Belilah Novel Aku!!!!

Friday, January 20, 2012

Movie Marathon: Contraband & Underworld: Awakening

Berlalu sudah 2011, kini tiba pula 2012. Tahun 2012 aku tetap meneruskan hobi aku dengan menjalankan aktiviti movie marathon.

Untuk sessi movie marathon pertama dalam tahun 2012, aku memilih untuk menonton Contraband dan Underworld: Awakening.


Contraband


Kalau diterjemahkan tajuk filem ini dalam bahasa kebangsaan, kita sudah tahu yang filem ini bertemakan penyeludupan.

Contraband mengisahkan tentang Chris Farraday (Mark Wahlberg), seorang penyeludup hebat tak ingat, telah bersara selepas beliau berkeluarga dan ayahnya dipenjarakan atas kesalahan menyeludup. Chris telah berkahwin dengan isterinya, Kate Farraday (Kate Beckinsale), dikurniakan 2 cahaya mata. Chris telah menjalankan perniagaan memasang penggera keselamatan, agak ironi disitu.

Chris yang sudah insaf terpaksa menjalankan penyeludupan sekali lagi apabila adik iparnya, Andy (Caleb Landry Jones), telah membuat taik apabila gagal menyeludup dadah dengan selamat. Boss Andy, Tim Briggs (Giovanni Ribisi), tealh memukul Andy dan menyuruh beliau membayar ganti rugi dan jika tidak, keluarga Andy akan turut terjebak.

Oleh kerana jumlah yang dituntut oleh Tim terlampau mahal, Chris tidak punya pilihan selain terpaksa menyeludup duit palsu dari Panama. Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh Chris ketika ingin menyeludup duit palsu ini sehinggakan dia terpaksa melibatkan diri dalam satu rompakan di Panama City. Malahan, dia terpaksa menyeludup benda lain bersama dengan duit palsu tersebut untuk memastikan keluarganya selamat.

Malahan, semasa Chris berada di atas kapal dan di Panama City, Tim berulang kali datang dan mengganggu isteri Chris yang berada di rumah sehinggakan Tim mencederakan isterinya.

Dapatkah Chris menyeludup duit palsu tersebut dengan selamat? Adakah dia berjaya menyelamatkan keluarganya dari gangguan Tim Briggs? Adakah aku kacak orangnya? Eh?


Apa yang aku suka dengan filem ini:

1. Filem ini bertemakan penyeludupan. Bila penyeludupan, ia akan melibatkan rancangan yang teliti dan kelicikan diluar dugaan. Aku suka filem yang bertemakan seperti ini.

2. Filem ini bukanlah filem action 100% (Kalau dari segi penilaian Putin, bukanlah filem action 140%) kerana ia lebih menitikberatkan kelicikan penyeludupan. Malahan, hero cerita ini tidak terlibat banyak dalam scene pergaduhan dan tembak menembak dalam filem ini.

3. Ada banyak rintangan yang berlaku ketika penyeludupan dijalankan menyebabkan hero dan kawan-kawannya terpaksa improvise rancangan mereka dan melibatkan ke jalan cerita yang lain.


Apa yang aku kurang suka dengan filem ini:

1. Ada beberapa bahagian plot dalam cerita ini agak berjalan dengan agak perlahan.


Pengajaran dari filem ini:

1. Sekali anda sudah terjebak dengan dunia jenayah, pasti sukar untuk lari begitu sahaja walaupun anda sudah cuci tangan dah bertaubat nasuha. Pasti akan datang satu masa yang akan menyebabkan anda kembali terjebak kembali dalam dunia jenayah.

2. Janagn percayakan kawan yang alcoholic ataupun masih dalam tempoh rehab dari ketagihan tersebut.

3. Family is everything. Walau apa pun yang terjadi, seorang suami pasti akan melakukan apa sahaja untuk isteri dan anak-anak.


Bagi aku, filem ini agak bagus. Tapi seperti yang aku ingatkan, jangan harapkan filem ini penuh dengan aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk sepanjang masa kerana ia lebih berteraskan kepada skill meneyeludup dan kelicikan hero melepaskan diri dan penjenayah dan kastam.


Underworld: Awakening


Jika dalam Contraband, Kate Beckinsale adalah seroang isteri yang berambut blonde dan tak mampu melindungi dirinya dan mengharapkan perlindungan dari suaminya.

Berlainan dengan wataknya dalam Underworld: Awakening, Kate Beckinsale adalah seorang wanita berambut hitam yang mampu membunuh siapa sahaja yang menjadi penghalangnya. Dia tidak perlukan perlindungan dari siapa-siapa, tetapi orang yang meminta perlindungan dari dia.

Underworld: Awakening merupakan franchise ke-4 dalam siri filem Underworld selepas filem pertamanya, Underworld yang ditayangkan pada tahun 2003, Underworld: Evolution (2006) dan Underworld: Rise of The Lycans (2009).

Kate Beckinsale kembali memegang watak Selene, selepas watak beliau tiada dalam filem ketiga (Underworld: Rise of The Lycans) kerana filem tersebut merupakan prequel kepada dua siri filem sebelum ini.

Filem ini merupakan sambungan kepada Underworld: Evolution. Kebiasaannya, filem ini akan melibatkan pertempuran antara kaum vampire dan werewolf. Tetapi kali ini, ia juga melibatkan manusia.

Manusia telah dijangkiti dengan wabak vampire dan werewolf, dimana manusia mula berubah rupa dan boleh berubah menjadi vampire dan werewolf. Satu pasukan telah ditubuhkan untuk menjalankan pembasmian dimana mereka membunuh semua manusia yang telah dijangkiti dengan wabak tersebut kerana tiada vaksin yang mampu mengembalikan mereka menjadi manusia normal.

Ini meneybabkan kaum manusia juga membunuh puak vampire dan werewolf (Lycans) menyebakan mereka semua terpaksa menyorok dari menjadi mangsa pembasmian manusia.

Selene (Kate Backinsale) dan Michael Corvin (Scott Speedman) cuba melarikan diri dar pembasmian. Mereka telah ditangkap tetapi tidak dibunuh sebaliknya mereka manjadi bahan ujikaji oleh kaum manusia yang diketuai oleh Doktor Jacob Lane (Stephen Rea).

Selene dan Corvin telah dibekukan di dalam makmal tetapi akhirnya ada seseorang yang telah membantu Selene melepaskan diri. Selene pun melarikan diri dari makmal tersebut dan baru Selene sedar yang dia sudah dibekukan selama 12 tahun.

Selene kemudiannya bertemu dengan David (Theo James) salah seorang dari suku vampire yang kini menyembunyikan diri kerana takut terbunuh dalam pembasmian yang dilakukan oleh kaum manusia. Selene kemudian berjuang untuk mempertahankan suku vampire tersebut sambil mencari kembali kemana hilangnya Michael Corvin.




Apa yang aku suka dengan filem ini:

1. Kembalinya Kate Beckinsale dalam filem Underworld. Filem ini hilang seri tanpa kemunculan beliau dalam Underworld: Rise of The Lycans.

2. Aksi dalam filem ini semakin ganas dan keras. Ini barulah pertempuran antara vampire dan werewolves. Bukan macam filem Twilight tu. Pppfftt...

3. Penglibatan manusia lebih mendalam berbanding filem-filem sebelum ini dan ini boleh menimbulkan satu konflik dan jalan cerita yang baru dan segar.


Apa yang aku kurang gemar dengan filem ini:

1. Filem ini lebih pendek dari filem filem sebelum ini. Filem ini hanya berdurasi selama 1 jam 30 minit. Berbanding Underworld (2 jam) dan Underworld: Evolution (1 jam 46 minit). Kalau panjang lagi, mungkin lebih menarik.


Aksi mantap dan ganas menjadi intipati utama filem ini. Lakonan Kate Beckinsale sebagai wanita hebat yang mampu membunuh dengan ganas masih mantap seperti dahulu. Filem ini patut menjadi filem mesti tonton buat peminat siri vampire vs werewolves yang sejati. Bukan macam filem yang satu lagi tu.

Pada penghujung cerita, ada hint yang menunjukkan akan ada sequel untuk filem ini.

==========

Sampai disini sahaj buat masa sekarang. Jumpa lagi dalam sessi movie marathon yang akan datang.

2 comments:

Kakiwayang said...

wow..bagusnya review...jemput bagi comment pasal dua2 filem best ni di www.kakiwayang.com ye...=)...

Amirul (aremierulez) said...

Ok. Nanti aku komen kat website kau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...