Belilah Novel Aku!!!!

Friday, December 16, 2011

Aku, Tauke Handphone & Amoi Cun

Dekat tempat kerja aku, ada satu kedai hand phone. Bukan kedai, tapi sebenarnya booth hand phone.

Tauke punya booth hand phone tu merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berumur dalam lingkungan 30'an. Tapi dia ada seorang pekerja, seorang amoi yang cun.

Amoi ni memang cun. Amoi ni tak seksi pun. Amoi ni tak perlu seksi untuk mendapatkan perhatian orang. Muka dia sudah cukup buat lelaki rasa tak tentu arah.

Tak macam amoi yang ada dekat booth hand phone dekat sebelah. Seksi betul. Tapi muka pecah habis. Mungkin dia berpakaian seksi untuk cover muka dia. Mungkin.

Ok. Berbalik kepada amoi yang cun itu.

Maka, selalulah aku lalu lalang dekat booth tersebut. Tapi memang kerja aku memang selalu kena lalu lalang dekat situ. Jadi tak lah nampak obvious sangat aku usha amoi tersebut.

Selain itu, aku juga selalu beli top-up dekat booth hand phone amoi itu. Dapatlah aku berbual-bual ringan dengan amoi tersebut. Aku memang tak ambil port sangat pasal tauke dia.

Rabu lepas, aku terserempak dengan tauke booth hand phone tersebut. Dia tengah naik wheelchair, atau bahasa Awie dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, Wilca.

"Apa hal tauke? Tiba-tiba sudah naik wheelchair?" Tanya aku.

"Haiya. Gua accident la."

"Bila lu accident, tauke?"

"Sudah lama mmaa.... Sudah 3 bulan gua accident. 2 bulan gua tak boleh bangun. Ini baru sebulan gua gerak guna wheelchair. Tak kan lu tak perasaan gua naik ini wheelchair? Sudah sebulan gua naik benda ini."

Tauke... Tauke...

Aku selalu lalu-lalang dekat booth ni sebab nak usha pekerja kau tu. Bukan nak ambik tahu hal kau.

Tauke.. Tauke... 

5 comments:

Anonymous said...

bapak kejam kau bang mirul xD LOL

Joey said...

sebut pasal amoi aku teringat ada satu hari tu aku ternampak ada amoi jaga kaunter depan bank yang aku selalu frequent tu. Selalu akak muka ketat yang jaga. Tapi hari tu, tetiba amoi manis. Senang hati sikit aku nak buat urusan, akak muka ketat tu takde. Actually lah kan, aku just nak bagi tau, yang muka-muka ketat ni bagi dia duduk belakang kaunter jer.


p/s akak muka ketat tu kembali jaga kat depan. Sampai ke sudah aku x pegi bank tu dan pegi bank yang sepelaung jauh semata2 buat urusan bank.

Kesimpulan: amoi itu nampak comel. sekian.Tapi dah xde. transfer branch mana ntah...

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Mohon tanya manager bank mana hilang amoi tersebut...
Dan ambil no telefonnya...

Fairuz said...

OoOo... Ada masa ke sana, aku singgah ke booth tu. Tapi tak perlu la roger kau rasanya..hahaha...

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
Kau datang, pergi usha tabligh je la.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...