Belilah Novel Aku!!!!

Monday, January 2, 2012

Sistem Yang Bangang

Kepada sesiapa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, mesti kamu perasan yang sekarang LRT sudah menggunakan sistem token biru untuk menggantikan tiket.

Aku tak pasti kenapa syarikat yang mengendalikan LRT kini menggantikan sisitem tiket kepada token. Tapi menurut kutu yang terkenal bernama Pipiyapong, syarikat LRT ini ingin mendapatkan keuntungan lebih dengan penggunaan token biru ini dalam entri beliau yang bertajuk Menendang Sistem.

Sepanjang aku naik LRT selepas sistem token ini diperkenalkan, sudah ada 2 kali aku nampak orang terkial-kial mencari token mereka yang sudah hilang entah kemana. Kiranya, boleh guna pakai juga teori Pipiyanpong ini.

Pada bulan November, pengguna LRT boleh membelikan token biru ini dikaunter, macam beli tiket sebelum ini. Tapi masuk bulan Disember, pengguna sudah kena beli token ini dekat mesin. Yang ini selalu menimbulkan masalah dan panas baran di hati pengguna sekalian.

Mesin untuk beli token ni memang banyak ragamnya. Salah satu hal yang selalu mesin ni buat ialah kegagalan mesin ini menerima duit yang dimasukkan.

Tambang LRT yang perlu aku bayar ialah RM 1.90. Oleh karana aku ada banyak duit syiling, maka aku pun keluarkan duit syiling sebanyak nilai tersebut. Bila aku masukkan duit syiling ke dalam mesin itu, ada sesetengah syiling tersebut yang keluar kembali di tempat duit baki.

Aku terpaksa mengambil duit syiling tersebut dan memasukkan kembali namun duit itu jatuh kembali. Aku terpaksa mengulang perbuatan meamsukan syiling tersebut beberapa kali sehingga memakan masa lebih dari 5 minit, barulah mesin tersebut akhirnya mengeluarkan token biru.

Oleh kerana sudah fed-up bergaduh dengan mesin yang tak mahu menerima duit syiling aku, maka aku pun rasa ada eloknya aku guna duit kertas sahaja. Maka aku gunakan duit kertas pula pada mesin tersebut.

Aku masukkan sekeping, tiada masalah. Bila aku masukkan sekeping lagi, duit tersebut di reject oleh mesin tersebut. Aku tak puas hati. Aku cuba masukkan berulang kali, tapi masih gagal.

"Mesin ni bengong sikit, bang. Dia boleh ambik sekeping duit kertas je." Tegur seorang brader yang beratur di belakang aku dan mungkin sudah fed-up menunggu aku terkial-kial memasukkan duit syiling.

Mahu tak mahu, terpaksalah aku keluarkan duit syiling aku. Aku masukkan sekeping, OK. Masuk lagi sekeping, OK juga. Sampailah nilai sudah mencecah RM1.80 (termasuk duit kertas RM1 yang aku masukkan mula-mula tadi).

Tinggal lagi RM0.10 saja, dan disinilah bermulanya insiden bergaduh dengan mesin kembali. Entah setan apa yang rasuk mesin tiket tu, mesin tu tak menerima duit syiling RM0.10 yang aku masukkan. Berapa belas keping syiling RM0.10 aku masukkan, tapi semuanya di reject oleh mesin tersebut.

Setelah lebih 3 minit mencuba, tiba-tiba mesin tersebut mengeluarkan balik semua duit yang aku sudah masukkan sebelum ini dan aku terpaksalah memulakan balik sessi memasukkan duit syiling dari mula. Brader dekat belakang aku sudah geleng-geleng kepala sambil memaki-hamun mesin tersebut.

Kebanyakan mesin yang aku jumpa, semuanya buat perangai macam ini. Ada sesetengah mesin sahaja yang boleh pakai dan boleh menerima duit syiling dan duit kertas tanpa banyak soal. Yang lain, memang kita kena banyak bersabar jawabnya.

Paling epik sekali, aku pernah jumpa pak cik yang sudah hilang sabar sampai dia menendang mesin beli toket tersebut, sampaikan pekerja LRT itu datang menenangkan pak cik tersebut.

"Kenapa ni, encik?" Tegur pekerja LRT tersebut.

"Ni ha! Bodoh punya mesin. Dah dekat setengah jam aku asyik masukkan duit syiling, semuanya dikeluarkan balik!" Balas pak cik tersebut dengan nada marah.

"Sebenarnya, kami sedang mencuba sistem token ini, encik. Sistem ini akan melancarkan proses pengguna yang ingin menggunakan LRT." Jawab pekerja LRT tersebut dengan penuh protokol dan skema.

"Nak melancarkan apa jadahnya. Ini makin lambat ada la. Ni sistem bangang ni! Sistem bangang!" Marah pak cik tersebut.

Semoga ia menjadi azam 2012 buat syarikat LRT sekalian untuk memperbaiki mesin mereka yang lebih degil dari Mario Ballotelli ini. Hari ini, seorang pak cik panggil benda ini sitem bangang. Jangan sampai lebih ramai yang panggil sistem ini bangang juga di hari-hari mendatang.

6 comments:

sHarpEx said...

guna Touch & Go (T&G) laaa. senang. mana2 pun bole guna. Tol, parking dekat mall, lrt, ktm, bas. Nak reload pun senang.

Indah Fallen said...

kau pakau duet tahun bila weh?haha
aku pakai okay je..apa2 hal,aku lg prefer TNG..kuar masyuk sesukahati..;p

Fairuz said...

Sebenarnya dieorang nak menggalakkan korang amek kad bulanan tu.

Bila dah makin ramai amek, baru dia repair mesin tu kot..haha...

Susah-susah, guna je kad touch and go bro...

pinyu pjah said...

huarhuar..memang sistem bangang tahap gaban..
aku tak nek lrt g keje tp nek bus rapid yg saban hari aku terpaksa berebut dgn bangla ngn indon..dr penat2 berebut ..aku upkan sikit diri aku beli touch n go.tp paling bangang bila aku nak topup balik TnG tu..ape kejadah bila mesin topup tu xnak trima duit aku..dah la nk kene stabilkan diri dlm bas yg bergerak..
skrang katenya msin topup tu tengah diupgradekan..lame bebenor upgradenya.nak tak nak,aku kene la pg topup kat atm..

paling epik naik pengangkutan awam kene tahan nafas sbb bau bangla tak henggat dunia.sekali sedut oksigen..boleh muntah hijau..lalalala

Amirul (aremierulez) said...

sHarpex:
Aku ada Touch & Go. Tapi tinggal kat dalam kereta. Lagipun, aku dah tak naik LRT lagi dah

Indah fallen:
Pakau? pegh!

Fairuz:
Tak kuasa aku nak pakai kad bulanan tu. Aku bukan selalu naik LRT

Pjah:
LRT tak de sangat masalah bersesak ni. Tapi kalau komuter, memang payau kena berebut

Joey said...

helloo.. pakai ler kad rapid kl tuuu.

tapi aku rasa mesin token ni ok kot. at least bleh masuk duit kertas ada baki.

mesin tiket kad dulu tu lagi hampeh. sikit2 nak tambang tepat. jenuh aku masukkan. last2 kena beratur gak kat kaunter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...