Belilah Novel Aku!!!!

Monday, January 30, 2012

Evolusi Penyanyi Wanita

Sesiapa yang sebaya (atau tua sikit. Atau muda sikit) dengan aku mesti masih ingat lagi penampilan pertama Britney Spears di arena hiburan.

Single pertama Britney, ...Baby One More Time, yang membuat debut pada 30 September 1998 (aku baru tingkatan 2) telah berjaya mencuri perhatian ramai, lagi-lagi dengan video klipnya yang bertemakan sekolah. Pedophile alert! Lagu ini berjaya menduduki tangga pertama Carta Billboard dan carta lagu lain di seluruh dunia.


Britney kemudian me-release-kan beberapa single lain seperti Sometimes, (You Drive Me) Crazy dan  Born To Make You Happy. Semua single Britney meletup dipasaran mainstream dan dalam sekelip mata menjadi pujaan peminat diseluruh dunia. Britney tampil dengan imej perempuan baik ataupun dengan gelaran goody good girl ketika ini.

Britney Spears kemudiannya melancarkan album keduanya pada Mei 2000 dan masih mengekalkan imej goody good girl-nya. Single Oops..! I Did It Again, Lucky dan Stronger menjadi antara lagu sandaran Britney Spears.

Kemudian, Britney Spears membuat satu kejutan. Britney muncul dengan video klip yang agak seksi dan lebih berani, Don't Let Me Be The Last To Know, yang menampilkan Britney dalam pakaian yang seksi dan dipenuhi scene bercium dan aksi mengghairahkan bersama model dalam video klip tersebut. Video ini menimbulkan kontroversi kerana kebanyakan pihak terkejut Britney yang selama ini menonjolkan imej goody good girl boleh merakam video klip sebegini.


Dan video klip ini menjadi katalis buat Britney untuk menonjol dengan imej lebih seksi dan membuang unsur-unsur goody good girl dalam dirinya. Britney mula berani merakamkan video klip yang lebih seksi seperti I'm a Slave 4 U, Toxic, Everytime, Gimme More dan banyak lagi.

Bukan dalam video klip sahaja, malahan Britney juga mula mengubah cara dia berpakaian menjadi lebih seksi dan mula terjebak dengan kehidupan berparti dan yamseng sampai mabuk sehingga membuatkan beliau karier beliau hampir berkubur. Itulah serba ringkas sejarah hidup Britney Spears, dari perwatakan goody good girl menjadi perwatakan sexy bitch.

Sama juga sepeti Christina Aguilera. Bermula dengan imej goody good girl dengan video Genie in a Bottle sebelum menukar kepada imej lebih seksi dalam video Dirty.



Dan sekarang giliran Rihanna pula mula berubah imej. Dari imej bersih dalam video klip Pon de Replay sehinggalah dia berubah imej menjadi seksi dalam video klip Umbrella. Lagu Umbrella dipetik dari album ketiga beliau, Good Girl Gone Bad. Mungkin tajuk album itu sudah pun menunjukkan hint yang dia bakal berubah imej.

Miley Cyrus juga cuba mengubah imej dari goody good girl kepada sexy bitch, tapi nampaknya kurang menjadi. Mungkin beliau masih terlampau muda ketika dia mengubah imejnya (18 tahun) dan mungkin juga lagunya yang gagal menjadi hit di corong radio.

Jadi persoalannya, adakah penyanyi perempuan perlu berubah dari imej goody good girl kepada sexy bitch untuk bertahan lama dalam industri?

Ataupun mereka mengubah imej mereka kerana mereka rasa mereka sudah dewasa dan boleh melakukan apa sahaja dan tak mahu dikongkong dengan imej perempuan baik supaya boleh berparti sakan tanpa rasa bersalah?

Ataupun mereka sudah bosan melayani peminat remaja mereka dan mahu mengsasarkan muzik mereka kepada peminat yang lebih dewasa?

Sekarang, tinggal Taylor Swift dan Selena Gomez yang masih mengekalkan imej goody good girl (tetapi Selena Gomez sudah mula terlibat dalam beberapa photoshoot sexy). Adakah mereka berdua akan bertahan atau mengikut jejak mereka yang lain?

7 comments:

una berry said...

aku suka britney spears

tang miley cyrus tu memang tak jadi
jadi rupa hape tah
baik stay terus jadi hannah montana

Amirul (aremierulez) said...

una berry:
At least lagu Britney Speras ni masih boleh di dengar la. Tapi lagu masa dulu la... Lagu sekarang pun dah kureng

Lagu Miley Cyrus masa dia nak jadi sexy bitch ni hancus terus

h A n Y S said...

Aku x penah minat britney sbb suara dia tak sedap. Selena dah nampak taring dia utk jd sexy bitch la,. :D

ReDiculousLy said...

aku minat britney masa dia mula2 meletup dulu....aku suka tgk dia kapel dgn justin...then pas dia brubah imej terus kurang minat...

aku rasa budaya western ni yg menyebabkan dorg jd cmtu...hanya geek dan nerd jek yg bleh stay innocent...

Amirul (aremierulez) said...

Hanys:
Kalau dari seg isuara, suara Christina Aguilera lagi mantap

ReDiculously:
Maybe. Tapi aku lebih rasa yang diorang ni hanyut dalam kehidupan glamor

feruz8 said...

Bro ko lupe nak tambah satu name : Jewel. Mula2 mase die naik dengan single "You Were Meant For Me" aku rase die sangat sweet,lame-lame dier makin seksi gak.
Pade aku penyanyi pompuan yg asalnya nampak baik then jadi liar ni ialah "beauty but bimbo". Nampak sangat diorg hanyut dengan glamor,duit,dan maybe dadah.
Harap Taylor Swift,Adele dan Colbie Caillat tak seksi macam artis2 bimbo yg lain(aku rase Adele takkan tampil seksi,muntah semua orang kang).

Amirul (aremierulez) said...

Feruz8:
Yes! Aku lupa pulok dengan Jewel. Start dia nyanyi lagu Intuition, terus jadi seksi satu macam. Thanks sebab ingatkan bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...