Belilah Novel Aku!!!!

Friday, December 2, 2011

Review Buku: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia


Ini bukan kali pertama aku menulis review buku nukilan Lucius Maximus. kalau kamu semua ingat, akhir tahun lepas aku ada menulis review buku Lucius Maximus yang pertama, Cerita Piala Dunia.

Kamu tak kenal siapa Lucius Maximus? Memang sia-sialah kamu berblogging kalau tidak kenal penulis blogger yang hebat ini. Bak kata Pipiyapong, Lucius Maximus bagaikan Mokhtar Dahari jika ia dikira dalam bidang penulisan ini. Tetapi hakikatnya, penulis agak berat telur bila betul-betul turun ke padang (menurut yang mengenali beliau lah).

Buku ini merupakan satu lagi terbitan DuBook Press. Pengasas DuBook Press ialah Pipiyapong dan Luca DK. Cuma baru-baru ini, Pipiyapong ada menyatakan pengunduran beliau dari Dubook Press melalui Twitter beliau.

Tidak dapat dipastikan adakah pengunduran beliau adalah sesuatu yang benar atau gimik semata kerana mungkin Pipiyapong cuba mendapatkan perhatian kerana cemburu dengan Khairul Fahmi Che Mat yang asyik muncul dengan gossip baru dengan perempuan berbeza di dalam blog hiburan.


Ada apa dengan Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia?

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD) merupakan buku yang mengisahkan kisah perjalanan Skuad Bola Sepak Malaysia yang berhempas-pulas cuba melayakkan diri ke Piala Dunia walaupun acap kali gagal.

Penulis akan mengulas setiap kempen kelayakan Piala Dunia yang disertai oleh Skuad Bola Sepak Malaysia, bermula dengan kempen kelayakan Piala Dunia 1970.

Seperti biasa, Lucius Maximus mengolah setiap kempen kelayakan dengan ayat trademark beliau. Siapa yang sudah biasa dengan gaya penulisan Lucius Maximus pasti tahu bagaimana ayat-ayat tersebut.

Setiap pusingan kelayakan dikupas dengan baik. Bermula dengan persediaan dan latihan pasukan kebangsaan, ulasan setiap babak penting dalam perlawanan dan kesan selepas kegagalan setiap kali kempen kelayakan tamat.

Penulis mengulas bagaimana persediaan skuad bola sepak bermula. Bermula bagaimana pemain dikumpulkan dan di mana padang latihan mereka dan masalah yang terjadi di kem latihan.

Kemudian penulis mengulas tentang setiap peralwanan dalam kempen kelayakan tersebut. Cara pengulasan penulis sedikit sebanyak menerbitkan bayang di dalam kepala aku, cuba menggambarkan peristiwa tersebut di dalam otak.

Aku agak kagum dengan penulis. Aku tertanya-tanya dari mana sumber yang si penulis dapat untuk menulis buku ini? Setiap ayat yang ditulis bagaikan pengalaman benar penulis yang menonton semua perlawanan dengan mata kepalanya sendiri. Ke memang betul dia tengok semuanya?

Apa yang aku rasa agak kagum ialah apabila beliau mampu memetik setiap quote yang diucapkan oleh pemain dan jurulatih. Ini membuatkan aku tertanya, mana dia dapat semua arkib dari berita untuk menulis semua quote ini?


Bahasa/Penulisan

Lucius Maximus menggunakan Bahasa Malaysia sebagai kata penghantar di dalam buku ini. Bahasa Malaysia yang digunakan adalah Bahasa Malaysia formal, tapi juga turut dicampurkan sedikit dengan bahasa pasar. Tapi kebanyakan menggunakan bahasa yang agak formal.

Memang sudah menjadi trademark Lucius Maximus untuk menggunakan bahasa yang formal dalam penulisan dengan mencampur sedikit bahasa pasar.

Lucius Maximus terkenal dengan gelaran 'Raja Fakta'. Jadi, menulis dalam bahasa yang agak formal amat sesuai dalam menyampaikan fakta-fakta serius tersebut.

Dan rasanya pembaca blog Lucius Maximus pasti sudah sedia maklum cara penulisan ayat beliau. Aku kagum dengan penulisan beliau. Kadang-kadang aku tak rasa yang aku sedang menulis karya seorang penulis blog kerana penulisan Lucius Maximus seakan penulis profesional.


Penerbitan

Buku ini diterbitkan dengan kemas. Segalanya tersusun kemas dan indah mata memandang. Rasanya tiada kesilapan ejaan di dalam buku ini (kesalahan ejaan adalah benda lazim dalam penerbitan buku-buku indie) dan susunan yang kemas (perenggan, align text).

DuBook Press juga merupakan salah satu penerbit buku indie, tetapi tahap penerbitannya agak baik berbanding penerbit buku indie yang lain. DuBook Press bolehlah dijadikan sebagai benchmark buat penerbit buku indie yang lain.


Adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

Sudah pasti! Bagi aku, buku ini boleh dikategorikan sebagai buku yang boleh dibaca berulang-ulang kali. Buku ini baik untuk dijadikan bahan rujukan untuk generasi akan datang, samada generasi akan datang dapat menyaksikan Malaysia layak bermain di Piala Dunia ataupun tidak.

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan buat anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya, sekumpulan penyokong bola sepak Malaysia yang sering hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Jangan kamu sokong Harimau Malaya hanya kerana mereka menang Piala AFF dan Pingat Emas Sukan SEA tanpa mengetahui sejarah pasukan bola sepak Malaysia. Tak guna menjadi Ultras kalau tak tahu latar belakang pasukan yang kamu beria sokong tu.

Dan buku ini juga perlu dibaca oleh anak muda yang berkiblatkan bola sepak Inggeris. Ya lah. Kau sokong Liverpool & Manchester, siap hafal semua sejarah kelab kesayangan kamu. Hafal nama pemain lama, hafal berapa piala sudah menang, hafal tahun kemenangan piala tersebut... Jadi sudah sampai masa kamu mengetahui hal-hal sejarah Pasukan Bola Sepak Malaysia pula.

Buku ini juga boleh dijadikan hadiah buat ayah-ayah kita, yang hidup di zaman era kegemilangan bola sepak Malaysia. Mungkin buku ini boleh menghidupkan semula memori mereka.



Lain-lain

Buku ini terbit tepat pada masanya, ketika Malaysia bergembira selepas berjaya mengekalkan pingat emas di Sukan SEA dan gagal melayakan ke Sukan Olimpik beberapa hari kemudian. 

Buku ini mungkin boleh memberikan pengajaran dan idea kepada FAM kenapa usaha Malaysia untuk pergi lebih jauh dalam sukan bola sepak Malaysia sering terbantut.

Buku yang aku dapat ini merupakan buku cetekan kedua. Cover untuk cetekan pertama adalah seperti di bawah:


Selain itu, buku ini juga diterbitkan di dalam 2 versi (menurut penulis sendiri). Versi pertama ialah versi indie, yang mana seperti aku beli ini (melalui pos). Versi yang kedua adalah versi mainstream, atau nama lainnya versi 'jual di kedai buku'.

Ya! Buku ini bakal dijual dikedai buku tidak lama lagi. Penulis berkata ada sedikit kelainan antara versi indie dan versi mainstream. Rasanya, siapa yang sudah membaca buku veris indie pasti tahu apa maksud si penulis.

==========

Sekian review serba ringkas dari aku. Buku seterusnya... Aku pun tidak tahu. Mungkin aku patut habiskan buku-buku yang selama ini aku beli tapi belum berkesempatan untuk baca.

16 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

:)

Amirul (aremierulez) said...

Pipiyapong:
Aik? Senyum je? hehehe

Ozgur Cek said...

pengunduran pipi?haha
korang xsedar ke Baharom Bahari dah nk terbit ni..tunggu masa je..haha

Amirul (aremierulez) said...

Ozgur Cek:
Pipi ni bukan boleh percaya sangat. Aku malas nak mengharap Baharom Bahari ni. Dah dekat 4 tahun rasanya menunggu.

Cerita Ismail Ketua Bahas tu pun dia tak habiskan lagi.... hahahahaha...

pjah said...

mcm biasa la ayat aku
nak pjam bleh bro..ko kan baik..kasi la aku pjam baca..miahaha..

p/s:caner nak order pos buku ni ek..nak beli jugak la..

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:

Hahaha... Buku rare ni. Nak bagi pinjam pun, payah.

Kau pergi website DuBook press (http://dubook.blogspot.com/). Kat situ dia ajar cara nak beli buku ni

pjah said...

dekut..tapi takpe..yang pasti..aku baru je order sebijik..harharhar..
tq coz review sal buku ni..=p

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
hehehe.. aku nak menggalakkan kau beli buku tempatan.

Kau tengok tak penulis buku ni keluar dekat Astro Arena hari tu?

pjah said...

kempen beli buku ke..hahaha

rumah aku mane ad astro..tapi aku tau si rizal tu ada buku tu..nanti ak nak pjam ngn dia a..sbb ko kedekut xnak bagi aku baca..hwahwahwa..

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Hahaha.. Buku rare ni. Tu yang sayang kat buku ni. Hehehe

pinyu pjah said...

btol2..buku yang susah dapat ni sayang gile..nak beli pun susah jugak..kene tengok dulu bajet cukup ke x nk beli buku,,nk order lagi..tapi bila dah dapat..bahagia siot..bangga2..

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Ha.. Tau tak pe..

Eh? APsal tukar nama pulok ni?

pinyu pjah said...

google+ punya pasal la ni..lagipun tu nama aku kat fb..jd,xyah ada banyak2 nama..guna yang sama je..=D

name lain tp still orng yang sama ag..hehehe

Amirul (aremierulez) said...

Pinyu Pjah:
Oho.. Kira nak kasi senang cari la ni...

Harry Lee Chin Yeow said...

Dah habis baca buku ni.

Bagi aku, yg penting bukan cerita2dulu bagaimana Malaysia tak ke Piala Dunia, tapi apa ug ada di chapter2 belakang dlm buku ni.

Lucius memberi idea bagaimana malaysia blh meningkatkan bola sepak di malaysia.

Katanya dlm buku:

"Apa jejakan pertama kita?

"Tuanku Sultan wajib berundur."

LOL!!!

Selain drpd itu, ada banyak lagi idea2 ybLucius bagi blh digunakan oleh FAM.

Aku harap semua rakyat Malaysia yg minat bola dpt baca buku ni, dan DEMAND FAM utk melaksanakan pembahruan. Kali ni, mereka x dpt tipu kita lg, krn kita sudah ada idea slepas baca buku ni.

Amirul (aremierulez) said...

Harry Lee Chin Yeow:
Yup. Betul jugak tu.

AKu malas nak highlight benda tahu, presiden FAM nanseorang tu tak kan berundur dari jawatan tu.

Lagipun, siapa yang ada dalam ahli jawatankuasa FAM tu yang beran ibersuara suruh tuanku tu letAk jawatan? Semua pun jenis yes man je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...