Belilah Novel Aku!!!!

Monday, December 12, 2011

Tanggapan Negatif Manusia

Manusia tidak pernah lagi dari berpandangan negatif kepada sesuatu atau seseorang. Bila nampak orang dress-up pelik sikit, confirm akan beranggapan benda yang pelik.

Tak payah tengok benda pelik, kadang-kadang kalau nampak benda yang biasa pun boleh bertanggapan yang pelik.

Semasa di universiti/kolej/politeknik dan mana-mana IPTA/S, kalau selalu sangat nampak dua orang yang  pergi kemana-mana mesti nak berkepit berdua, mesti akan keluar tanggapan yang bukan-bukan tentang pasangan tersebut. Lagi-lagi kalau pasangan tersebut nampak tidak sepadan.

Berikut adalah beberapa tanggapan negatif yang selalu didengar apabila ternampak pasangan-pasangan yang selalu kelihatan bersama:

(Aku menulis bukan setakat pasangan antara lelaki dan perempuan sahaja. Tapi juga aku variasikan sedikit)


1. Lelaki handsome bersama perempuan hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Mesti perempuan tu kaya. Kalau tak, tak kan lah lelaki handsome macam dia tu nak dengan perempuan hodoh tu."

"Mesti perempuan tu dah bomohkan lelaki tu. Tak pun dah kena nasi kangkang. Tak kan lah lelaki tu buta nak perempuan yang hodoh macam tu."


2. Perempuan cantik bersama lelaki hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Lelaki tu confirm lah kaya. Kalau tidak tak kan lah minah yang cun tu boleh nak tergedik dengan dia."

"Poket kembung, perempuan mesti nak berkepit punya lah."


"Perempuan murah. Dasar pandang lelaki berduit aje."


3. Lelaki hodoh bersama lelaki hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Dua-dua jenis tak de awek ni. Forever alone."


4. Perempuan hodoh bersama perempuan hodoh

Tanggapan negatif manusia:

"Lesbian diorang ni. Nak cari balak, tak dapat. Dapat sesama jenis pun jadi lah. Hah, tengok tu! Diorang jalan pegang tangan tu! Hah! Kan betul aku kata dia lesbian."


5. Lelaki hodoh bersama lelaki handsome

Tanggapan negatif manusia:

"Lelaki hodoh tu nak tumpang glamour lelaki tu la. Ya la. Lelaki tu handsome, popular kat kolej. Dapat la kenal dengan perempuan-perempuan hot kalau kawan dengan lelaki handsome ni."


6. Perempuan hodoh bersama perempuan cantik

Tanggapan negatif manusia:

"Kesian perempuan hodoh tu. Mesti dia jadi balaci si perempuan cantik tu. Perempuan cantik tu mesti cari perempuan hodoh nak jadikan balaci dia. Dasar bitch!"


7. Perempuan cantik bersama perempuan cantik

Tanggapan negatif manusia:

"Mesti diorang ni jenis bitch. Dua-dua perasan cantik. Asyik jalan berdua je. Mana diorang nak jalan dengan perempuan yang tak cantik. Benci nyew!!"

Ataupun satu tanggapan yang sedikit berlainan seperti:

"Sebenarnya diorang bermusuhan tu. Perempuan cantik mana boleh berkawan berdua. Diorang mesti nak berebut dapat title perempuan paling hot kat kolej. Kenapa diorang selalu jalan berdua walaupun musuh? Well, pernah dengar pepatah omputih tak yang berbunyi 'Keep your friends close, keep your enemies closer'? Hah, itu lah sebab mereka asyik berdua je.


8. Lelaki handsome bersama lelaki handsome

Tanggapan negatif manusia:

"Confirm gay ni! Confirm gay! Muka dua-dua dah la jambu. Rambut pun dua-dua style Korea."

====================

Moral of the story:

Jangan selalu sangat beranggapan negatif  tanpa soal siasat. Tak semestinya yang muka cantik kena berpasangan dengan muka cantik sahaja.

Dan untuk mengelakkan dari tanggapan negatif orang sekitar, jalanlah sorang-sorang. Confirm orang tak kata apa.

Tapi nanti kena chop kera sumbang ataupun kena pulau oleh masyarakat sekeliling pulak nanti.

Ah! Lantaklah orang nak kata apa. Janji kita rasa bahagia. Ye tak?

4 comments:

h A n Y S said...

Mulut manusia..memang tak boleh nak tutop dr kata yg bukan2..manalah tak menambah dosa..

Amirul (aremierulez) said...

Hanys:
Biasa la.. Mulut tempayan boleh ditutup.. Mulut manusia, sape boleh tutup

sue perbs.. said...

org suke buat kesimpulan sendiri.. wlupun tk tahu ape yg sbnr.. hmmm.. elakkan buat tanggapan2 tk elok kat org lain

Amirul (aremierulez) said...

sue perbs:
Kenapa orang suka buat kesimpulan sendiri? Mungkin pengaruh subjek Kimia yang selepS Ujikaji, kena buat kesimpulan.

Ok. Aku sedang merepek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...