Belilah Novel Aku!!!!

Monday, January 16, 2012

Lelaki dan Poligami

Baru-baru ini, ada seorang rakan sekerja aku, seorang perempuan, menceritakan hal peribadinya. Tentang hal perkahwinan dan rumah tangganya.

Sebenarnya dia bukan meluahkan pada aku. Dia meluahkan perasaan kepada orang lain, tetapi kerana ruang pejabat aku yang kecil dan terbuka menyebabkan aku dan yang lain-lain turut mendengar kisah rakan sekerja aku ini.

Kisahnya, suami rakan sekerja aku ini mula mengabaikannya semenjak 3-4 bulan kebelakangan ini. Dan bertegur sapa, tak bertanya khabar dan langsung tak menyentuh kawan aku ini. Setelah sekian lama, barulah tembelang si suami pecah. Rupanya, suaminya punya kekasih lain dan akan memperisterikan perempuan tersebut dalam masa terdekat.

Dengan kata lain, rakan sekerja aku ini bakal dimadukan. Suaminya bakal berpoligami.

Ini bukan kali pertama aku mendengar hal ini. Sudah banyak kali. Tapi tak melibatkan rakan sebaya akulah. Kebanyakan berlaku kepada mak ayah merekalah.

Berbalik kepada kes rakan sekerja aku, aku rasa tindakan si suami adalah salah sama sekali. Kalau kau nak bermadu, kau layanlah isteri kau dengan elok. Lepas tu, cakap dengan isteri kau elok-elok yang kau nak bermadu.

Ini belum bermadu lagi, kau dah tinggalkan isteri kau. Kau dah layan buruk isteri kau. Belum bermadu lagi, kau sudah timbulkan perasaan benci isteri kau pada kau dan madu kau. Belum bermadu lagi, kau sudah timbulkan perasaan benci anak-anak kau pada kau dan madu kau. 

Cukup bercerita tentang kawan sekerja aku itu. Sekarang kita fokuskan kisah poligami secara umum.

Kenapa Nabi Muhammad S.A.W. berpoligami? Sebab utama Nabi Muhammad S.A.W. berpoligami adalah kerana ingin membantu wanita-wanita yang kehilangan suaminya dalam peperangan.

Kenapa lelaki sekarang berpoligami? Kerana kebanyakannya gatal pelir.

Kebanyakan yang berpoligami sekarang sebab masing-masing pantang nampak perempuan muda lawa sikit. Sebenarnya tak salah pun kalau kau nak berpoligami dan kau kahwin dengan perempuan muda, tak salah pun dari segi hukum agama. Cuma yang salahnya bila kau mula mengabaikan tanggungjawab kau kepada keluarga isteri pertama kau.

Kebanyakan lelaki yang kahwin lebih cenderung untuk memilih perempuan yang muda. Bukan. Lebih muda. Bukan. Jauh lebih muda. Kadang-kadang, umur perempuan pilihan tersebut dah sebaya atau lebih muda dari umur anak mereka sendiri.

Perempuan ni pulak, bila sudah dapat suami yang sebaya dengan bapak mereka, dia punya mengada-ngada memang macam anak dengan ayahlah. Mintak itu, mintak ini. Hasut suami abaikan isteri yang pertama. Yang suami pulak, senang saja ikut kata bini kedua.

Bila perkara-perkara macam ini terjadi, yang menderita bukan setakat isteri pertama, tapi anak-anak juga menjadi mangsa. Duit belanja anak memang tak dibagi lagi, anak-anak menderita. Pergi sekolah dengan poket kosong. Tengok kawan-kawan makan, tapi nak makan tak mampu.

Inilah delima yang melanda isteri pertama dan anak-anak. Mereka akan terbiar oleh suami mereka.

Memang tak semua macam tu. Ada juga yang menjaga semua isteri dengan anak-anak dengan baik. Tapi jenis laki yang bila dah dapat bini muda, bini tua ditinggal-tinggalkan ini yang merosakan institusi perkahwinan dan poligami.

kebanyakan kawan-kawan aku yang ayahnya berpoligami mengalami masalah yang aku tulis di atas. Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang tak sedar diri. Isteri pertama pun tak tertanggung, boleh pulak gatal pelir kahwin satu lagi.

Kesimpulannya, kalau kau betul-betul kaya, mampu tanggung semua isteri dan anak-anak kau dan mampu berlaku adil, barulah kau boleh pasang angan-angan nak berpoligami. Kalau duit makan pun cukup makan untuk makan nasi sama kicap, lupakan sajalah.

Berlaku adil... Itulah masalah lelaki yang berpoligami ini. Mungkin kau ada duit berlambak-lambak untuk tujuh keturunan kau yang mampu tanggung semua isteri dan anak-anak kau. Tapi nak berlaku adil inilah yang biasanya sukar dilakukan oleh para suami yang berpoligami.

OK. Cukuplah disini. Nak cerita banyak-banyak pun, aku belum kahwin. Cuma ada beberapa benda yang aku nak nasihatkan pada suami yang kemaruk sangat nak berpoligami ini:

(1) Pastikan kamu berkemampuan dari segi kewangan untuk menanggung semua isteri dan anak-anak kau. Kalau setakat duit ngam-ngam, tak payah bermimpi.

(2) Dan pastikan juga kamu berkemampuan dari segi 'nafkah batin'. Malam isnin kena layan isteri pertama. Malam Selasa kena layan isteri kedua. Malam Rabu kena layan isteri ketiga. Malam Khamis kena layan isteri keempat. Lutut tu cukup kuat ke nak melayan semua?

(3) Kalau nak berpoligami, pastikan kamu bagitahu isteri pertama. Jangan kahwin sorok-sorok. Mungkin kau boleh sorok selamanya. Tapi bila kau meninggal dulu, ini akan melibatkan isteri dan anak-anak akan berebut harta pusaka. Lagi-lagi bila kau rahsiakan kewujudan isteri kedua. Mesti isteri pertama kau tak akan percaya cakap-cakap isteri kedua kau. Tak pasal-pasal isteri kedua dan anak-anak melopong tak dapat satu sen pun.

OK. Cukup sampai di sini. Bab-bab nasihat dari segi agama, aku tak berani nak bagi. Aku bukan ahli agamawan. Kalau salah cakap, habis aku kena serang dengan orang. Kalau nak nasihat dari segi agama tentang poligami, sila rujuk kepada yang boleh dipercayai.

7 comments:

pinyu pjah said...

lagi haru bila hampir2 nak sakaratul maut..anak branak bini muda vs bini tua gaduh rebut harta..time ni aku posting kat ward geriatrik masa aku jd student dulu..
kesian pakcik tu..ending2 meninggal kat ward tanpa sesapa yng teman..

Joey said...

lol. dcck sangat entry kau kali ini.

eh. rupanya ko keja kafu ek?

I was there three years ago. Selalu makan kat kafeteria kafu tu.

p/s tiada kaitan komen dengan entri kau. matilaa

Amirul (aremierulez) said...

Pijah:
Fuh! Tu lagi sedih. Detik akhir kehidupan cuma dapat tengok anak bini bertelagah

Joey:
dcck ke tu ape jadah?

Kau lepak Carrefour mana?

h A n Y S said...

Da beberapa kes mcm ni jgk jd depan mata aku, ada yg dah bercucu, kawen lg, ya, kalu adil, fine teruskn, tapi, slaluu je kata duit tak cukup pd 1st wife, yg 2nd wife, dibaginya kad kredit.. Ada lain, dah tau laki tu dah ada isteri, lg dilayan 'kegatalan' laki tu, sama2 miang.. Kesiannya kat anak2 yg stil kecik..bila ayah slalu tak balik.. Sedih tengok..

Tak boleh jgk kalu nk kata"dah jodoh nak buat mcm mana", sbb aku penah dgr sorang ustazah cakap, jangan salahkan takdir, kalu boleh elak, elaaak lah..hm..

P/s: harap sape2 yg jd laki aku esok x mcm ni..takot, sbb dah tgk bbrp kes mcm ni depan mata, huhu

Amirul (aremierulez) said...

Hanys:
Tu la. Mungkin lelaki tu mampu nak tanggung dua-dua, tapi nak bagi seadil-adilnya tu yang biasanya si suami fail nak buat tu

Joey said...

ko nak tau apa tu dcck?

klue : sila beli utusan mingguan. Selak sisipan pancaindera. Mesti ko tau apa maksud dcck.

aku maksudkan kafu subang jaya :)

Amirul (aremierulez) said...

Joey:
Damn! Aku mana beli Utusan.

Aku kerja kat Kafu Sri Petaling, Kota Damansara & Tropicana City Mall. Kafu Subang tu aku datang masa meeting je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...