Belilah Novel Aku!!!!

Friday, November 25, 2011

Sepintas Lalu Sukan SEA Jakarta & Palembang 2011



Sebenarnya, aku agak mati akal untuk menulis entri ini. Berbeza dengan acara temasya sukan sebelum ini, aku menjadi penonton setia setiap hari. Tapi tidak untuk Sukan SEA 2011.

Dulu, aku masih belajar atau sedang menganggur. Jadi, 24 jam aku boleh menghadap TV dan update dengan perubahan pingat dan semua keputusan. Boleh dikatakan kebanyakan pingat emas yang Malaysia menang aku dapat lihat secara langsung.

Tapi tidak untuk Sukan SEA 2011.

Aku sudah mula bekerja. Aku tidak lagi dapat melangut di depan TV 24 jam. Aku hanya mampu menonton highlight pada setiap malam. Hanya sukan bola sepak yang aku dapat tengok secara seiaran langsung.

Jadi, inilah Sorotan Sukan SEA 2011 secara ala kadar.

Malaysia berjaya mengutip 59 pingat emas, 50 pingat perak dan 81 pingat gangsa. Jauh tertinggal dengan juara keseluruhan yang juga tuan rumah, Indonesia yang mengutip 182 pingat emas, 151 pingat perak dan 143 pingat gangsa. Ah, biasalah! kalau jadi tuan rumah, mesti jadi juara punyalah!

Bagaimanapun, ia satu pencapai yang baik kerana Majlis Sukan Negara (MSN) hanya mengsasarkan 40 pingat emas sahaja. Atlet Malaysia berjaya mengutip jauh melebihi sasaran.

Itupun, ada beberapa atlet yang tidak mencapai pingat emas seperti yang telah disasarkan oleh MSN, atlet dari sukan Taekwando terutamanya.

Mujur ada beberapa atlet yang tidak disasarkan untuk mendapat pingat emas berjaya membuat kejutan. Fatihah Mustafa antara yang menjadi antara atlet cemerlang dalam sukan basikal.

Atlet terjun menunjukkan kehebatan mereka. Rata-rata atlet terjun Malaysia sudah bertaraf antarabangsa. Tiada masalah untuk Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson, Leong Mun Yee, Pandalela Rinong, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee, dan Traisy Vivien untuk membolot 7 dari 8 pingat emas untuk acara terjun.




Begitu juga dengan acara renang berirama. Perenang Malaysia berjaya membolot semua 5 pingat emas yang dipertandingkan untuk sukan ini. Katrina Ann Abdul Hadi dan Png Hui Chuen terlibat dalam kesemua 5 pingat emas tersebut, sekaligus mereka berdua dinobat sebagai atlet terbaik kejohanan untuk Sukan SEA 2011 ini.



Badminton tidak menunjukkan prestasi yang baik. Tapi perlu diingat, Malaysia hanya menghantar atlet pelapis untuk kejohanan kali ini. Tiada kelibat Datuk Lee Chong wei dalam Sukan SEA 2011 kali ini.

Bola sepak? Perlukan aku bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas? Rasanya tak perlu kerana semua orang pun sudah sedia maklum. Lagipun, aku sudah tulis entri khas untuk kejayaan mereka dalam entri yang lepas.



Dalam keringan meraikan atlet yang berjaya, masih ada juga sekumpulan atlet yang berjaya menggondol pingat emas, tetapi tidak menerima layanan yang baik. Mereka ialah kuartet 4x400 meter.


Kuartet yang dianggotai oleh Subramaniam Kannathasan, Paneerselvam Yuvaaraj, Schzuan Rosely dan Muhamad Yunus Lasaleh tidak menerima layanan yang sepatutnya.

Pada mulanya, mereka tidak dihantar ke Indonesia. Mereka kemudiannya dihantar pada minit akhir. Dan tidak sangka kuartet ini berjaya mencipta kejutan merangkul emas. Tapi malangnya, kuartet ini tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat emas yang mereka menangi kerana mereka telah dijadualkan pulang sebaik sahaja memenangi pertandingan tersebut.

Nampaknya, budaya persatuan tidak melayan atlet dengan sepatutnya terjadi lagi. Ini bukan kali pertama. Dulu, aku ada berpeluang berbual (ada secara face to face, ada secara chatting sahaja) dengan beberapa atlet Malaysia (kini bekas atlet). Mereka yang datang daru sukan yang berlainan, banyak merungut dengan layanan yang emreka terima dari orang atasan persatuan sukan tersebut.

OK. Ini sahaja ulasan aku kali ini. Semoga atlet Malaysia mampu mengulangi kejayaan ini pada Sukan SEA 2013 di Myanmar pula.



6 comments:

una berry said...

tak bagi can langsung eh
bagila dorang dok lama sket, jenjalan ke
bekas adik ipar pun ada join sukan sea 2011, memanah.dapat perak je.tapi dia sempatla berjalan

Joey said...

i guess the time has change. kalau dulu bleh jer tengok sukan segala sukan, especially yang syncronized2 ni, skrg ni dah malas. tgk kat hujung berita saja hihihi.

And, memang masa merubah segalanya. My kemusykilan is, sejak bila emas bola sepak sudah jadi ibu pingat emas????

Setau aku zaman dedulu, yang paling top kat sukan2 mcm ni, macam lari 100m, raja dan ratu pecut asia tenggara siap kluar frontpage lagi (time watson nyambek tuuuu)

Aku rasa orang2 atasan tu pandai2 jer provoke. Taula kan siapa pihak lawan final tu. Masa kat Laos dulu xde plak aku dengar pingat emas bola sepak tu ibu pingat emas sukan SEA.

Aku x faham mengapa. Mungkin sebab gigihnya pihak lawan memprovokasikan pihak kita, baik dari segi media, emosi dan penyokong?

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
eemm.. sap eh bekas adik ipar kau tu?

Joey:
Ibu pingat emas ni istilah komentator Malaysia yang letak.

Tapi pingat emas bola sepak ni memang penting jugak la (dalam Sukan SEA saje lah) sebab Sukan Bola Sepak dekat ASEAN bukan hanya sekadar perlawanan bola sepak semata. Ia melibatkan maruah negara juga

Kalau untuk acara balapan, memang 100 meter la yang paling popular. Tapi macam mana pun, orang akan fokus kat bola sangat

Joey said...

but only this time kan?

masa bolasepak malaysia tgh naik skrg ni

dulu punya sukan sea i dont see as much focus towards bola sepak. even olimpic pun kita tak berapa tumpu kat bola sepak.

lagipun sekarang jer kita semua rakyat malaysia sokong bola sepak kan?
time dulu2 90an, 2000an, kita x pandang pun pasukan bola sepak kita.

Bukan aku tak anggap pingat emas bola sepak tak penting. Penting. Cuma kadang2 it was too twisted, sampai macam terlalu penting. Ok matila aku kena kejar peminat "fanatik" bola sepak. lol

Amirul (aremierulez) said...

Joey;
Memang la Malaysia tak anggap bola sepak ni penting kat sukan olimpik. Sebab Malaysia tak layak nak main kat Olimpik! LOL!

Cuma kali ini jadi tumpuan sebab kelayakan olimpik betul2 lepas final sukan SEA.

Aku cukup bengang dengan segelintir Ultras yang mengutuk team malaysia bila kalah masa kelayakan olimpik.

come on la. Diorang baru menang pertandingan taraf ASEAN. tak kan 2 hari lepas tu korang expect diorang untuk menang dalam taraf world pulak kan?

Joey said...

hahaha. itu memang ternyata malaysian.

Kalau masih berpura2 kata takpelah ada lagi 2016, ......lol. (fill in the blanks la)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...