if I'm wrong). Ada beberapa kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak penerbit dalam ACT.

Salah satunya ialah kesilapan menyusun muka surat. Ada beberapa muka surat dalam ACT telah disilap susun menyebabkan aku sendiri terkeliru bila membacanya.

Selain itu, kenapa tiada selang satu baris antara perenggan (tak semualah) dan kenapa tiada selang antara noktah dengan huruf pertama pada ayat baru? Nampak seperti benda kecil, tapi ia sedikit membunuh mood untuk membaca.

Diharap Lejen Press dapat memperkemaskan lagi susunan untuk penerbitan buku yang seterusnya. Diharap pihak Lejen press tak ambil hati dengan komen aku. Aku cuma berharap komen aku akan memotivasikan kamu untuk menerbitkan buku dengan lebih baik.


Jalan cerita/Penceritaan

Secara jujurnya, ini bukanlah kisah cinta paling epik yang pernah aku baca. Banyak lagi novel cinta yang lebih epik pernah aku baca sepanjang hidup aku, sebagai contoh siri novel Ahadiat Akashah (And I'm not talking about Lagenda Budak Setan. Kisah Cinderella lebih epik dan best dari legenda Budak Setan).

Tapi perlu diingat, ACT merupakan kisah yang digarap dari kisah sebenar kehidupan penulis, Nami. Jadi agak kurang adil untuk aku membandingkan sebuah kisah benar dengan sebuah kisah fiksyen.

Kalau kisah fiksyen, bila-bila sahaja si penulis boleh ubah mana-mana bahagian menjadi menarik. Tapi bukan kepada kisah benar.

Namun begitu, sebenarnya kisah percintaan Nami ini boleh dikatakan epik juga untuk kita yang hidup di dunia realiti ini. Kalau aku sendiri yang kena apa yang macam Nami kena, bingung juga aku memikirkannya.

Jalan cerita cerita ACT disusun dengan baik oleh penulis dan mudah difahami oleh pembaca. Cara penceritaan juga membolehkan pembaca mudah untuk mendalami perasaan penulis ketika menghadapi sesuatu situasi.

Walaupun aku sudah tahu apa kesudahan cerita ini kerana sudah di tulis dalam blog TTGB, tapi aku juga ada sedikit touching apabila membaca pengakhiran cerita ini. True story. Tapi tak lah sampai mengalir manly tears aku pula.T


Lain-lain

Selain dari kisah cinta dan kisah cerita remaja, cerita ini juga dipenuhi dengan ideologi yang agak asing dalam kehidupan orang melayu. Jadi, berkemungkinan besar abang serbanitas mengamuk dan tak berpuashati dengan penulis.

Aku? I don't care as long as the story is good.

Cerita ini juga dipenuhi dengan puisi-puisi hasil nukilan penulis sendiri. Puisi tersebut kebanyakannya ditulis untuk mencairkan hati wanita dalam cerita ini. dan aku yakin pasti ada lelaki yang akan copy paste puisi dalam ACT ini untuk diberi kepada awek-awek mereka.


Adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

Ya. Berbaloi. Bagi aku, buku ini boleh dikategorikan sebagai buku yang boleh dibaca berulang-ulang kali. Jalan cerita yang ringkas. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Penceritaan yang jelas dan tersusun. Cerita dipenuhi dengan emosi cinta, suka dan berakhir dengan sedih.

Kalau diikutkan, pengakhiran cerita ini seperti satu cliffhanger. Bagai tergantung. Dari apa yang aku baca di blog TTGB, ada banyak lagi pengalam hidup penulis yang boleh diceritakan selepas penamat ACT. tapi ia bergantung kepada penulislah samada mahu menyambung ACT atau tidak.

Atau mungkin penulis akan menulis buku ke-2 dengan tajuk "Tentang Erica" pula? *senyum*

Yes. Buku ini memang berbaloi dimiliki jika anda peminat novel bergenre cinta. Kamu boleh buat pesanan di sini.

===================

Hafiz
Seorang lelaki yang menghadapi beberapa halangan dan cabaran dalam bidang akademi dan cinta. Seorang lelaki yang mendambarkan cinta dari wanita tetapi sering bertemu dengan perempuan yang mensia-siakan cintanya.

Sehinggalah dia bertemu dengan Awek Chuck Taylor, yang seterusnya mengubah hidupnya, mengenal tentang kehidupan dan cinta dengan lebih mendalam.

Dan perkenalan dengan Awek Chuck Taylor menyebabkan dia kenal dengan seorang insan yang akhirnya mampu mencuri hatinya...

Mira
Awek Chuck Taylor dalam kisah kehidupan Hafiz. Perempuan yang ganas, kasar, agnostik, mempunyai pendirian yang kuat dan mampu berdiri dengan kaki sendiri.

Namun dia juga akan menitikkan air mata kerana cinta.

Menyayangi adiknya lebih dari dirinya sendiri sehingga sanggup melepaskan orang yang disayanginya kepada adiknya sendiri.

Nana
Seorang yang naif, bagai terperangkap dalam dunia Peter Pan. Lebih banyak menyendiri dan hidup dalam dunianya sendiri.

Apa yang dinantikan oleh dia hanyalah kehadiran seorang lelaki yang rela membalas cintanya. Sayangnya, pencariannya menemui jalan yang menyecewakan. Lebih sedih lagi apabila lelaki yang disukainya sanggup mengutuk kekurangan dirinya.

Namun akhirnya dia bertemu dengan lelaki yang menerima dirinya seadanya, yang mampu memberikan cinta kepadanya.

Sayangnya ia tidak kekal lama. Takdir menentukan segalanya..

Aiman
Seorang yang suka bercakap kasar. Perkataan carutan tidak pernah lekang dari mulutnya. Seorang yang suka memnadu kenderaan dalam keadaan yang pantas dan merbahaya. Suka membaca diari adik-adiknya.

Namun, dia adalah seorang abang yang amat menyayangi adik-adiknya. Sanggup membelasah sesiapa sahaja yang mengutuk adiknya.

Dan juga seorang kawan yang sanggup menolong kawan ketika dalam kesusahan.

==================

When I'm sad, you're asked me what went wrong,
And asking me to be strong,
How can I be strong,
Living without you is something wrong.

=================

Sekian review serba ringkas dari aku. Buku seterusnya, Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia. Tengah tekun menunggu dekat peti surat.


P/S: Al-Fatihah kepada Sherina Ellyana Sulaiman.


Kepada Ezreen Emira Sulaiman, semoga kamu kuatkan semangat bertarung dengan kanser payu dara.

10 comments:

feruz8 said...

bro ko pun order buku lucius maximus tu?same daa.
aku agak ketinggalan skit,baru nak start bace buku2 terbitan indie publishers ni. start bace last year 'cerita piala dunia' by lucius gak.

pjah said...

bro..nak pinjam..kikiki..
(nak pinjam..ayat yang selalu diguna bila ada orang baru beli novel..lalala)

Amirul (aremierulez) said...

feruz8:
Tak pe. Mula kan langkah berkenalan dengan buku-buku indie. Kadang-kadang, ada juga buku-buku indie yang lebih berkualiti dari buku mainstream ni

Pjah:
Amboi... Beli la.. Nanti Nami marah aku bagi pinjam2 ni. hehehe

Lucifer said...

review paling jujur pernah aku baca untuk ACT.

Amirul (aremierulez) said...

Lucifer:
Apa maksud kau dengan paling jujur tu?

Eera Shera said...

hebatnye review ni! dah mcm bace cerita plak ;)

Amirul (aremierulez) said...

Eera Shera:

Haha... Sebab aku kenal Nami dan aku tahu cerita ni kisah betul dia. Jadi, feel cerita ni memang aku rasa lain.

Review ni kira macam tribute untuk dia

Lucifer said...

Paling jujur maksudnya kau kritik tanpa mengampu dan kritikal (dari segi kualiti penerbitan dan jalan cerita).

Amirul (aremierulez) said...

Lucifer:

Amboi! Kemain lama baru kau balas

Aku komen pun sebab nak Lejen Press buat lebih baik dalam penerbitan buku-buku yang akan datang.

Lagipun, benda-benda teknikal ni boleh effect mood pembaca jugak sebenarnya.

Anonymous said...

Aku macam ada doubts pasal cerita Nami ni betul ke kisah benar. Kenapa tak pernah tgk dia bergambar dengan Ezreen time dorang in a relationship dulu? I'm not saying this because of his looks. Cuma ada doubts je sebab Ezreen tu dlm mata pandangan aku sgt cantik, adik dia pun sama, boleh plk dua2 syok kt Nami ni. Mmg tk mustahil, tapi tah la. Maybe aku je yg shallow. Nak tanya Ezreen or adik dia sendiri pun tkleh dah cos both of them dah passed away kan. Coincidence?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...