Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, January 4, 2012

Movie Marathon: The Darkest Hour & Sherlock Holmes: A Game of Shadows

Sessi movie marathon terakhir buat tahun 2011 aku buat minggu lepas (walaupun pada entri movie marathon yang terdahulu, aku ada kata itulah sessi terakhir movie marathon untuk tahun 2011), menonton antara filem-filem Hollywood terakhir yang ditayangkan pada tahun 2011.


The Darkest Hour


Filem The Darkest Hour mengisahkan tentang penjajahan makhluk asing ke bumi. Filem ini adalah filem Amerika tetapi lokasi penggambaran untuk filem ini dilakukan sepenuhnya di Moscow Russia.

Mission Impossible: Ghost Protocol juga menjalankan penggambaran di Moscow, Russia juga. Adakah Moscow bakal menjadi Hollywood baru?

Filem ini dibarisi oleh pelakon yang selalu berlakon tetapi tidak terkenal sangat. Antara pelakon utama yang membintangi filem ini ialah Emile Hirsch (yang mana aku rasa paling terkenal antara semua pelakon dalam filem ini) yang pernah membintangi filem The Girl Next Door (bersama Elisha Cuthbert), Lords of Dogtown dan Alpha Dog, Olivia Thirlby yang pernah membintangi filem Juno, Max Minghella (The Social Network) dan Rachael Taylor (membintangi Transformers sebagai Maggie Madsen).

Selain itu, salah seorang pelakon dari Russia, Gosha Kutsenko, adalah salah seorang pelakon yang aku rasa familiar dan selalu muncul dalam filem. Kamu boleh Google nama beliau. Selain itu, Veronika Ozerova, pelakon Russia yang berusia 16 tahun adalah antara muka baru yang muncul dalam filem ini.

Filem ini mengisahkan mahkluk asing yang datang dan menawan bumi dengan tujuan menyedut sumber tenaga di bumi sebagai makanan mereka. Makhluk asing tersebut akan membunuh semua manusia dengan kejam, sehingga menjadikan manusia menjadi debu.

Makhluk asing ini juga mempunyai pelindung sehinggakan ia tidak dapat dikesan oleh mata kasar manusia. Jadi, menjadi satu cabaran buat watak utama dalam filem ini untuk membunuh makhluk asing yang tidak dapat dilihat.



Apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Filem sains fiksyen memang kegemaran aku, lagi-lagi bila ia melibatkan alien. Yeah!

2. Filem ini mempunyai story line seperti Final Destination, yang mana filem bermula dengan beberapa watak utama dan akhirnya seorang demi seorang mati sehinggalah tinggal beberapa orang sahaja yang hidup. Watak mana yang hidup, itu aku malas nak ceritalah. Amat epik apabila melihat seorang demi seorang watak utama mati dan watak lain yang tinggal merasa emosi dan trauma selepas kehilangan kawan baik mereka di depan mata mereka.

3. Penamat filem ini bukanlah totally happy-ending. Hint: Penamat filem ini sama seperti Battle of Los Angeles.


Apa yang aku tak suka tentang filem ini:

1. Kegagalan watak utama membawakan lakonan dengan lebih emosi. Kadangkala pelakon utama seakan kaku dalam lakonan mereka. Mungkin pengarah patut mengambil beberapa nama popular dalam rangkaian pelakon utama tersebut.

2. Ada beberapa scene yang seakan terlompat-lompat semasa scene makhluk asing menyerang mereka di disko. Sukar aku nak terangkan tetapi kalau kamu tengok, kamu pasti perasan scene yang terlompat-lompat ini. Ini mungkin kesilapan penyunting.

Filem ini bukanlah filem yang bagus tetapi juga bukanlah filem yang teruk sangat. Kira boleh-boleh sahaja lah. Rasanya banyak lagi filem mengenai serangan makhluk asing yang lebih baik dari filem ini (contoh: Battle of Los Angeles). 


Sherlock Holmes: A Game of Shadows


Filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows adalah kesinambungan dari filem pertamanya, Sherlock Holmes, yang ditayangkan pada 2009. Guy Ritchie, duda kepada penyanyi Madonna, kekal di bangku pengarah, begitu juga Robert Downey Jr yang kekal memegang watak Sherlock Holmes dan Jude Law sebagai Dr. John Watson.

Filem ini dibuat berdasarkan watak-watak dalam siri novel hasil penulisan Arthur Conan Doyle. Secara jujurnya, aku tidak pernah pun membaca novel Sherlock Holmes (walaupun mengenali watak-watak dalam filem ini) dan aku juga tidak pasti adakah benar perwatakan Shelock Holmes sama seperti apa yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. ataupun diubahsuai supaya kena dengan perwatakan Robert Downey Jr. yang selalu berseloroh dalam lakonannya.

Cerita ini mengisahkan seorang penyiasat bernama Sherlock Holmes dan side-kick nya, Dr. Watson, menyelesaikan misteri penyiasatan tentang kes pengeboman yang bakal menyebabkan peperangan antara negara di Eropah.

Cerita ini (masih mengekalkan tahun 1891 sebagai latar belakang cerita) adalah sambungan dari siri pertama filem ini, apabila diakhir filem yang pertama, Sherlock Holmes mengetahui yang Professor James Moriarty meruapakan dalang dalam kes Lord Blackwood dan juga dalang dalam kes pengeboman yang berlaku di sekitar Eropah.


Apa yang aku suka dengan filem ini:

1. Lakonan Robert Downey Jr. yang bersahaja memang menjadi. Walaupun ada yang kurang menggemari cara beliau berlakon, tapi aku suka dengan cara beliau. Cara lakonan beliau bagaikan sudah menjadi trademark.

2. Chemistry antara Sherlock Holmes (Robert Downey) dan Dr. Watson (Jude Law) memang menjadi. Sherlock Holmes sebagai seorang yang lebih bersahaja dan lepas laku, berganding dengan Dr. Watson yang lebih teratur dan 'ikut buku' menjadi inti pati utama dalam filem ini. Walaupun selalu bertelagah dan tidak bersetuju dengan idea antara satu sama lain, tapi mereka tetap berganding dan menjadi pasukan yang terbaik.

3. Babak-babak lucu yang terjadi semasa keadaan cemas, terutamanya semasa scene pergaduhan di dalam keretapi.

4. Scene tembak-menembak di dalam hutan juga adalah satu lagi babak kegemaran aku. Teknik CGI yang digunakan dalam gerakan slow motion dan babak di mana poko-pokok yang hancur ditembak oleh peluru memang sangat baik. Siapa kata kalau buat filem yang berlatar belakang zaman dahulu kala tak boleh gunakan CGI?


Apa yang aku kurang suka tentang filem ini:

1. Watak Irene Adler, lakokan Rachel McAdams, dibunuh dalam 15 minit pertama filem ini. Selepas menunjukkan lakonan mantap sebagai Irene, aku tidak pasti kenapa Guy Ritchie tidak menggunakan khidmat Rachel McAdams lagi, ataupun Rachel sendiri yang menolak untuk melakonkan watak tersebut. Tapi janganlah bunuh watak ini. Manalah tahu, watak ini masih boleh digunakan untuk sequel yang akan datang.

2. Watak Madame Simza Heron, lakonan Noomi Rapace, kurang menyerlah. Lakonan pelakon kelahiran Sweden ini gagal memberikan impak yang sama seperti lakonan Rachel McAdams yang memegang watak Irene Adler.

3. Scene pergaduhan pada penutup filem ini antara Sherlock Holmes dan Dr. Moriarty agak anti klimaks berbanding scene pergaduhan Sherlock Holmes dengan Lord Blackwood dalam filem pertama Sherlock Holmes.

Walaupun filem ini mendapat kritikan dari Rotten Tomatoes, tapi aku rasa filem ini seronok ditonton dan lebih baik dari filem pertamanya. Dan pada penghujung filem ini, sudah diberikan hint yang ada sequel ketiga untuk filem ini. Ada perkhabarab mengatakan sequel filem ini akan ditayangkan pada akhir 2013 dengan Guy Ritchie kekal sebagai pengarah filem tersebut.

Agak-agaknya filem apa yang bakal menjadi sessi movie marathon pertama aku untuk tahun 2012 nanti?

4 comments:

apamz said...

terima kasih saudara. kawan memang perlukan komen untuk dua filem hari ni untuk menonton wayang hari ni. teruskan memberi ulasan

Amirul (aremierulez) said...

Apamz:
OK

pinyu pjah said...

sherlock holmes..aku suka part time dia pakai baju pepuan dalm tren tu..make up tah pape..dah mcm manic psychiatric dah..=p
cgi memang gile melotop..terbaik seh..

Amirul (aremierulez) said...

Pijah:
Yup. Kat keretapi tu antara scene terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...