Belilah Novel Aku!!!!

Monday, February 13, 2012

Gelagat Orang Asing dan Orang Kita

Setiap pagi, aku dan rakan sekerja aku akan terlibat dalam sessi sarapan bersama-sama diselangi dengan perbualan kosong untuk memeriahkan acara sarapan tersebut.

Sessi perbualan kosong biasanya bergenrekan cerita kelakar, supaya semuanya ketawa besar dan berjaya menceriakan suasana, menaikan semangat dan menghilangkan rasa mengantuk akibat tidur lambat kerana layan perlawanan bola sepak atau pun terlebih round main dengan bini malam semalam.

Tapi kalau tiada modal cerita kelakar, cerita serius, politik (tapi ini topik paling jarang dibualkan sebab semua sepakat menyampah dengan perangai ahli politik Malaysia), sukan, perempuan, cerita kisah lampau sewaktu muda dan lain-lain lagi yang boleh dibualkan sambil mulut enak mengunyah nasi lemak ataupun mee goreng.

Pagi semalam, giliran security head menceritakan kisah lampaunya. Menurut dia, dia pernah bekerja sebagai maintenance di sebuah hotel sebelum ini.

"Jadi maintenance hotel ni leceh. Asyik ada orang panggil je," Security head yang dikenali sebagai Jeff memulakan bicara.

"Aku paling mahal nak layan kerenah customer Arab. Banyak songeh. Ada sekali tu aku masuk bilik customer arab ni, ada taik kat depan pintu. Babi betul. Bukan sekali, banyak kali."

Kami yang mendengar mengangguk kepala mendengar cerita Jeff. Nasib baik dah habis makan. Kalau tidak, mahu potong selera dengar cerita pasal tahi ni.

"Ada sekali tu, customer orang putih panggil. Dari France kalau tak salah aku. Dia complaint kata air panas kat bilik mandi dia tak boleh guna."

"Aku pun pergi la ke bilik dia. Laki bini yang tinggal bilik tu. Suami dia merungutkan aku pasal tu. Aku pun pergi tengok. Rupanya bukan paip air panas tu dah rosak, tapi dia tak tekan butang untuk guna air panas tu. Aku pun terangkan la kat diorang yang diorang kena tekan butang yang ada kat tepi sinki ni kalau nak gunakan air panas."

"Lepas aku terangkan, suami dia terus marah isteri dia. Suami dia kata 'Itu pun awak tak nampak ke?' Si isteri diam je. Lepas tu dua-dua mintak maaf kat aku. Diaorang cakap diorang dah menyusahkan aku pasal hal kecik. Diorang mintak maaf macam diorang dah buat dosa besar pulak. Aku pulak naik segan bila diorang mintak maaf beria-ia."

"Orang putih memang macam tu. Diorang punya etika memang ajar diorang buat benda macam tu," Terang maintenance aku, yang juga pernah bekerja di luar negara.

Tiba-tiba, Thinagaran atau lebih famous dengan panggilan Thina bersuara:

"Cuba kalau tu customer Malaysia, mesti dia tak mintak maaf. Kot-kot dia complaint pulak, 'Lain kali buat la butang tu besar sikit'. Tak pun dia kata 'Butang tu letak la kat tempat yang senang jumpa'. Tak pun dia complaint 'Teruk hotel ni. Saya pergi hotel lain, tak de lah macam ni.'"

Kami semua tergelak.

Tapi apa yang Thina katakan itu memang ada betulnya. Sebab aku sendiri pernah berdepan situasi begitu (tapi bukan dalam situasi hotel lah).

Ye. It's a true story. Itulah perangai rakyat Malaysia.

9 comments:

una berry said...

so malaysian kan
kadang2 salah sendiri bila malu tetap nak cari poin salahkan orang lain
heh

una berry said...

so malaysian kan
kadang2 salah sendiri bila malu tetap nak cari poin salahkan orang lain
heh

Amirul (aremierulez) said...

Una Berry:
Yup. Itulah point yang Thina cuba sampaikan.

Tu belum lagi part2 yang lain

pinyu pjah said...

kalo pasal orang arab..memang perangai nak lebih je..
kat ward aku kalau ada admission orng arab..rase macm nak bagi kaki je..mcm2 dia arah kita..tau la sakit tapi agak2 la..tu yg kekadang malas nk g attend patient arab ni.tp kekadang patient ok je yang lebih2 dia punya relative.hampeh je..sabor je la..

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
hahaha.. Jangan kau tumbuk pulak patient arab tu,. Nanti keluar kat Youtube pulak

pinyu pjah said...

aiyakk..xpepasal jd pemes ti..hahha

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:
Ok la tu. Famous percuma, tak payah masuk AF pun. Hahaha

Pejuang Kesenian Extreme said...

Sebagai orang yang bekerja dibidang perhotelan,memang betul apa yang security tu cerita,orang putih memang macam tu.Diaorang memang berbudi bahasa..Tapi kalau ada benda yang diaorang tak puas hati,tegasnya mereka bukan kepalang sebab kononnya nak menuntut hak mereka.Orang yang paling susah nak komplen pula org jepun..Orang jepun dia duduk kat bilik dia seadanya.Tak banyak bunyi.Habit yang bagus juga..Yang kurang ajar orang daripada india dengan arab. Ada je benda yang diaorang tak puas hati.suka buat hal. Kalau tak ada hal cari hal. Yang suka menyusahkan pula orang dari Singapura,memang macam haram nak melayan. Orang malaysia setakat ini tak adalah perangai teruk sangat tahap gaban. Kalau perangai teruk tahap gaban,Malaysia bukan orang diranking pertama.hehe...
Orang yang paling sakit hati nak berurusan adalah orang dari negara China. .Ada yang datang Malaysia tak reti cakap bahasa inggeris,pening kepala.

Apa yang aku cakap ni bukan semua berperangai sebegini,tapi kebanyakannya memang macam ni..

Amirul (aremierulez) said...

Pejuang kesenian Extreme:
Kalau orang Malaysia pun nak buat kepala, memang patut kena terjang je. Haha

Oh.. Aku tak tau pulak orang China banyak menyusahkan jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...