Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, January 25, 2012

Kita dan Politik


Bagi aku, video ini menerangkan kenapa kebanyakan rakyat Malaysia kini "Don't give a fuck" dengan scene politik di Malaysia.

Bila kamu jumpa orang yang dah malas nak ambil tahu pasal politik Malaysia, mereka bukannya jenis lalang, bukannya jenis nak ambil tahu hal hiburan tapi tak nak menjenguk hal politik, cuma kebanyakannya sudah letih dengan politik di Malaysia.

Dua-dua pihak asyik bertelagah. Tak pernah nak senyap sekejap. Kedua-dua belah puak asyik nak mencari kelemahan lawan. Asyik nak memaki lawan. Asyik nak memfitnah lawan. Bukannya nak berusaha membantu rakyat.

Sepatutnya tugas pemerintah, tak kiralah kerajaan atau pembangkang, adalah meletakkan keutamaan kepada rakyat. Bukan meracuni akal rakyat supaya dijadikan boneka untuk semata-mata mengundi mereka semasa pilihan raya nanti.

Sampai satu tahap, politik Malaysia bakal menjadi bahan jenaka rakyat. Bukan setakat rakyat Malaysia sahaja, tapi juga di mata dunia.

2 comments:

Mat Som said...

Saya setuju sangat dgn pendapat anda.
Memang dah tahap meluat, lagi2 baca komen2 manusia yg tak bertamadun di Malaysiakini tu. Dua puak yg terus bergaduh sampai Qiamat.

Amirul (aremierulez) said...

Mat som

Tu la. Fanatic Politik tu satu Hal jugak. Nail menyampah pulak dengan diorang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...