Belilah Novel Aku!!!!

Friday, January 6, 2012

Bercuti Ke Cameron Highland Bersama Arwah Emak

Seperti biasa, sessi kerja aku akan dimulakan dengan sessi sarapan bersama maintenance.

Satu sebab kenapa aku suka lepak dengan kumpulan maintenance adalah mereka semua memang jenis ‘kepala masuk air’ dan tak pernah bercerita hal-hal pekerjaan semasa waktu makan. Aku tak berapa gemar dengan beberapa orang office aku yang masa waktu makan pun, nak bercerita hal-hal kerja. Come on lah! Give it a rest.

Biasanya, ada 2-3 orang maintenance yang akan turut serta dalam sessi sarapan.

Minggu lepas, aku agak lambat sampai ke lokasi sarapan. Masa aku sampai, ada seorang lelaki yang aku tidak kenali duduk makan bersama para maintenance tersebut. Aku tak pernah nampak lelaki tersebut.

Aku salam semua orang yang berada di meja, termasuk lelaki yang aku tidak kenali itu. Kita namakan lelaki tersebut Bob untuk memudahkan penceritaan.

Sebaik sahaja duduk, aku terus memesan teh tarik pada mamak dan membuka bungkusan Nasi Lemak Tawaf yang aku beli. Semasa aku menyuap nasi lemak, Bob pun memulakan perbualan.

“Kau tau tak, cuti sekolah dekat Nepal lain dengan cuti sekolah dekat Malaysia. Malaysia tengah cuti sekarang, tapi Nepal tak. Diorang cuti sekolah start bulan Januari.”

Aku dah mula rasa pelik. Kenapa pula dia nak bercerita pasal cuti sekolah dekat Nepal? Lagipun, memanglah cuti sekolah di setiap negara dalam dunia berlainan.

Maintenance yang lain hanya sekadar mengangguk.

Wan, salah seorang maintenance, tiba-tiba bersuara dan menceritakan rancangan dia yang nak ke Cameron Highland minggu depan. Dan Bob pun terus menyampuk.

“Cuti-cuti sekolah ni, ramai orang pergi Cameron Highland tu. Minggu lepas aku pergi dengan arwah mak aku. Penuh tempat tu.”

Nak tersembur nasi dalam mulut aku. Pergi dengan arwah mak? What the hell? Bob ni pandai seru roh orang mati ke? Dia ada sixth sense ke?

5 minit kemudian, telefon Bob berbunyi. Bob menjawab dan terus bergegas. “Boss aku call. Kantol pulak aku tak bukak kedai lagi.”

Bob meletakkan duit dan terus bergegas pergi. Aku memandang ke arah maintenance lain dan bertanya:

“Kau perasan tak apa si Bob tu cakap tadi? Dia kata dia pergi Cameron Highland dengan arwah mak dia? Biar betul? Dia ni keturunan bomoh ke? Boleh main seru-seru roh orang mati?”

“Dia tu memang wayar short sikit. Sebab tu suka cakap benda merapu.” Jawab Zul, salah seorang maintenance yang ada di meja makan itu.

Lega sikit aku mendengar penjelasan Zul. Takut juga aku kalau dia betul-betul keturunan bomoh, tak pasal-pasal kena bomoh kalau terbuat silap dengan dia.

“Tapi seronok juga tengok muka hang gabra bila dia kata pasal arwah mak dia. Takut juga kau ya?” Sambung Zul dan terus disusuli oleh gelak Wan.

Celaka! Terkena aku.

“Tu kau belum dengar kisah dia beraduh. Dia sorang, boleh kalahkan 20 orang siap bawak parang.” Sambung Wan pula.

Memang dashyat certa si Bob ni. Mulai sekarang, aku akan menggelarkan dia sebagai penglipulara. Bosan-bosan, boleh panggil dia. Boleh juga dengar cerita mengarut dia untuk menghibur hati.

2 comments:

@fatihamin said...

Haha..amat menarik klu ada kwn cm ni

Amirul (aremierulez) said...

fathamin
Menarik apanya. Sakit jiwa dengar temberang dia tiap-tiap pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...