Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, December 26, 2012

Salah Guna Terma "Clearance Sales"


Bila aku tengok orang meniaga dalam Fesbuk, tulis "Clearance Sales" tapi jual barang dengan harga yang mahal dari harga asal barang tu, aku tepuk dahi.

Clearance sales bermakna kau nak clear stok kau yang dah berlambak kau simpan, jadi kau jual barang tu dengan harga yang murah, lebih murah dari harga asal barang tersebut dalam pasaran. 

Ada juga yang kata harga barang dalam kategori clearance sales biasanya dijual bi bawah separuh harga dari harga yang asal barang tersebut. Maknya, kalau barang tersebut harga asalnya RM 50, kau kena jual bawah harga RM 25.

Tapi nampaknya para usahawan Fesbuk menyalah gunakan terma ini.

Ada sekali aku ternampak ada seorang mamat jual jersi Liverpool cap siam gred AAA. Dia tulis dekat situ, "Clearance sales. PM (private message) for price and details".

Setahu aku, jersi cap siam gred AAA biasa aku boleh dapat dekat Uptown Shah Alam dalam harga RM 45 sehelai. Kalau dekat area KL dekat dengan Plaza Campbell dalam lingkungan RM55 - RM 60. Kalau dia dah tulis "clearance sales", maka aku mula mencongak yang mamat ini paling mahal pun akan jual dalam lingkungan RM 30.

Maka dengan segeralah aku PM mamat ni.

"Salam. Jersi Liverpool baru tu berapa bro?"

"RM70, bro."

RM 70??? Cilakak apa kau ni? Kata clearance sales, tapi jual lagi mahal.

Dengan pantas aku terus unfriend mamat tersebut dari fesbuk. Aku add dia pun sebab aku tahu dia jual jersi, bukan kawan aku pun.

Jadinya wahai semua usahawan Fesbuk sekalian, janganlah kamu menyalahgunakan terma 'clearance sales' tersebut. Tahu tak berapa ramai orang yang rasa tertipu bila ingat kau nak jual barang murah tapi rupanya kau buat pengiklanan yang salah itu.

Kalau kau jual harga lagi mahal dari harga asal barang tersebut, tu bukanya clearance sales, tu namanya kau nak kasi clear duit dari dompet customer kau.

Monday, December 24, 2012

Cerita Dari Sudut Lain #8: Cinta Cilik

Cikgu Syidah sedang tekun mengajar subjek Matematik di hadapan. Murid-murid pula sedang berpura-pura tekun mendengar ajaran Cikgu Syidah.

Mana tidak nya, lagi 15 minit waktu persekolahan akan berakhir, fokus murid-murid kini lebih terarah kepada aktiviti yang mahu dilakukan oleh mereka selepas tamat waktu persekolahan.

Begitu juga dengan Fadli dan Azie. Mereka sudah pun mempunyai aktiviti mereka yang sendiri selepas tamat waktu persekolahan.

Loceng berbunyi, tanda waktu sekolah tamat. Murid gembira kerana telah terlepas dari cengkaman cikgu dan cikgu lega kerana tidak perlu melayan kerenah murid yang baik sikit daripada syaitan.

Seperti biasa, selepas tamat waktu persekolahan, Fadli akan berjumpa dengan Azie di hujung padang. Inilah masa untuk mereka dating.

Mereka tidak pernah berbual berdua dihadapan kawan-kawan mereka. Mereka berpura-pura bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka terpaksa berlakon untuk mengelakkan dari menjadi bahan ejekan dari rakan sekelas mereka.

"Awak sayang saya?" Tanya Azie kepada Fadli.

Berombak juga dada Fadli mendengar soalan Azie. Inilah pertama kali soalan berupa ini menjadi topik perbualan mereka.

"Mestilah sayang. Selain dari ibu saya, awak la perempuan yang saya paling sayang."

"Awak janji awak tak kan tinggalkan saya?" Tanya Azie lagi.

"Saya janji. Sampai mati pun, saya tak kan tinggalkan awak." Jawab Fadli dengan nada seromantik yang mungkin.

Tersipu-sipu Azie mendengar jawapan dari Fadli.

"Eh? Dah pukul 1:45 la. Mesti mak saya dah tunggu saya kat depan pagar tu. Kita jumpa lagi esok ya?" Fadli mula cemas selepas menyedari sudah agak lama mereka berbual di situ.

"Okay. Jumpa awak esok." Azie melambaikan tangan ke arah Fadli.

Fadli bergegas ke pintu pagar sekolah. Dari jauh, sudah kelihatan kereta BMW M3 warna hitam berada di sana.

"Ah, sudah. Ibu dah sampai pulak."

Fadli terus segera masuk ke dalam perut kereta.

"Lambat anak ibu hari ini? Kenapa?"

"Sorry, ibu. Fadli berbual dengan kawan-kawan fadli tadi."

"Oh... Hari Fadli belajar apa dekat sekolah?"

"Hari ini Fadli belajar hafal sifir 2. Fadli dapat hafal sifir 2 tadi. Senang je. Esok cikgu nak ajar sifir 3 pulak."

"Okay... Bagus anak ibu ni."

Ibu Fadli pun menghidupkan enjin dan beredar dari situ.

===============

Dialog antara Fadli dan Azie itu sebenarnya aku dengar sendiri dari mulut 2 murid sekolah lingkungan darjah 2 sehingga darjah 4.

Pelik juga aku. Mereka sudah boleh bercakap seperti itu dalam usia yang muda. Tanpa segan silu dan sudah pandai bercinta.

Aku ingat lagi zaman aku dahulu, kalau digossipkan dengan perempuan malunya bukan kepalang. Nak duduk sebelah budak perempuan dalam library pun rasa segan yang amat.

Sekarang? Dah mengalahkan orang dewasa bercinta.

Wahai kanak-kanak seluruh dunia, kenapa kamu nak membesar cepat sangat? Nikmatilah hidup bebas sebagai kanak-kanak selagi boleh. Jangan membesar cepat sangat. Hidup ini tidaklah indah apabila kamu sudah dewasa nanti jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak kamu itu.

Wednesday, December 19, 2012

Manusia, Haiwan dan Akal


Haiwan tidak mempunyai akal.

Kalau haiwan ada akal, aku rasa memang berkemungkinan besar haiwan boleh menakluk dunia, macam dalam filem-filem Hollywood yang selalu kita tonton (Rise of the Planet of the Apes misalnya).

Dan lebih mudah untuk haiwan menakluk dunia kerana manusia sering saja bercakaran antara satu sama lain,  mementingkan diri, saling tidak mahu berkerjasama dan sering menanam sikap prejudis antara satu sama lain.

Thursday, December 6, 2012

Ironi: Kedai Mamak

Situasi 1

"Oit, Jai! Jom makan. Aku dah lapar dah ni..."

"Ha.. Orait tu. Nak makan dekat mana?"

"Entah la. Kita terai makan kat Warong Mak Temah nak?"

"Ish... Tak nak la. Warong Mak Temah tu mahal la..."
"Ye ke? Kalau macam tu kita makan tempat lain la..."


Situasi 2

"Haus gile! Jai, jom lepak kedai mamak tu."

"Jom!"


Mereka pun duduk dan melihat menu di kedai mamak itu.


"Mahal siot!! Roti telur sampai RM2.50 ni."

"Biasa la... Kedai mamak. Mana ada kedai mamak yang murah."

"Betul jugak. Ane, ambik order sini."

**********

Ini benda biasa yang aku selalu tengok. Bila pergi satu kedai, kau tengok harga makanan dia mahal, kau terus cabut.

Tapi bila sampai kedai mamak, walaupun kau tahu kedai mamak memang selalu tekan harga mahal melampau, tapi kau tetap gagahkan diri melepak di sana.

Pernah sekali aku lepak kedai mamak yang jual air suam harga RM0.80 segelas. Tapi penuh juga kedai mamak tu.

Adakah ini satu ironi? Ataupun satu benda yang sering terjadi tanpa kita sedari?

Monday, November 26, 2012

"Saya Orang JB, bang..."


Zaman aku belajar dulu, aku seorang senior yang baik. Aku tak pernah ragging junior aku.

Okay. Tipu. Pernah aku ragging tapi semua ragging yang jenis peri kemanusiaanlah.

Biasanya, aku mulakan sessi suai kenal dengan bertanyakan soalan umum seperti "Siapa nama?" "Asal mana?" dan kalau junior perempuan, "Boleh bagi nombor telefon?"

Biasanya kalau budak junior yang jawab, "Saya asal dari Johor", ada soalan susulan.

Aku akan tanya, "Johor dekat mana?"

Aku biasanya tak kan bagitahu yang aku asal dari Batu Pahat, Johor. Kenapa? Sebab aku cuba nak kesan satu fenomena?

Fenomena apa? Fenomena "Budak mengaku asal dari JB".

Selain dari KL, bandar yang boleh  dikatakan 'up' di mata anak-anak muda ialah JB.

Rasanya semua faham JB membawa maksud Johor Bahru. Semua rakyat Malaysia tahu yang JB itu Johor Bahru. Kalau benda pertama yang muncul di kepala kamu ialah Justin Bieber, itu bermaksud anda gila.

Johor Bahru merupakan satu lagi bandaraya yang urban dan dekat dengan jiran tertangga, Singapura. Dan jika kau mengaku kau budak JB, maka saham kau agak tinggi nilainya di mata anak muda sekalian.

"Habis tu, kenapa kau tak mengaku kau budak Johor jugak?"

Kalau aku mengaku aku budak Johor, budak tu akan bagi jawapan jujur dan tak menipu aku.

Aku bagi satu contoh yang jelas. Aku jumpa seorang budak junior. Aku pun tanya dia:

"Asal mana?

"Dari Johor, bang."

"Johor dekat mana?"

"Johor dekat JB, bang."

"JB dekat area mana?"

"Kota Tinggi, bang."

Nampak macam mana budak itu terkantoi? Dia mengaku dia budak JB, tapi sebenarnya dia budak Kota Tinggi. 

Oleh sebab aku tak memperkenalkan diri sebagai orang Johor, maka dia ingat aku ni bodoh dan senang-senang boleh tipu aku. Konon bajet budak town-lah ni.

Bukan seorang dua, tapi ramai juga budak-budak Johor yang mengaku budak JB.

Pernah sekali aku tanya:

"Asal mana?

"Dari Johor, bang."

"Johor dekat mana?"

"Johor dekat JB, bang."

"JB dekat area mana?"

"Mersing, bang."

Hamboi! Jauh Mersing dengan Johor Bahru tu, dik. Agak-agaklah kalau nak mengaku budak town pun.

Budak kampung aku pun sama. Asal Batu Pahat, mengaku budak JB.

Macam inilah adik-adik, berbanggalah dengan tempat asal-usul kita. Tempat asal-usul kita tu jugak yang banyak menyimpan kenangan hidup kita selama ini.

Pepatah ada mengatakan, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Macam tak kena pulak pepatah yang aku gunakan.

Monday, November 19, 2012

Berbual Dengan Taliban

Pada hari Rabu minggu lepas, aku terus bergegas pergi ke masjid selepas habis waktu kerja.

Aku pergi ke masjid kerana ingin mendirikan Solat Maghrib secara berjemaah dan membaca Doa Awal Tahun semperna Maal Hijrah.

Aku pergi ke masjid yang paling hampir dari tempat kerja aku. Aku pergi ke Masjid Jamek Sri Petaling. Aku sering menunaikan Solat Jumaat di masjid ini.

Bagi yang biasa atau pernah bersembahyang di sini, pasti kamu tahu yang masjid ini menjadi pangkalan buat orang-orang tabligh.

Ramai orang golongan tabligh di masjid tersebut. Kalau tidak salah aku, ada asrama tempat tinggal untuk mereka di sebelah masjid tersebut.

Masjid ini bukan setakat menjadi tempat golongan tabligh dari Malaysia sahaja, malahan menjadi tempat singgah golongan tabligh dari seluruh dunia.

Selepas selesai sembahyang menunaikan Solat Maghrib, ada seorang pak cik telah menegur aku. Ini memang perkara biasa. Sesetengah ahli tabligh ini memang peramah orangnya.

Tengah aku berbual dengan pak cik tersebut, datang beberapa lagi ahli tabligh dan turut berbual bersama kami.

Aku tengok jam sudah hampir pukul 8 malam. Aku rasa baik aku pulang dahulu. Naik rimas juga aku yang masih memakai baju kemeja. Lagipun, aku belum makan malam lagi.

Aku pun meminta diri dulu untuk pulang. Dan sebelum pulang, aku memberikan kata-kata akhir kepada pak-cik pak-cik tabligh tersebut,

"Seronok juga saya tengok kumpulan taliban dekat sini. Aktif dan selalu buat aktiviti dekat masjid ni."

Aku tersalah cakap. Aku nak menyebut 'tabligh', tapi entah setan mana yang kacau lidah aku sampai boleh  terkeluar 'taliban' pula.

Muka-muka pak cik semua sudah lain macam. Sebelum aku mendapat, ada baiknya aku angkat kaki.

Aku harap, pak-cik tabligh ini tak cam muka aku. Sudahlah masjid lain jauh dari pejabat aku. mana aku nak sembahyang Jumaat lagi nanti.

Monday, October 29, 2012

Blind Spot & Accident

Beberapa minggu lepas, kawan office aku mengalami kemalangan.

Kawan aku menunggang motor. Macam mana dia boleh kemalangan? Dia melanggar ssebuah kereta.

Boleh tahan teruk juga kawan aku itu. Dia mengalami retak tulang pipi dan patah tangan kiri.

Sewaktu lunch hour, aku mengambil kesempatan untuk melawat beliau di hospital.

Semasa aku datang menjenguk dia, kawan aku ini sedang asyik bergurau senda bersama nurse. Amboi!... Cemburunya aku.

Macam biasa, aku melawat dengan tangan kosong tanpa membawa sebarang buah-buahan, bunga atau makanan. Kalau aku bawa pun, aku juga yang makan nanti.

"Macam mana kau boleh accident?" Tanya aku sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Aku pun tak tau la. Masa aku nak berlanggar, baru aku perasan kereta tu." Jawab Ahmad (bukan nama sebenar).

"Macam mana kau boleh tak perasan pulak?" Tanya aku lagi.

"Aku rasa, kereta tu kat blind spot aku kot."

Aku mengangguk kepala mendengar jawapan dari Ahmad (masih bukan nama sebenar). Itulah jawapan paling logik dalam situasi tersebut.

"Macam mana kau boleh accident? Cuba kau cerita balik" Tanya aku lagi. Asyik bertanya sahaja aku kerjanya.

"Macam ni. Masa aku tengah bawak motor tu, aku tengah main SMS. Sedar-sedar, aku dah terlanggar kereta tu......"

"Hotak kau lah! Itu bukan blind spot. Itu kau yang buta namanya!"

Mujur aku tak ambil picagari, tikam mata dia biar betul-betul buta.

Wednesday, October 10, 2012

Perempuan Dari Neraka

Pada awal tahun ini, kawan aku perkenalkan aku dengan seorang awek. Awek ini masih single. Rupa parasnya boleh tahan.

Umurnya tua setahun daripada aku. Aku pelik kenapa awek yang ada rupa seperti dia belum ada boyfriend.

Setelah bermain SMS selama 3 hari secara bertalu-talu, kami pun bersepakat untuk berjumpa.

Maka aku pun berjumpa dengan dia. Semasa aku berjumpa dengan dia, aku memakai t-shirt tidak berkolar dengan lambang Superman berada di dada t-shirt tersebut. Aku pakai jeans hitam berserta kasut Converse putih.

Selepas keluar menonton wayang dan makan-makan bersama awek tersebut, kami pun berbual-bual. Tiba-tiba awek ini meletakkan beberapa syarat untuk second date:

"Kalau kita keluar second date nanti, saya tak nak awak pakai baju tak de kolar. Awak kena pakai baju yang ada kolar. Kalau boleh, baju kemeja. Saya tak suka tengok awak pakai t-shirt dengan lambang yang bukan-bukan. Baju nanti masuk tuck-in dalam seluar tau?"

"Kalau awak nak pakai jeans, boleh. Tapi jangan pakai jeans yang lusuh tu. Saya tau ada jenis jeans yang memang lusuh tu, tapi saya tak suka. Jeans pun pakai warna hitam atau biru pekat je."

"Saya tak suka awak pakai Converse. Saya nak awak pakai kasut yang nampak proper sikit. Crocodile ke... Kasut yang jenis kulit la."

"Rambut pun kalau boleh potong pendek. Saya tak suka jenis sikat rambut ke belakang. Nampak macam gangster. Kalau boleh, potong pendek. Bahagian tepi tu sodok sikit."

 Sebaik pulang dari berjumpa awek tersebut, aku pun terus SMS kawan aku:

"Perempuan dari mana kau kenalkan aku ni? Perempuan dari neraka ke?"

Kawan aku balas:

"Hahaha... Aku dah tau perangai dia macam tu. Saja je nak kenakan kau."

Patutlah muka lawa tapi masih single. Rupanya mengongkong tahap maksimum.

Kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal awek ini? Sebab aku ternampak awek tersebut pada hari Sabtu yang lepas. Dia tengah keluar dengan seorang lelaki yang betul-betul mengikut spesifikasi seperti di atas.

Tapi masa bulan puasa, aku pernah juga nampak dia keluar dengan lelaki lain. Lelaki itu pun memenuhi spesifikasi awek ini.

Adakah awek ini seorang playgirl? Ataupun balak yang keluar dengan dia masa bulan puasa itu dah tak dapat tahan dengan dia, putus dan dia dah couple dengan orang lain pula.

Entah. Biarlah. Aku pun malas nak tahu jawapan dari persoalan aku itu.

Sekian. Kisah perempuan dari neraka.

Monday, October 8, 2012

"Whistle" Itu Adalah "Burung Punai"

Salah seorang kawan aku, seorang awek, cukup suka lagu Whistle. Sesiapa yang tak tahu, lagu ini lagu nyanyian Flo Rida.

Aku sebenarnya tak pernah dengar lagu ini. Tapi awek ini selalu sangat nyanyikan lagu ini sambil bersiul-siul mengikut siulan dalam lagu Whistle tersebut.

Oleh disebabkan aku sudah lama tak dengar Hitz.FM, radio yang terlampau banyak mengeluarkan lagu Hip-Hop dan RnB yang membosankan, maka lagu ini sangat asing bagi aku.

Maka aku pun bertanya kepada awek tersebut.

"Tajuk lagu ni Whistle. Yang nyanyi lagu ni Flo Rida. Catchy lagu ni. Awak try dengar la."

Sebenarnya mood aku nak mendengar lagu ini sudah terbantut sikit bila aku tahu yang Flo Rida yang nyanyi lagu ini. Aku memang menyampah dengan lagu-lagu jenis bajet gangsta rapping ini.

Tapi kalau dibandingkan dengan Pitbull, aku lagi benci Pitbull. Kalau Flo Rida sama Pitbull ni jalan depan aku, aku akan lempang Pitbull dulu.

Maka bila aku balik rumah, aku pun carilah lagu tersebut dekat Youtube


Blow my whistle? Aku mula rasa semacam juga dengan lagu ini. Maka aku pun search lirik lagu ini.

Can you blow my whistle, baby?
Whistle, baby, let me know
Girl, I'm gonna show you how to do it
And we start real slow
You just put your lips together
And you come real close
Can you blow my whistle, baby?
Whistle, baby, here we go

Rupa-rupanya "whistle" yang dimaksudkan oleh Flo Rida dalam lagu ini ialah kemaluan beliau sendiri. "Blow my whistle" bermaksud "blow job-lah aku". Memang tak hairanlah sebab memang kebanyakan lagu Flo Rida memang banyak maksud double meaning (kebanyakan ataupun semua?).

Maka esoknya, aku pun bercerita pada awek tersebut makna lagu Whistle. Awek tu kemain marah dengan aku. Katanya aku berfikiran kotor sebab fikir lagu itu lucah.

Masalahnya, bukan aku yang berfikiran lucah. Dah si bangsat Flo Rida yang buat lagu lucah, aku pulak yang kena marah. Kalau tak percaya, korang boleh google semua lagu Flo Rida. Semua lagu dia ada bau seks.

Maka dengan ini, aku semakin benci dengan Flo Rida dan hip-hopers, rappers dan penyanyi RnB yang bajet macam power tapi buat lagu macam lahanat. Buat lagu lirik lucah, video klip penuh perempuan seksi, menunjukkan bling-bling. Ini  memang jenis artis celaka. 

Flo Rida kini masuk dalam senarai artis yang aku benci tahap maksimum.

Friday, October 5, 2012

Mak Cik Nasi Lemak Yang Urban

Biasanya, rutin aku bermula dengan bersarapan di kedai seorang brader yang menjual roti canai.

Tapi semenjak jadual kerja aku sudah berubah, aku dah tak sempat lagi bersarapan di kedai brader tersebut sebab brader tersebut akan kehabisan stok roti canai awal.

Jadi aku berubah tempat. Makan sarapan di kedai mak cik nasi lemak.

Salah satu sebab aku makan di sana adalah kedai mak cik ini mempunyai banyak pilihan. Bukan setakat nasi lemak, mee goreng, mee hoon, kuih dan pelbagai lagi makanan sarapan rutin orang Malaysia yang boleh menyebabkan kita mengantuk di pejabat kelak.

Mak cik nasi lemak ni berumur lebih kurang pertengahan 40'an, mengikut andaian akulah. Dia berniaga bersama dua anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki itu berkemungkinan berumur pertengahan 20'an. Yang perempuan awal 20'an.

Tengah aku makan, aku terdengar perbualan mak cik nasi lemak dengan anak perempuannya.

"Mak dah dapat ke lagu Malique dengan Black tu?"
"Puas mak cari lagu tu kat 4Shared, tapi tak dapat yang high quality punya. Semua radio record."

"Tak lama lagi, adalah orang upload yang high kualiti. Adik tengah cari episod baru How I Met Your Mother ni. Mak tau tak kat mana nak cari?"

"Adik bukak je website (aku dah lupa apa nama website yang mak cik ni cakap). Kat situ banyak jugak TV series lain kalau nak download."

Datanga nak lelakinya, sedang menyanyikan lagu rock kapak. Aku tak pasti lagu apa tapi jenis-jenis lagu Budak Kaca Mata, Scoin dan sewaktu dengannya.

Mak cik nasi lemak itu pun menegur anak lelakinya.

"Along ni, nyanyi la lagu yang best sikit. At least layan la Wings ke.. Search ke... Ini layan lagu rock mendayu-dayu, entah apa-apa entah."

Power jugak mak cik ni. Boleh dikatakan urban juga berbanding mak cik penjual nasi lemak lain yang pernah aku jumpa.

Semasa aku bayar duit nasi lemak pada mak cik tu, tergerak juga hati aku nak tanya satu soalan:

"Mak cik dengar lagu Cradle of Filth sama Dimmu Borgir tak?"

Tapi aku tak tanya sebab kalau macam tu jawab "Itu favorite band mak cik tu", mahu aku kena kejutan sepanjang hari.

Wednesday, September 26, 2012

Lagu Yang Selalu Aku Dengar #10: Dewa 19 - Kasidah Cinta


Segmen 'Lagu yang selalu aku dengar' ini merupakan segmen dimana aku akan memperkenalkan lagu-lagu dari era 80'an, 90'an dan awal era 2000'an (lingkungan tahun 2000 sehingga 2005) kepada generasi baru (Generasi Indie) yang aku rasa tidak pernah mendegar lagu-lagu ini.

Atau mungkin juga aku akan letak lagu-lagu baru, tetapi lagu-lagu ini jarang (atau tidak pernah langsung) diputarkan di radio-radio yang kamu dengar saban hari.

Selain itu, segment ini juga akan memberikan sedikit info tentang lagu yang dipilih seperti erti lirik lagu tersebut, bagaimana lagu tersebut dihasilkan, fakta menarik tentang lagu tersebut dan lain-lain.

===============


Sudah agak lama aku tak tulis segmen ini dalam blog. Kali terakhir aku tulis pada tahun lepas, 28 Disember 2011, lagu Avenged Sevenfold, So Far Away.

Jadi aku kembalikan semula segmen ini. Yeah!!

Setakat ini, aku belum pernah menampilkan lagu dari artis Malaysia dalam segmen ini. Memang sengaja aku buat begitu. Bagi saspen sikit. Aku akan keluarkan juga lagu tempatan nanti. 

Untuk kali ini, aku ingin mempersembahkan lagu dari salah sebuah band dari seberang, Dewa 19.


Dewa 19 - Kasidah Cinta

Dewa 19 merupakan salah sebuah band yang terkenal di Indonesia. Dewa 19 ditubuhkan pada 1986, semasa aku sendiri baru berumur 2 tahun.

Dewa 19 ditubuhkan oleh Ahmad Dhani. Seperti band-band lain, Dewa 19 juga tidak terkecuali dengan pertukaran ahli kumpulan. Hanya Ahmad Dhani dan Andra Ramadhan yang kekal sehinggalah band ini dibubarkan pada tahun 2011.

Lagu Kasidah Cinta diambil dari album ke-6 mereka, Cintailah Cinta. Album ini merupakan album kedua yang menampilkan Once sebagai penyanyi utama selepas menggantikan Ari Lasso.

Lagu ini tidak sepopular lagu Pupus, Satu, Roman Picisan, Kosong, Risalah Hati dan lain-lain lagu ini. Dan aku rasa lagu ini juga agak jarang (atau mungkin tidak) diputar oleh radio di Malaysia. 

Hanya peminat mereka yang membeli kaset dan CD Dewa 19 sahaja (atau para lanun yang mendownload) sahaja yang mendengar lagu ini. Ini pandangan akulah sebab ramai kawan-kawan aku yang tak pernah dengar lagu ini.

Kenapa aku suka lagu ini? Dengarkan lagu ini berserta liriknya:


Ku jatuh cinta kepadamu
Saat pertama bertemu
Salahkah aku terlalu mencintai
Dirimu yang tak mungkin mencintai aku
Oh Tuhan tolong

Aku langsung jatuh cinta... kepadamu
Cinta pada pandangan pertama
Cinta yang bisa merubah jalan
Hidupku jadi lebih berarti

Oh mungkin, hanya keajaiban Tuhan
Yang bisa jadikan Hambanya yang cantik
Menjadi milikku


Aku langsung jatuh cinta... kepadamu
Cinta pada pandangan pertama
Cinta yang bisa merubah jalan
Hidupku jadi lebih berarti


Aku bukanlah laki-laki
Yang mudah jatuh hatinya


Lirik lagu ini agak deep. Sangat mendalam. Dengan rentak muzik yang sangat perlahan dan relax, serta suara latar perempuan pada lagu ini, ia membuatkan lagu ini bagai membuai emosi apabila mendengarnya.

Fuh! Lain macam ayat aku ini.

Apa pun, sekarang Dewa 19 sudah tidak ada lagi. Mereka sudah berpecah.

"Saya memutuskan band Dewa itu adalah band nostalgia. Jadi kalau main itu dalam konteks reuni. Kalau pun membuat album lagi adalah dalam bentuk Dewa 19 band nostalgia."

Itulah kenyataan Ahmad Dhani tentang perpecahan band Dewa 19 selepas 25 tahun.

Walaupun band ini sudah tiada, tetapi lagu-lagunya tetap menarik untuk didengari dan mampu membuatkan jiwa melayang.

Fuh! Sekali lagi, lain macam ayat aku.

Monday, September 24, 2012

Terbang Ke Tanah Suci

Pada 19 September 2012, kedua ibu dan ayah aku selamat berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam ke-5, selepas tertangguh selama 2 tahun.

Bagi aku, ini satu momen yang besar dalam sejarah hidup keluarga aku, lebih-lebih lagi selepas satu dugaan besar menimpa keluarga aku 2 tahun lepas sehingga menyebabkan mereka berdua terpaksa menangguhkan hajat mereka selama 2 tahun.

2 tahun lepas, emak aku sakit. Aku ingat lagi, beberapa hari selepas final Piala Dunia 2010 yang menyaksikan Sepanyol menumbangkan Belanda di perlawanan akhir, ibu dan ayah aku pergi melakukan ujian kesihatan sebagai pengesahan untuk terbang ke tanah suci.

Tapi ketika itulah, doktor mengesahkan ibu aku tidak sihat dan tidak mendapat kebenaran untuk dilepaskan bagi menunaikan haji.

Dalam tempoh itu, aku membantu ayah aku menjaga ibu aku. Aku rasa sangat sedih melihat keadaan ibu aku. Hampir sahaja gugur air mata aku di hdapan ibu aku.

Tapi aku tahan. Tidak pernah sekali pun aku menangis dihadapan ibu aku. Aku cuba menggagahkan diri di hadapan ibu aku. Aku mahu nampak kuat dan memberi semangat kepada beliau. Kalau aku menangis dan menunjukkan rasa sedih di depan ibu, aku khuatir semangat ibu aku untuk menentang penyakit juga akan berkurangan.

Malam sebelum kedua orang tua aku berangkat ke tanah suci, mereka memanggil aku, abang aku, akak ipar aku & anak saudara aku masuk ke bilik. Mereka berdua meminta maaf dan memberikan sedikit ucapan yang agak penuh emosi. Tapi sekali lagi aku berjaya menahan air mata aku dari gugur.

Tapi pada hari ibu dan ayah aku mahu berangkat ke tanah suci di Lapangan Terbang Senai, aku tidak mampu lagi menahan air mata aku. Aku menangis semahunya.

Mungkin segala kesedihan yang aku bendung selama ini tidak dapat lagi tahan. Kesedihan selama 2 tahun itu akhirnya keluar. Biasanya, aku tidak menangis ketika orang lain menangis. Tapi kali ini, aku seorang pula yang menangis dikala semuanya mampu menahan air mata mereka.

Alhamdulillah, kedua orang tua ku selamat sampai ke tanah suci. Mereka berdua ada menelefon dan berSMS kepada abang aku dan aku. Mereka semua selamat.

Aku berharap ibu dan ayah selamat pergi dan selamat pulang dan dapat menunaikan haji yang mabrur.

Amin.....

Thursday, September 13, 2012

Cerita Dari Sudut Lain #7: Kisah Suami Isteri

Nazim & Jasmin merupakan sepasang suami isteri yang bahagia. 

Mereka sudah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun, dan semenjak itu mereka tidak pernah bertengkar. Mereka setia kepada pasangan masing-masing dan tidak pernah terfikir untuk mejalankan hubungan sulit di belakang pasangan masing-masing.

Mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Hanim namanya. Wajah Hanim saling tidak tumpah menyerupai Jasmin.

Nazim & Jasmin mendirikan rumah tangga ketika usia mereka berdua mencecah 25 tahun. Agak awal berbanding kawan-kawan mereka.

Kawan-kawan Jasmin kebanyakannya sudah mendirikan rumah tangga. Berlainan dengan kawan-kawan Nazim. Kebanyakan mereka masih belum berkahwin walaupun umur mereka sudah mencecah 30 tahun.

Jefri, Nassarudin dan Ismail, ketiga-tiga kawan baik Nazim semuanya belum berkahwin. Dan apabila belum berkahwin, mereka menjalan cara hidup seperti orang bujang. Melepak di kedai mamak sehingga larut malam adalah aktiviti utama mereka.

Nazim tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti kawan-kawan bujangnya.

"Bini kau tak marah ke kau lepak dengan kitorang ni?" Tanya Jefri.

Nazim cuma tersenyum.

Nazim beruntung kerana Jasmin selalu tidur awal setiap malam. Sampai sahaja pukul 10 malam, Jasmin pasti akan terus ke kamar untuk beradu. Sudahlah tidur awal, tidur mati pula. Jadi Nazim tiada masalah untuk bersiap dan keluar dari rumah pada pukul 10:30 malam. Nazim akan pulang dalam lingkungan pukul 3 pagi.

Aktiviti Nazim bersama kawan-kawan bujangnya tidak diketahui oleh Jasmin. Kalau ikutkan, Nazim tidak buat salah apa pun. Bukannya Nazim keluar bermain kayu tiga, cuma aktiviti melepaknya pada setiap malam itu sebenarnya kurang baik buat orang yang sudah berumah tangga.

Pada suatu malam, semasa Nazim keluar melepak dengan kawannya, Jasmin terbangun kerana sakit perut. Jasmin bangun pada pukul 12 tengah malam. Terkejut Jasmin apabila melihat Nazim tiada di sisinya. Jasmin mencari Nazim diseluruh pelosok rumah. Tiada.

Jasmin mula resah tetapi dia tidak mahu menelefon suaminya. Jasmin menyambung tidurnya.

Keesokannya, Jasmin bangun lagi pada pukul 12 tenga malam. Jasmin memasang alarm hand phone dan 2 jam locengn untuk memastikan dirinya yang tidur mati itu bangun pada waktu tersebut. Dan sekali lagi Nazim tiada. Jasmin melakukan rutin yang sama selama 10 hari berturut-turut.

Jasmin mula curiga. Akhirnya dia tidak dapat membendung lagi perasaan ingin tahunya. Dia perlu bertanya kepada suaminya sebelum perasaan syak itu menimbulkan persepsi negatif yang lebih buruk.

"Mana abang pergi tiap-tiap malam?" Jasmin memulakan perbualan di meja makan mereka ketika bersarapan.

Nazim sedikit tersentak. Tetapi dia cepat-cepat menenangkan dirinya.

"Pergi kemana pulak?" Nazim counter semula dengan satu lagi soalan. 

"Abang jangan buat-buat terkejut pulak. Abang pergi kemana? Tiap-tiap malam saya tengok abang hilang?"

"Pergi mana pulak ni?" Sekali lagi Nazim counter dengan soalannya. Soalan dibalas soalan. Sudah macam rancangan Super Spontan pula.

"Abang jangan buat tak tahu. Tiap-tiap malam saya bangun, tengok abang tak de pun."

Sekali lagi Nazim terkejut.

"Ah, sudah! Bukan bini aku ni jenis tidur mati ke?" Getus Nazim dalam hatinya.

Nazim mendiamkan diri. Nazim terus bersarapan tanpa menghiraukan isterinya dengan harapan isterinya berhenti menyoal siasat dirinya.

Jasmin memandang suaminya. Jasmin tahu suaminya sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Jasmin juga sedar yang suaminya tidak curang kepadanya kerana suaminya tidak mempunyai rupa paras yang tampan. Jauh sekali mempunyai harta yang banyak. Mustahil ada perempuan yang boleh tergoda dengan suaminya. Jasmin beranggapan suaminya beruntung kerana berjaya mengahwini dirinya yang cantik itu.

"Saya jumpa ada bekas lipstik dekat baju abang. Baik abang cakap, siapa perempuan yang abang jumpa tiap-tiap malam tu?"

Nazim terkejut dengan tuduhan tersebut. Dengan segera Nazim menepis tuduhan itu.

"Awak jangan pandai-pandai nak buat fitnah. Mana ada lipstik? Saya lepak dengan Jefri, Din dengan Mail la. Kalau tak percaya, awak tanyalah dia..."

Nazim menghentikan ayatnya. Jasmin tersenyum besar. Nazim sedar soalan isterinya tadi telah berjaya membuatkan dirinya membuka pekung sendiri.

"La... Cakap la keluar dengan diorang bertiga tu. Saya bukan nak marah pun." Kata Jasmin sambil tersenyum. Hatinya lega kerana kini dia tahu suaminya betul-betul tidak curang.

Maka mereka pun bersarapan dengan gembira.

Tuesday, September 11, 2012

Profile Picture


Ada orang tanya aku: 

"Kau ni laki ke, perempuan? Kenapa pakai gambar perempuan jadi profile picture dekat Facebook dengan Twitter?"


Aku jawab balik:

"Kau pakai gambar kereta jadi profile picture, aku tak tanya pun kau ni manusia ke, ataupun transformers?"


Pada sesiapa yang tidak berkawan dengan aku di Facebook dan tidak follow aku di Twitter, inilah gambar perempuan yang aku gunakan sebagai profile picture aku:



Perempuan itu ialah Natasha Calis, yang melakonkan watak Emily dalam filem The Possession. Nak kata aku minat sangat dengan filem ini, tidaklah jugak. Cuma aku suka gambar ini. Aku suka scene ini.

Mungkin aku boleh letak jadi header blog ini satu hari nanti. 

Wednesday, September 5, 2012

Perihal Bendera

Dari hari Merdeka yang lepas sampailah ke hari ini, orang sibuk bercerita tentang hal bendera. 

Bila ada sesetengah pihak mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa menyambut Hari Kemerdekaan yang lepas, mereka telah digelar sebagai pihak yang tidak menghormati Jalur Gemilang.

Sang Saka Malaya

Pihak yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ini pula adalah pihak yang ingin mengubah bendera Malaysia sekarang iatu Jalur Gemilang ke bendera tersebut. Motifnya? Aku sendiri tak pasti.

Sang Saka Malaya adalah bendera yang diinspirasikan dari bendera Indonesia, iaitu Sang Saka Merah Putih. Bagi aku, kalau kita gunakan Sang Saka Malaya, memang kita bakal jadi bahan lagilah dengan orang Indonesia. Memang confirm kita akan dibedal sebagai "Malingsia" sekali lagi.

Aku tak berapa pasti siapa pencipta Sang Saka Malaya ini. Aku sendiri tak tahu kewujudan Sang Saka Malaya ini. Aku bukan hebat sangat hal sejarah. Mungkin kamu boleh cari sendiri diinternet ataupun tanya kepada Fahmi Reza. 

Tapi bila ada pihak kata Sang Saka Malaya dikibarkan oleh pihak PUTERA-AMCJA, ini aku rasa salah. Setahu aku, PUTERA-AMCJA mengibarkan Bendera Rakyat (atau juga dikenali sebagai Bendera Merdeka Malaya) pada 10 Disember 1947. Macam aku katakan, aku memang tak tahu pasal Sang Saka Malaya. Tapi aku memang tahu tentang kewujudan Bendera Rakyat.

Bendera Rakyat

Tapi kalau kita gunakan Bendera Rakyat, ini tidak adil kepada Sabah dan Sarawak. Ini kerana hanya ada 12 bintang pada bendera tersebut yang mana pada masa itu mewakili semua 11 negeri di Semenanjung dan Singapura.

Ada yang kata, kita perlu ubah bendera Malaysia kerana ia menyerupai dan meniru bendera Amerika. Tapi sebenarnya, bendera Malaysia diinspirasikan dari bendera British East India Company ataupun selalu kita baca dalam buku teks sejarah sebagai Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Bendera Malaysia rekaanMohamed Hamzah.
Memang ada pengaruh bendera Johor

Bendera Malaysia menurut apa yang tertulis di dalam buku teks sejarah dihasilkan oleh Mohamed Hamzah, seorang jurutera yang bekerja di JKR Johor Bahru. Rekaan Mohamed Hamzah telah dipilih dalam satu pertandingan yang dianjurkan untuk mereka bendera Malaysia. Rekaan Mohamed Hamzah telah berjaya mengalahkan 372 yang lain dan diangkat sebagai pemenang.

Namun, ada fakta yang mengatakan rekaan Mohamed Hamzah tidak sama dengan bendera Malaysia sekarang. Rekaan Mohamed Hamzah adalah seperti dibawah:

Rekaan Mohamed Hamzah telah diubah dari segi warna dan juga pada bintang dari bintang 5 bucu kepada 11 bucu. Sekali imbas, kita nampak bendera rekaan Mohamed Hamzah menyerupai bendera Johor. Memang Johorian sejati saudara Mohamed Hamzah ini. Hidup Johor! Hidup Batu Pahat! eh?

Pihak yang berkenaan telah mengubahsuai bendera rekaan Mohamed Hamzah dan mengambil rekaan tersebut sebagai bendera rasmi Malaysia. 

Bendera Malaya: 11 jalur, 11 bucu bintang

Bezanya ketika itu, jalur yang ada pada bendera tersebut hanyalah 11, begitu juga bucu bintang yang juga hanya ada 11. bendera ini diubahsuai menjadi 14 jalur dan 14 bucu bintang pada 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak menyertai gagasan Malaysia.

Bendera Malaysia sekarang

Mohamed Hamzah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

Berbalik kepada topik asal, ada sesetengah pihak yang ingin menukarkan bendera Malaysia kerana ia menyerupai bendera Amerika. Memang betul. Kalau kau bawa bendera Malaysia pergi Iraq, nescaya kau akan kena tembak kerana mereka menyangkakan kau orang Amerika.

Tapi kalaulah betul nak mengubah bendera Malaysia, kenapa gunakan bendera lama? Kenapa tidak reka bendera yang baru sahaja kalau betul-betul dah tak nak guna Jalur Gemilang?

Bendera yang lama jadikan kenangan dan sejarah. bendera-bendera seperti Sang Saka Malaya dan Bendera Rakyat mempunyai nilai tersendiri. Eloklah jangan diguna pakai bendera tersebut supaya "sentimental value" bendera itu tidak hilang begitu sahaja.

Kalau betul-betul nak ubah bendera Malaysia, baik reka satu bendera baru yang original. Yang tidak meniru bendera lain. Yang tidak maling. Kata nak jadi lebih maju, kenalah guna benda baru.

Kalau nak guna sangat bendera lama, kenapa tak guna bendera di bawah ni? Yang ni baru olskool.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang digunakan
pada tahun 1896 sehingga 1950

Jadi, perlukah kita mengubah Jalur Gemilang? Itu kamu semua fikirkan sendiri. Aku ada banyak benda lagi yang perlu aku fikirkan. Lain orang, lain pendapat. Tapi kalau kerana hal bendera ini semua orang nak bergaduh sampai berpecah belah, memang banganglah.

Dan tidak dilupai, bendera UMNO pun menyerupai bendera Sang Saka Malaya dan Indonesia. Nama bendera UMNO ialah Sang Saka Bangsa.

Sang Saka Bangsa

Ini kalau ada orang buat propaganda dalam internet, mahu UMNO tukar bendera dengan segera. Macam isu orang samakan lambang Petronas dengan bendera PAS dulu. Hehehehehe...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 dan Selamat menyambut Hari Malaysia.

Wednesday, August 29, 2012

Memandu Kereta Dengan Budak Umur 6 Tahun Sebagai Penumpang

Hari itu, aku bawa kereta. Penumpang aku adalah ayah aku yang duduk di tempat duduk belakang dan anak saudara aku yang berumur 6 tahun yang duduk di tempat duduk hadapan.

Memang sudah menjadi kebiasaan, anak saudara aku akan duduk di tempat duduk hadapan kalau dia naik kereta aku.

Tengah aku bawa kereta, sampailah aku ke satu simpang. Simpang tersebut memang tiada trafic light, jadi aku pun terpaksalah menunggu sampai jalan betul-betul clear, baru aku boleh jalan. Kebetulan jalan tersebut memanglah sesak, jadi memang ambil masa sikitlah kalau nak keluar dari simpang itu.

Ada satu kereta dekat belakang sudah hon-hon aku. Tapi bukanlah lama sangat aku tersangkut dengan simpang itu. Tak sampai seminit pun. Tapi kereta belakang aku dah hon-hon aku macam aku dah tersangkut dekat situ sebulan dua pulak.

Aku pun memaki secara sendiri, "Sambarlah. Kereta banyak ni, celaka!"

Tiba-tiba anak saudara aku tanya, "Siapa yang celaka tu, uncle?"

Bapak aku dekat belakang dah bantai gelak. Aku memekakan diri, buat tak dengar dan tak berminat nak menjawab soalan anak saudara aku itu.

Pengajarannya, jangan mencarut ketika memandu bersama budak kecil atau anak-anak kamu. Kelak dia akan belajar segala carutan tersebut dari kamu.

Sekian.

Wednesday, August 15, 2012

Lagu Hari Raya Dari Artis Generasi Baru

Bila bercerita tentang lagu raya, lagu raya yang menjadi pilihan ramai biasanya ialah lagu raya lama. Kata orang, lagu raya lama lebih evergreen, lebih menyentuh perasaan, lebih menusuk kalbu, dan berbagai-bagai lebih lagilah.

Lagu raya baru agak sukar diterima masyarakat. Bukan langsung tiada lagu baru yang boleh diterima, tapi tak banyak.

Lagu raya baru yang menjadi kegemaran adalah lagu raya dari M.Nasir (Satu Hari Di Hari Raya & Salam Hari Raya), Siti Nurhaliza (Sesuci Lebaran), Awie dan Ziana Zain (Halaman Asmara, walaupun kadang aku rasa lagu ini bukan lagu raya), Amy Mastura (Setahun Sekali), Mamat Exist (Ku Pohon Restu Ayah Bonda) dan beberapa lagu lain.

Dan dalam tempoh 2-3 tahun yang lepas, beberapa artis generasi baru (yang popular melalui Youtube dan dari scene Indie) mula mengorak langkah dengan menghasilkan lagu raya dengan irama yang lain dari yang lain, iaitu irama yang lebih menyerupai melodi lagu yang sering mereka nyanyikan.


Ana Raffali mencuba nasib dengan menulis lagu rayanya sendiri. Masa pertama kali dengar lagu ini, aku tergelak juga. Ramai yang bagi komen negatif pada lagu ini. Bagi aku lagu ini bukanlah teruk sangat, cuma kurang aura raya nya sahaja.

Lagu ini agak jarang keluar di radio tahuin ini. Kalau kamu rasa mahu dengar lagu ini, boleh pergi berkunjung ke Tesco. Ana Raffali dipilih sebagai salah seorang duta Tesco untuk kempen hari raya mereka tahun ini.



Yuna juga ada mencuba nasib. Lagu yang memang kalau kita dengar minus-one lagu ini sahaja pun kita sudah boleh agak ini lagu Yuna.

Lagu Yuna ini lebih baik dari lagu Ana Raffali. Tapi tajuknya yang agak urban menyebabkan golongan old timer agak kurang menerima lagu ini.



Oleh kerana kebanyakan artis baru membuat lagu raya dengan mood yang happy, Bittersweet membuat kelainan dengan membuat lagu raya dengan mood yang agak sedih.

Lagu ini mengisahkan tentang anak-anak yang tidak pulang ke kampung semasa hari raya dan membiarkan ibu mereka menyambut hari raya berseorangan di kampung.


Manusia menjalin hubungan dan cita
Ditentu oleh Maha Esa Yang Maha Kuasa
Yang mencipta detik indah antara kita
Hati sedih hilang gembira jika tiada di pagi raya

Bilal melaungkan takbir
Langsung janji aku mungkir
Diriku tak hadir
Pabila syawal menjelang hari yang dahulu tenang
Kini semakin menghilang 
Harus ku tabahkan hati
Hadapi next Aidilfitri

Manusia menjalin hubungan dan cita
Ditentu oleh Maha Esa Yang Maha Kuasa
Yang mencipta detik indah antara kita
Hati sedih hilang gembira bila kau tiada di pagi raya

Bilal melaungkan takbir
Langsung janji aku mungkir
Diriku tak hadir
Pabila syawal menjelang hari yang dahulu tenang
Kini semakin menghilang 
Oh Tuhan tabahkan hatiku
Hadapi next Aidilfitri



Dengan rentak lagu yang berbunyi sedikit retro dan lirik yang boleh dikatakan agak mendalam, lagu ini antara lagu baru yang aku boleh terima.

Tapi part "Next Aidilfitri" memang potong sikitlah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog Warmness On The Soul. Aku ingin memohon maaf jika ada penulisan aku yang menyinggung perasaan para pembaca. Semoga hari raya ini memberikan seribu pengertian buat semua yang menyambutnya.

Monday, August 13, 2012

(Jiwa Sejuk) WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir


Ini adalah entri yang aku pernah publish pada tahun lepas, dan hari ini aku publish balik. Kira macam siaran ulangan yang selalu Astro buat. Astro yang selalu kamu bayar buat siaran ulangan pun kamu tak marah, tak kan blog yang kamu baca percuma ni kamu nak melenting pulak kan?

Jadi aku memperkenalkan segmen Jiwa Sejuk, di mana aku akan mem-publish-kan semula entri lama atas alasan: (1) Writer's block,  tiada bahan untuk ditaip atau aku agak sibuk (2) Entri ini ada kaitan dengan hari perayaan atau memperingati sesuatu kejadian (3) Ada idea tambahan yang timbul dan ingin aku selitkan kembali pada entri ini (4) Suka hati akulah nak publish balik entri lama, ini blog aku.

Tapi jangan risau, aku ubah sikit (atau banyak) entri ini berbanding yang lepas supaya orang yang pernah baca entri ini tidak rasa tertipu sangat dan lebih update dengan isu semasa.

==========


Hari ini, sudah 13 Ogos 2012. Ini juga bermakna kita sudah 24 hari berpuasa. Tinggal lagi 5 hari lagi untuk kita menyambut hari kemenangan buat semua umat Islam (yang berpuasa), iatu Hari Raya Aidilfitri.

Bahang untuk menyambut hari raya semakin dirasai. Kanak-kanak tidak sabar kerana mereka bakal menerima sejumlah duit raya. Sang isteri tak sabar mahu melihat rumah dengan perabot baru yang dibeli sempena hari raya, dan sang suami pula hilang sabar melihat dompet yang menipis menjelang raya.

Hari ini, mari kita lihat tanda-tanda yang kita akan nampak apabila hari raya semakin hampir. Biasanya tanda ini akan lebih jelas kita akan nampak pada hari Isnin yang akan datang ini.


WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Hari Raya Aidilfitri Semakin Hampir


10. Kita menerima kad raya/SMS raya

Kalau zaman dulu, menerima kad raya adalah sesuatu yang kebiasaan. Jumlah kad raya yang diterima akan menjadi ukuran tahap populariti seseorang. Semakin banyak, semakin kembang hidung.

Tapi di zaman moden ini, kad raya bukan satu benda yang relevan lagi. Kad raya kini diganti dengan SMS. Kadang-kadang jadi sesak juga. Bila terlampau banyak SMS diterima, inbox akan penuh. Kena jugalah delete SMS-SMS tersebut.


9. Berita budak putus jari akibat mercun buatan sendiri menghiasi dada akhbar (muka hadapan jika kamu baca Metro)

Yang ini aku paling tak faham. Tiap-tiap tahun akan keluar berita macam ini, tapi budak-budak macam tak belajar dari pengajaran. Bila sudah putus jari, baru buat muka kesian. Mintak simpati. 

Come on, kids. Jangan buat sesuatu yang budak tahun lepas gagal buat. Mercun buatan sendiri adalah suatu yang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak akan berjaya buat. Ingat pesan abang ini ya adik-adik sekalian!


8. Ops Sikap yang ke berapa juta entah akan dimulakan

Ops Sikap, suatu benda yang pasti kita akan dengar setiap tahun. Bukan setakat semasa hari raya, masa krismas, masa tahun Baru Cina, pun ada Ops Sikap.

Cuima aku kurang faham apa fungsi Ops Sikap. Adakah Ops Sikap adalah ops untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena hari kerayaan, ataupun ops untuk mengira berapa jumlah orang yang terkorban di jalan raya? 

Kerana setiap tahun, jumlah korban semakin meningkat, dan aku rasa definasi Ops Sikap lebih dekat dengan definasi mengira jumlah mangsa korban jalan raya dari mengurangkan jumlahnya.


7. Saf  Sembahyang Terawikh tinggal satu saf

Rasanya, aku tidak perlu menerangkan apakah sebab perkara ini terjadi? Semua orang pun tahu apa sebabnya bukan?

Makin lama, jemaah semakin malas. Jangan sampai tinggal imam dengan bilal saja yang buat terawikh pulak.


6. Jualan murah di sana-sini

Setiap kali musim perayaan, pasar raya akan mengambil kesempatan untuk membuat jualan murah. Tidak kiralah samada jualan murah yang betul, atau jualan murah yang memperdayakan pengguna.

Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang paling besar di sambut di Malaysia, promosi jualan murahnya juga kadangkala lebih unik sehingga menyebabkan Mak Besah yang sudah ada 7 pasang baju raya juga bakal turun untuk bertempur dalam promosi jualan murah tersebut


5. Lagu raya mula berkumandang di radio

Tidak terasa bahang hari raya tanpa kehadiran lagu raya. Kombinasi lagu raya lama yang masih evergreen sehingga sekarang dan lagu raya baru (yang banyak mengarut dari yang menarik). akan keudara di radio, menaikkan semangat kita untuk menyambut hari raya.

Dekat office aku, lagu raya sudah dipasang 2 hari sebelum puasa. Jadi, aku kini dalam fasa muak mendengar lagu raya. Aku sedang menunggu satu lagi benda muncul di kaca TV iaitu....


4. Iklan raya mula menghiasi kaca TV

Ya! Iklan raya! Setiap tahun, syarikat-syarikat di Malaysia akan berlumba-lumba mengeluarkan iklan raya yang menarik dan mampu meninggalkan mesej kepada penonton yang melihatnya.

Semenjak kemunculan iklan raya Petronas (yang mana kebanyakannya ialah hasil karya Arwah Yasmin Ahmad) yang menonjolkan iklan raya bermesej, syarikat-syarikat lain juga mula mengikut jejak langkah untuk membuat iklan yang mempunyai mesej juga.

Semenjak pemergian Yasmin Ahmad, iklan petronas sudah hilang "kick", dan semenjak itu, iklan raya TM bagaikan menjadi iklan raya terbaik menggantikan iklan Petronas.


3. Kawasan Jalan Masjid Jamek mula dipenuhi manusia secara maksimum, tidak kira hari berkerja atau hari cuti

Ini biasanya timbul bahana dari shopping raya last minute. Ada pro dan contra bagi yang bershopping last minute.

Contra, terpaksa bersesak dengan orang yang ramai dan kemungkinan stok pakaian yang ingin dibeli sudah habis.

Pro, barangan dia jual dengan harga yang murah. Jualan penghabisan stok. Lagi-lagi kuih raya yang kena lelong pada malam raya. Murah gila!


2. Banner Selamat Hari Raya berserta gambar wakil rakyat yang tidak pernah pun melawat kawasan mula digantung

Ini adalah perkara paling wajib dilakukan oleh ahli politik, tidak kira part kerajaan atau pembangkang, lakukan untuk membeli jiwa rakyat.

Teknik ini kadang-kadang bejaya membutakan mata rakyat. Walaupun wakil rakyat tersebut tidak pernah datang melawat kawasan, dengan hanya meletakkan banner tersebut, rakyat terus terpedaya dan berkata, "Bagus betul wakil rakyat kita. Sanggup buat banner dan gantung untuk tatapan rakyat marhaen macam kita ni."

Yeah, right!


1. Bila kita rasa duduk dekat office pun sudah tidak ada makna lagi

Kepala asyik ingat cuti, raya dan kampung. Dah tak de nak fikir pasal kerja lagi. Hari raya berjaya mengatasi semuanya, termasuk bebelan daripada boss anda.

=============

Ok. Sampai di sini sahaja. nak ucap Selamat Hari raya, macam awal lagi. Lain kalilah aku ucap.

Friday, August 10, 2012

Pemakaian Samping dan Kahwin


Kalau kamu nak percaya apa yang dia cakap, terpulanglah. Tapi bagi aku, inilah benda paling lawak pernah aku baca sepanjang aku bulan Ramadan.

Aku tak pastilah kalau ini memang betul-betul adat orang Melayu zaman dulu, tapi bagi aku benda ini memang dah tak boleh pakai.

Sekarang, semua orang nak berfesyen. Cara mereka pakai samping memang ikut suka sahaja. Dah tak mengikut adat lagi. Jangan tak percaya pulak bila aku kata ada sesetengah perempuan pakai tudung pun kerana fesyen, bukan sebab hukum agama (aku pernah jumpa orang macam ini).

Aku selalu pakai samping lepas dari lutut. Kenapa? Sebab samping aku agak besar. Tiada kena mengena samada dah kahwin atau bujang.

Tapi aku yakin, orang Melayu cepat percaya benda-benda macam ini. Kalau tidak, kenapa majalah mengarut macam Mastika laku dipasaran, dan kalau tidak kenapa entri tentang Hitler menyokong Islam dan budak beranak anak tikus lagu sahaja di share di Facebook satu masa dulu.

Aku yakin, semua kaum isteri akan perhati habis-habis cara pemakaian samping tahun ini.

Dan si suami boleh juga troll si isteri dengan memakai samping singkat di pagi raya tahun ini, lagi-lagi kalau si suami kena balik ke kampung si isteri tahun ini.

Wednesday, August 8, 2012

Soalan Yang Sering Kita Dengar Menjelang Hari Raya

Raya sudah semakin hampir. Hari Ahad minggu depan sudah pun raya. Rasa macam sekejap sahaja kita berpuasa (ayat klise).

Bila sudah hampir raya, pelbagai soalan keluar dari mulut masing-masing. Baju raya dah siap? Berapa hari cuti raya? Bila nak beraya rumah aku? Bila nak buat open house?

Berikut adalah beberapa soalan yang yang popular bila menjelang hari raya:


Baju raya warna apa tahun ni?

Biasanya soalan ini disoal oleh kaum wanita, kepada kaum wanita atau lelaki. Jarang rasanya kaum lelaki nak tanya soalan ini kepada kawan mereka. Ada tu, memang adalah lelaki tanya soalan ini. Tapi soalan ini biasanya dijadikan sebagai conversation starter dan mereka tak ambik serius dengan jawapan tersebut. 

Jika kaum wanita yang menyoal soalan ini, selepas mendapat jawapan mereka akan menyusul dengan soalan di bawah pula....


Berapa pasang baju raya tahun ni?

Soalan ini ditanyakan untuk memastikan berapa banyak baju raya kawan/pesaing mereka tempah. 

Si penyoal biasanya akan merasa sentap jika mereka rasa mereka sudah cukup banyak tempah baju, tapi tiba-tiba kawannya pula tempah lagi banyak.

"Aku tempah 5 pasang baju tahun ni. Kau tempah berapa pasang baju tahun ni, Esah?" Tanya Kamariah

"Tak banyak. 7 pasang saja."

Maka Kamariah pun rasa sentap dan terus berbuka puasa kerana terlampau sentap.


Berapa hari cuti raya tahun ni?

Biasanya, soalan ini ditanyakan kepada mereka yang berkerja di syarikat swasta dan bekerja dalam bidang operasi. Kerja kerajaan, confirm dapat cutilah (kecuali polis, askar dan sewaktu dengannya).

Kalau dengan pantasnya mereka menjawab soalan ini, maka memang confirm dia dapat cuti.

Tapi kalau mereka tidak menjawab soalan ini dan air muka mereka juga berubah, maka jangan tanya soalan yang sama kepada beliau. Kelak kamu bakal berbuka awal dengan kaki atau penumbuk beliau.


Raya tahun ni balik mana?

Kalau soalan ini ditanya kepada orang bujang, dengan mudah dia akan menjawab nama kampung halamannya.

Dan kalau ditanya kepada orang kahwin, ini bakal menjadi mood changer.

Jika suami dan isteri menggunakan sistem penggiliran yang betul, mungkin soalan ini mungkin tidak akan menjadi hal. 

Tapi jika sistem penggiliran telah korup dan dikhianati, dan si isteri asyik menggunakan perisai air mata untuk memujuk suami pulang beraya ke kampungnya buat kali ke-4 berturut-turut, maka soalan ini mungkin dibiarkan tanpa jawapan. Macam kau tak dapat jawap soalan matematik tambahan masa SPM dulu.


Dah tukar duit raya dengan duit baru tak?

Soalan yang agak popular tahun ini.

Umum semua sudah mengetahui yang Bank Negara ada mengeluarkan note duit kertas yang baru tahun ini. Dan ia dikeluarkan betul-betul hampir dengan waktu hari raya. 

Walaupun ramai yang complain yang duit baru ini seakan duit Saidina atau duit sembahyang cina (no offense), tapi masih ramai yang berebut nak kan duit baru.

Dan soalan ini menjadi agak hip sekarang, dimana semua orang berebut nak tukar duit baru. Kalau dapat duit kertas yang lama, rasa tak puas hati. 

Kadang aku pun rasa pelik, kenapa nak sangat duit baru? Sedangkan duit tersebut hendak diberikan kepada orang lain. Pelik sungguh manusia.

Okay. Aku mengaku. Aku pun nak juga duit baru. Aku dah mintak ayah aku tukarkan dah. Hehehe....


Puasa cukup ke tak?

Soalan ini biasanya ditanyakan oleh golongan ayah, pak cik dan atok kepada anak, cucu dan cicitnya yang masih kecil, dalam lingkungan umur sekolah rendah.

Soalan ini ditanya sebagai gurauan. Pernah dengar ayat "kalau puasa tak penuh tak boleh raya" atau "Tak cukup puasa, tak dapat duit raya."? Jadi soalan ini lebih kepada gurauan kepada anak-anak kecil ini.

Tapi jika umur kamu sudah lebih 20 tahun dan mak ayah kamu tanya soalan ini dengan muka serius, kamu memang mempunyai rekod puasa tidak penuh walaupun sudah tua bangka dan masih tidak boleh membeli kepercayaan ibubapa kamu.

Macam mana mak ayah kamu nak percaya kalau tiap kali kamu mandi, mereka asyik terdengar bunyi orang tersedak minum air dalam bilik air setiap kali kamu mandi. Air paip pun jadilah.

Cukup sampai di sini buat masa ini. Aku penat nak menaip panjang-panjang. Maklumlah, puasa kan. Selamat berbuka puasa kepada kawan-kawan yang berpuasa.

Kalau tak dapat cuti raya, anggaplah ia sebagai cubaan....

Friday, August 3, 2012

Aku dan Duit Raya

Duit Raya

Tahun ini merupakan tahun kedua aku tidak akan menerima duit raya. Malahan, tahun ini merupakan tahun kedua aku terpaksa mengeluarkan duit raya.

Tahun lepas, aku tak bagi banyak duit raya untuk sepupu aku. Kalau tak salah, seorang dapat RM5 sahaja. Ke RM 3 ya? Gila apa nak bagi banyak-banyak, aku baru 2 bulan kerja masa tu. Lagipun, budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak.

Tahun ni mungkin ada peningkatan sikit dari jumlah duit raya yang aku bagi. Tapi tidaklah banyak sangat pun. Almaklumlah, aku kena simpan duit juga, nak kahwin (bila aku dah jumpa calon yang sesuailah). Harap para sepupu semua memahami. Korang jugak yang selalu tanya bila aku nak kahwin kan?


Duit Baru

Sekarang ini sibuk juga orang bercerita pasal duit baru. Semua berebut nak duit baru untuk dijadikan duit raya.

Apa faedah kau beratur berjam-jam nak tukar duit raya, nak dapatkan duit baru tapi lepas tu kau bagi pada orang lain? Lainlah kau nak frame duit baru itu.

Setakat ini aku dah tengok note baru untuk RM1, RM5, RM 10 dan RM 20. Duit nilai yang lebih besar, aku belum pernah tengok.

Ramai juga yang complain pasal duit baru ini. Ada yang kata macam duit Saidina lah. Ada yang kata macam duit yang orang cina guna untuk sembahyang lah.

Bagi aku, rupa duit itu tak penting. Yang penting, aku boleh buat bayar beli murtabak dekat Bazar Ramadhan.


Collection Duit Raya

Collection duit raya paling banyak aku pernah dapat ialah RM 700 lebih. Tahun bila, itu aku tak ingat. Dan kemana arah tuju duit raya itu pun aku dah tak berapa nak ingat.

Ada sekali kawan aku kata, dia pernah collect duit raya sampai RM 2,000 lebih.

Terkejut juga aku. Aku tanya balik, macam mana dia boleh dapat duit raya banyak-banyak.

Jawapan dia mudah:

"Dari saudara mara, aku dapat dalam RM 800 lebih. Yang lain-lain tu, aku beraya rumah orang."

"Dan aku bukan setakat beraya dekat Batu Pahat je. Aku pergi Muar, Kluang, Segamat bagai. Pergi ramai-ramai dengan adik beradik aku dan sepupu. Tu yang dapata banyak tu."

Inilah yang dikatakan opportunistic. Memanupulasikan hari raya untuk mendapat keuntungan besar. Lebih hebat dari MLM ni.

Monday, July 30, 2012

Membaca Cacian Diri Sendiri




Mereka semua memang tabah.

Masih mampu membaca cacian tentang diri mereka sendiri di khalayak ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...