Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, December 31, 2011

2011 Dalam Kenangan. 2012 Yang Mendatang

Akhirnya, 2011 bakal meninggalkan kita. Rasanya macam baru semalam kita menyambut tahun baru 2011.

OK. Klise sungguh ayat aku ini.

Tapi itulah kenyataannya. Aku rasa macam baru sangat aku sambut tahun baru 2011.

Bagi aku, 2011 adalah satu tahun yang penuh suka dan duka. Tahun 2011 adalah antara tahun yang dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dalam hidup aku.

Enam bulan pertama dalam tahun 2011, aku hidup sebagai seorang kutu. Sebagai manusia yang tak punya kerja. Seorang penganggur.

Tapi 6 bulan pertama dalam tahun 2011 adalah antara detik-detik yang akan aku ingati. Hidup aku dalam 6 bulan tersebut, hidup aku dihabiskan dengan menjaga emak aku yang kurang sihat.

Aku tahu, 6 bulan menjaga emak aku memang sangat jauh dengan segala pengorbanan emak aku lakukan ketika membesarkan aku selama lebih 20 tahun ini. Tapi sekurang-kurangnya, dapatlah aku jaga emak aku ketika dia dalam kesukaran.

Hidup aku dalam 6 bulan pertama lebih kepada berulang-alik dari rumah ke hospital. Dari Hospital Besar Batu Pahat hinggalah ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Aku amat berterima kasih kepada yang sudi menumpangkan kenderaan menghantar emak aku ke hospital, terutamanya kawan aku, Fauzi, yang sanggup bangun pagi dan bergerak ke Johor Bahru seawal pagi.

Syukur Alhamdulillah, berbebkalkan semngat yang kuat dan sokongan dari abah dan abang aku, emak aku kini sudah sembuh dari penyakitnya.

6 bulan kedua tahun 2011, aku mengalami perubahan hidup sekali lagi. Aku keluar meninggalkan Batu Pahat dan berhijrah ke Shah Alam, menetap dirumah abang ku. Dan aku juga telah mendapat kerja yang tetap. Maka berakhirlah hidup aku sebagai seorang kutu profesional.

Kerja aku nak kata seronok, tak juga. namapun kerja, mana ada kerja yang menyeronokkan bukan? (kecuali jika kau suka main bola sepak dan kau bekerja sebagai pemain bola sepak. Cerita lain). Tapi aku kini bersyukur kerana aku sudah punya pendapatan sendiri dan bolehlah belanja emak & ayah aku makan dan boleh bagi emak dan ayah aku duit raya sekarang.

Jadi, apa harapan aku untuk 2012?

Setelah lama tidak meletak sebarang harapan atau azam setiap kali tahun baru, kali ini aku mempunyai azam. Aku ingin mencuba sesuatu yang selama ini tidak berani aku lakukan.

Hidup ini hanya sekali. Aku rasa rugi kalau kita pendamkan segala harapan kita dengan begitu sahaja. Berjaya atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, aku kena cuba dulu.

OK. Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada pembaca blog ini. Smeoga tahun baru ini memberikan harapan baru kepada anda semua.

Maaf kerana menulis pendek kali ini, aku agak tiada mood di hari-hari terakhir 2011. Jangan risau, 2012 aku akan giat berblogging macam biasa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...