Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, February 22, 2012

Jangan Bunyikan Hon Anda & Kesesakan Jalan Raya


Jangan bunyikan hon anda. Kelak anda bakal diculik oleh makhluk asing dan tersangkut dalam kesesakan di angkasa lepas pula.

============

Kesesakan jalan raya  atau lebih suka kita panggil dengan nama traffic jam memang tak pernah lekakng dengan Kuala Lumpur.

Dulu, kita boleh agak bila masa jalan akan sesak, bila jalan akan lengang. Tapi sekarang, jalan pasti akan dipenuhi dengan kereta sepanjang masa. Kuala Lumpur kini sudah sukar untuk diramal.

Alangkah seronoknya jika negara kita mempunyai sistem kenderaan awam yang baik seperti beberapa bandar di luar negara seperti London, Jerman, Hong Kong, Paris, Copenhagen dan lain-lain bendar yang sering mendapat kedudukan 10 teratas dalam senarai bandar yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang terbaik.

Pergi kerja menaiki kenderaan awam. Banyak menjimatkan kos. Hanya bawa kereta jika perlu melakukan kerja luar atau outstation sahaja.

Kadang-kadang, jadi bingung juga aku dibuatnya. Pergi kerja, sangkut dalam jam. Balik kerja pun sama, sangkut juga dalam jam.

Masa yang dihabiskan di atas jalan kerana traffic jam boleh mencecah 2 jam. Kadang-kadang aku rasa macam mahu mintak balik masa 2 jam yang aku habiskan akibat tersangkut di dalam traffic jam itu. Tapi tiada pula kaunter penebus masa di supermarket yang berdekatan.

OK. Semoga aku tak diculik oleh makhluk asing ketika tersangkut dalam kesesakan jalan raya ketika pulang dari kerja nanti.

7 comments:

_akmalraman said...

kalau aku jadi PM.aku akan improvekan pengangkutan awam.boleh pergi ke semua tempat.letak tol di setiap jalan masuk ke bandar besar dan caskan dengan harga yang tinggi.dari situ kita boleh mengajar orang gunakan transportation awam.plus,boleh kurangkan traffic jam

Amirul (aremierulez) said...

_akmlaraman:
Tak naikkan tol pun tak pe. Asalkan public transport superb, aku rasa ramai lebih rela gua dari melangut kat dalam jam berjam-jam lamanya

TwitterToFacebook said...

Setuju. Mentaliti org kita pun kena berubah jugak. Jangan pandang rendah kat org yg naik public transport, kononnya takde class la naik public transport. Aku sgt2 respect kat CEO Japan Airline (kalau tak salah aku lah) sanggup potong gaji sendiri & naik public transport macam org biase sebab nak kurang bajet syarikat. Dia tak malu pun. Ok je...

Amirul (aremierulez) said...

TwitterToFacebook:
Aku ada baca pasal CEO Jepun tu. Tapi aku tak ingat nama dia dan syarikat dia

pinyu pjah said...

kalo ko kena culik ngan alien ke ufo ke..roger aku ek..ti aku leh inform kat memana agensi pencari alien..lalala..
k.xlawak..hehe

kl kalo xjem..namanye bukan kl la tu..
seb baik aku naik moto je g balik keje..bleh cilok mencilok.(baca seperti nada acha septriasa buat iklan kat radio era tu.)

tapi tu la..sistem pengakutan awam kita ditahap yang mendukacitakan.lagi2 ktm..sadis betol..

_akmalraman said...

bukannya apa,kau paham2 jela mentaliti rakyat kita tak macam rakyat negara2 Scandanavia.nak kena naikkan jugak harga tol baru nak guna transportation awam.

Amirul (aremierulez) said...

pinyu pjah:
Nak baca style acha septriasa ke, style Johan? hahaha

akmalraman:
Kalau naikkan harga tol, kompom BN kalah. Hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...