Belilah Novel Aku!!!!

Friday, January 13, 2012

Semoga Kamu Berkekalan

Sekitar Mei 2010

Rintihan dan luahan hati seorang kawan. 

"Aku pelik la dengan Jue (awek kawan aku) ni. Masa aku bela rambut panjang, dia kata aku selekeh la. Macam kutu la. Macam penagih la. Tapi bila dia tengok lelaki lain rambut panjang, dia cakap cute la. Smart la. Unik la."

"Bila aku hisap rokok, dia marah habis-habisan. Dia kata dia benci smoker. Tapi bila nampak lelaki lain hisap rokok, dia kata macho la. Nampak ciri-ciri kelakian la. Kenapa eh awek aku ni?"

Aku jawab dengan tenang. Bagaikan seorang pakar cinta. Doctor Love-lah kononnya.

"Ada 2 sebab. First, perempuan memang complicated. Kita orang lelaki memang susah sikit nak pasal pompuan ni. Kadang-kadang apa yang orang pompuan cakap tak sama dengan apa yang dimaksudkan sebenarnya. Tu yang payah sikit. Atau pun......"

"Atau pun apa?"

"Aku rasa si Jue tu sebenarnya dah tak suka kau. Tu kira cara halus nak bagitau kau yang 'saya dah benci tengok muka awak. Sila berambus dari hidup saya.' Faham?"

Dahi kawan gua terus berkerut. Muka macam confuse.


Sekitar Januari 2011

"Betullah kata kau. Jue dah tak suka aku kot. Dulu kalau aku call, kemain lagi dia borak dengan aku. Sampai 2-3 jam. Telinga aku pun dah naik merah. Tapi sekarang ni bila aku call, asyik nak mengelak je. Masuk setengah jam borak, mulalah dia bagi alasan. Penatlah. Mengantuklah..."

"Sabar aje lah. Ramai lagi perempuan kat luar tu. Cari lain aje lah...." Aku bagi ayat penyedapkan hati untuk dia.


Sekitar Ogos 2011

"Raya nanti aku nak pergi Pahang," Kata kawan aku.

"Pahang? Buat apa kau pergi sana?"

"Beraya rumah awek baru aku la.... Hehehe...," Jawab kawan aku dengan senyuman meleret.

"Wah! Kira kau dengan Jue, dah habis la?"

"Habis dah. Lupakan dia. Aku dah ada awek lain. Aku nak bukak buku baru. Lagipun, aku rasa Jue tu ada laki lain lah.."

"Tak pe la.. Kira ok la kau dah ada pengganti."

"Yup. Lagi hot dari Jue. Lu pun mesti cair la tengok awek baru aku."

"Kasi tengok gambar dia sikit."

Kawan aku menunjukkan gambar awek barunya.

"Pegh! Memang hot la!!"

"Hahah.. Kan aku dah kata, lagi hot dari Jue. Memang aku boleh ucap selamat jalan pada Jue la...."


Sekitar Januari 2012

Facebook chat aku tiba-tiba menyala.

"Mirul, aku nak tunang bulan depan," Kawan aku memulakan bicara chat.

"Pegh! Tahniah bro! Dengan siapa?"

"Dengan Jue la. Sape lagi."

"........."

=============

Semoga hubungan kamu berkekelan selepas kahwin nanti. Amin!

8 comments:

una berry said...

cinta pertama yang susah dilupakan
tapi agak berisiko
harap2 jue kekal setia dan tak buat hal
kesian kawan tu nanti

feruz8 said...

itulah, semuanya tentang jodoh kuat.
macam mana pun aku jeles dengan member ko tu,dapat couple dengan 2 orang even end up kawin dgn Jue. cis

h A n Y S said...

Ogos 2011 - jan 2012 = aik??!!
Dah jodoh dorang, pi mai pi mai tang tuuuuu jugak.. :D

Amirul (aremierulez) said...

una berry:
Aku rasa, ni b ukan cinta pertama dia ni...

Feruz8:
Haha.. Aku pun! Celaka betul kawan aku ni. Aku ni pun tak de awek lagi. Hahaha

Hanys:
Tu la.. Ingat memang dah putus habis... Memang dah jodoh ni..

Justin said...

Human beings are complicated creatures - and half the time we don't know what we truly want, hence fleeting from relationships to relationships in our younger days. However, God gave us the free will to make decisions, and when 2 people decides to commit to a lifelong relationship, my fervent prayer for them is that it will last for the rest of their lives.

Congratulations to your friend and his fiance. Hope that they will have the wisdom to appreciate the bliss of a blessed marriage, and the courage to work through all adversities and perils of a relationship.

Amirul (aremierulez) said...

Justin:
Aku ingat siapa la tadi.. Kau rupanya Tan Jia Shiun.

Yup. Love works in mysterious way.

Match made in heaven, maybe?

Fairuz said...

Lawak la sial kawan kau ni. Biasa pompuan je perangai macam tu. Carik yang lama balik..haha...

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
terdesak kot. Tak pun dah gatal pelir? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...