Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, January 11, 2012

WOTS TOP TEN LIST: 10 WWE Superstar Terbaik Sepanjang 2011

Sepatutnya entri ini aku publish pada minggu terakhir bulan Disember 2011. Tapi kerana ada sedikit gangguan teknikal, aku tidak dapat publish entri ini.

Sebenarnya rasa macam dah terlambat dan agak kurang sesuai memandangkan kita sudah pun hampir 2 minggu memasuki tahun 2012. Tapi aku peduli apa. Penat dah aku taip panjang-panjang. Jadi aku akan publish juga.

Sesiapa yang menonton WWE sepanjang tahun 2011, pasti rasa teruja kerana banyak perkara yang terjadi dalam tahun ini. Bermula dengan kepulangan The Rock, The Rock vs Cena diatur untuk Wrestlemania 28, persaraan mengejut Edge, Christian akhirnya menjadi World Heavyweight Champion selepas 17 tahun menunggu, promo shoot dari CM Punk, kembalinya Triple H, kembalinya Kevin Nash, kembalinya Mick Foley, The Rock turun ke gelanggang buat pertama kali selepas 7 tahun di Survivor Series 2011 dan kontrak John Morisson yang tamat tidak disambung.

Sepanjang 2011, aku ada membuat penilaian kepada semua penggusti WWE. Penilaian bukan sahaja dibuat melalui tali pinggang kejuaraan yang dimenangi oleh penggusti, tetapi juga melalui populariti mereka.

Mari kita lihat WOTS TOP TEN LIST: 10 WWE Superstar Terbaik Sepanjang 2011 hasil dari pandangan aku.

(The Rock, Triple H, Kevin Nash dan Undertaker tidak termasuk dalam penilaian ini kerana mereka bukannya full time wrestler).


WOTS TOP TEN LIST: 10 WWE Superstar Terbaik Sepanjang 2011


10. R-Truth


Bermula sebagai seorang wrestler picisan, WWE memberikan peluang untuk beliau menonjolkan diri dengan mengubah personaliti beliau dari face ke heel.

Malahan, WWE juga memberikan beliau peluang untuk terlibat dalam perlawanan menentang John Cena untuk WWE Championship.

Dari seorang penggusti yang tidak dipedulikan oleh penonton, sehingga menjadi penggusti yang dibenci oleh penonton.

WWE kemudiannya menggabungkan R-Truth dengan the Mizz untuk membentuk pasukan yang mampu menggegarkan WWE. Malangnya, R-Tryth menuang pasir ke dalam periuk nasinya apabila dia terlibat dengan kes menghisap dadah sentetik dan digantung selama sebulan.

Jika dia tidak terlibat dengan kes dadah sintetik ini, adakah dia dan The Mizz bakal mendapat push dan terlibat dalam story line yang lebih menarik?


9. The Miz


Memulakan tahun 2011 selaku penyandang WWE Championship, saham the Miz agak tinggi ketika itu. Malah, The Miz juga terlibat secara tak langsung dalam pertelingkahan antara the Rock dan John Cena.

Selepas tewas kepada John Cena dan kehilangan WWE Championship, The Miz seakan menjadi hilang arah. Gabungan dengan R-Truth tidak bertahan lama setelah R-Truth digantung kerana menggunakan dadah sinteteik.

Walaupun dikatakan bakal terlibat dalam story line bersamam CM Punk, tetapi kepulangan Chris Jericho ke WWE bakal membuatkan The Miz terkeluar dalam perebutan WWE Championship.


8. Sheamus


Tahun 2009/2010 menyaksikan Sheamus memenangi WWE Championship sebanyak 2 kali dan memenangi pertandingan King of The Ring.

Pada tahun 2011, Sheamus hanya mampu memenangi WWE United States Championship. Macam turun pangkat pula.

Tapi bagaimana pun, WWE memberikan kepercayaan kepada Sheamus dan memberikan beliau peluang dengan menukar beliau dari seorang heel kepada seorang face.

Malah, Sheamus telah di berikan push yang menggalakkan oleh WWE sehingga menjadi salah seorang dari The Big 4 (John Cena, CM Punk, Randy Orton dan Sheamus).

Mungkin tahun 2012, kita bakal melihat kebangkitan Sheamus dan merajai WWE.


7. Zack Ryder 


Memulakan tahun 2011 sebagai seorang jobber. Zack Ryder bukanlah penggusti yang dipandang oleh WWE. Membawakan watak yang tidak serius, WWE tidak mengendahkan beliau dan tidak mempunyai niat untuk memberikan push kepada beliau.

Sehinggalah Zack Ryder akhirnya membuat sebuah web-show yang bernama Z! True Long Island Story! Zack Ryder menanyangkan semua episod melalui channel Youtube nya.

Web-show Zack Ryder telah mendapat perhatian peminat dan peminat telah mendesak supaya WWE memberikan peluang kepada Zack Ryder.

Zack Ryder akhirnya diberikan kepercayaan untuk menyandang WWE United States Championship. Kini, beliau berada dalam satu story line yang melibatkan John Cena dan Kane, yang mana akan terus menaikkan populariti beliau.



6. Cody Rhodes


Anak kepada legenda, Dusty Rhodes, dan adik tiri kepada Goldust ini telah diberikan peluang untuk menyerlahkan wataknya dalam tahun 2011.

Bermula dengan pesona 'Dashing' Cody Rhodes, seorang lelaki yang mengutamakan kesempurnaan dan memuja kekacakan dirinya, kemudian menjadi 'Undashing' Cody Rhodes, lelaki yang memakai topeng dan menganggap semua manusia adalah lebih hodoh dari dirinya dan patut menyorokkan muka disebalik beg kertas.

Cody memenangi WWE Intercontinental Championship dan berjanji akan mengembalikan prestij tali pinggang kejuaraan tersebut.

Terlibat dalam pertelingkahan dengan Rey Mysterio dan Randy Orton dan berjaya menonjolkan dirinya. Cody Rhodes mempunyai skill mikrophon yang hebat tetapi dia perlu mempertajamkan skill gustinya jika dia mahu menjadi seorang penggusti handalan.


5. Alberto Del Rio


Aku tak pasti kenapa WWE memberikan perhatian lebih dan memberikan push melampau kepada Alberto Del Rio kerana bagi aku, dia hanyalah seorang average wrestler yang tidak kemana.

Namun begitu, pencapaian beliau sepanjang 2011 tidak boleh dipandang rendah. Beliau telah memenangi Royal Rumble 2011, memenangi Raw Money In the Bank dan 2 kali memenangi WWE Championship.

Jika diikutkan kejayaan beliau memenangi kejuaraan dalam tahun 2011, dia sepatutnya boleh berada ditangga pertama. Tetapi kegagalan beliau mendapatkan perhatian penonton telah menyebabkan beliau hanya mampu berada di tangga ke-5.


4. Mark Henry


Mark Henry membuat debut nya di WWE pada tahun 1996. Sepanjang kariernya, mark Henry hanyalah watak picisan yang tidak dipandang sangat oleh penulis kreatif WWE dan juga para peminat. Sepanjang kariernya, Mark Henry cuma pernah memenangi WWE European Championship dan ECW Championship.

Tetapi segalanya berubah apabila beliau telah di draf ke Smackdown dan menukar pesonanya menjadi heel monster.

Mark Henry diberikan story line yang lebih mempunyai arah tuju dan diberikan peluang untuk memenangi World Heavyweight Championship dengan mengalahkan Randy Orton (secara bersih) dan berjaya mempertahankannya dengan mengalahkan Orton sekali lagi (juga dengan kemenangan bersih).

Mark Henry juga diberikan peluang untuk lebih banyak melakukan promo dan menunjukkan skill mikrofon beliau. Beliau berjaya menonjolkan diri dan berjaya membangkitkan perasaan benci dari penonton.

Sebenarnya, WWE mencadangkan supaya beliau terus memegang gelaran World Heavyweight Championship sehingga ke Wrestlemania 28 kerana persembahan cemerlang oleh beliau. Malangnya, kecederaan menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tali pinggang kejuaraan tersebut.


3. John Cena


Superstar paling kontroversi dalam WWE sekarang. Beliau digelar 'The face of WWE', tetapi kebanyakan peminat WWE membenci beliau dan Cena sering di 'Boooo' oleh penonton. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan terus menghiburkan para penonton di arena. Rise above hate!

Sepanjang 2011, John Cena memenangi 3 kali WWE Championship (walaupun memegang dalam jangka masa yang pendek semasa kemenangan ke-2 dan ke-3) dan sekali WWE Tag Team Championship bersama The Miz.

Banyak kejuaraan yang dimenangi oleh John Cena, tetapi kenapa dia hanya berada di tangga ke-3?

Sebab utama kenapa beliau berada di tangga ke-3 ialah kerana kejatuhan populariti beliau dalam tahun 2011. Semenjak The Rock muncul dan perlawanan antara The Rock dan John Cena telah dipersetujui, semakin banyak peminat yang membenci beliau dan 'Bbbooooo' dari peminat semakin kuat.

Populariti John Cena semakin menjunam setelah CM Punk muncul dengan pesona baru. Kemenangan John Cena yang berjaya menewaskan Alberto Del Rio untuk WWE Championship juga tidak membantu.

Malahan, gimmick superman John Cena semakin lapuk dan ketinggalan zaman. Mungkin gimmick superman ini sesuai digunakan sewaktu tahun 1980'an, sewaktu zaman Hulkamania, tetapi bukan sekarang.

Mungkin John Cena boleh mendaki ke tangga pertama kembali pada tahun 2012 jika dia diberikan dengan gimmick yang baru. Mungkin sudah sampai masanya untuk WWE menukarkan John Cena menjadi seorang heel.


2. Randy Orton


Selepas persaraan Edge, Randy Orton telah didraf ke Smack Down untuk menjadi bintang utama di rancangan tersebut. Randy Orton yang baru selesai bertelagah dengan CM Punk pada awal tahun (termasuk perlawanan di Wrestlemanis 27) memenangi World Heavyweight Championship pada malam pertama beliau berada dirancangan tersebut dengan mengalahkan Christian.

Sepanjang tahun 2011, Randy Orton telah memenangi 2 kali World Heavyweight Championship. Tetapi itu bukanlah sebab utama mengapa beliau berada ditangga kedua.

Sebab utama Randy Orton berada ditangga kedua adalah kerana perubahan watak dalam diri Randy Orton. Orton terkenal dengan sifat besar kepala dalam hal-hal yang berlaku disebalik tabir. Randy Orton menjadi punca pemecatan Mr. Kennedy dari WWE dan juga beberapa kes yang menyebabkan Kofi Kingston tidak mendapat push dari WWE.

Tapi Orton dengan baik hatinya kini telah memberikan ruang untuk 'put over' wrestler lain (memberikan peluang kepada wrestler lain menonjolkan diri dengan membiarkan diri mereka ditewaskan).

Orton telah terlibat dalam satu storyline panjang bersama Christian untuk memastikan Christian menjadi salah seorang main event wrestler. Orton juga memberikan peluang apabila tewas kepada Mark Henry secara bersih sebanyak 2 kali, dan memberikan peluang kepada Henry memenangi World Heavyweight Championship buat pertama kali.

Orton juga terlibat dalam storyline untuk menaikan Cody Rhodes dan Wade Barret. Perubahan attitude Orton ini memberikan beliau tempat kedua dalam senarai ini.


1. CM Punk


Tidak dapat dinafikan 2011 adalah tahun buat CM Punk. Bermula dengan hambar setelah menjadi ketua kepada Nexus (dikatakan juga punca berkuburnya kumpulan ini), tetapi segalanya berubah setelah CM Punk diberikan peluang untuk menonjolkan skill mikrofonnya.

CM Punk mula mendapat perhatian apabila beliau membuat shoot promo di Raw edisi 27 Jun 2011. Dia juga telah berjanji yang dia akan melarikan WWE Championship belt selepas memenanginya.


Selepas memenangi WWE Championship, populariti beliau melonjak secara tiba-tiba dan dia menjadi buah hati WWE Universe. Dalam sekelip mata, T-Shirt dan barangan CM Punk telah berjaya menjadi produk terlaris di WWE Shop, mengatasi produk John Cena yang selama ini menjadi produk terlaris semenjak tahun 2007 (tetapi jualan produk CM Punk dipintas oleh t-shirt "Boots To Asses", The Rock).

CM Punk menjadi tumpuan. Setiap kali dia memegang mikrofon, dia akan menjadi tumpuan penonton. Dalam sekelip mata, populariti beliau melonjak.

CM Punk memenangi WWE Championship sebanyak 2 kali dalam tahun 2011, dan masih memegang gelaran tersebut sehingga entri ini ditulis, melayakkan beliau mendapat tempat pertama dalam senarai ini.

1 comment:

Anonymous said...

weh shawn michaels mana bro? dia lah sebab utama kenapa aku masih layan wwe sekarang walaupun dah macam gampang wwe ni.nak harapkan cena..ke laut la jawabnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...