Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, March 28, 2012

Persamaan atau Perbezaan?

Satu petang yang hening, semasa aku dan beberapa orang kawan aku yang masih bujang sedang melepak dalam sessi minum petang (ada diantara kami yang sudah ada awek, ada yang masih single lagi), maka terkeluarlah tajuk tentang persamaa dan perbezaan.

Salah seorang kawan aku (sudah ada awek) memberikan pendapat:

"Kalau aku nak cari awek, aku nak cari awek yang banyak in common dengan aku. Awek yang aku cari tu mesti suka muzik yang aku suka. Mesti suka genre filem yang sama dengan yang aku suka. Mesti suka makanan kegemaran aku dan mesti sokong parti politik yang sama aku sokong jugak."

Itulah sedikit kata-kata kawan aku. Okay, bab politik itu aku tambah sendiri. Yang lain-lain itu memang betul.

Itu pandangan dari kawan aku. Mungkin bila banyak persamaan, lebih mudah untuk merancang sesuatu. Kalau kedua-duanya sukakan bola speak dan menyokong pasukan yang sama, boleh date di kedai mamak sambil layan bola. Tak de lah nak kena layan awek pergi shopping, kemudian baru nak tengok bola. Dapat menjimatkan kos dan masa. Sehati dan sejiwa kata orang jiwa-jiwa.

Tapi ada pula yang kawan aku kata, "Kalau awek kita tu sama minat dengan kita, tak menarik. Bila tengok dia, kita nampak macam bayang-bayang kita dalam jantina yang berlainan."

Amboi! Deep semacam ayat kawan aku itu.

Ada pula yang suka pasangan mereka mempunyai citarasa yang berbeza. Baru ada variasi dalam hidup, kata mereka. Bila pasangan mempunyai citarasa yang berlainan, kita dapat belajar sesuatu yang baru dari pasangan kita itu. Tak de lah hidup kita asyik menghadap benda yang sama setiap hari.

Ada juga yang kata, bila banyak sangat persamaan, kita akan cepat jemu dengan pasangan tersebut. Kalau banyak sangat perbezaan pula, kita mungkin akan selalu bercanggah pendapat dan boleh mengakibatkan pergaduhan yang berlarutan.

Cinta memang complicated. Tapi bak kata pujangga cinta, jika kita memahami pasangan kita, tak kiralah banyak persamaan atau perbezaan, kita akan terus sayangkan dia sehingga akhir hayat.

Okay. Itu bukan ayat dari pujangga cinta pun. Aku yang memandai reka sendiri.


10 comments:

h A n Y s said...

persamaan-kalau 2 2 banyak pesamaan, x mustahillah timbol rasa bosan, even ada sronok jugak bila 2 2 kongsi hal yg disukai besama.

perbezaan- tak mustahil jugak kalau byk beza, asyik nak betelagah, yelah, punya lain pendapat kan, even ada jugak rasa sronok bila dpt kongsi mende yg lain dari yg usual kita suka..

so, snang kata 50-50 lah, ada persamaan n ada perbezaan. ;D (jawapan xde kat poll)

una berry said...

lebih suka perbezaan
tapi bila ada perbezaan perlukan tahap pemahaman yang tinggi antara pasangan
cth mcm kalau bf suka bola or main game gf kena fahamlah.bagi dia masa buat hobi dia.tapi bf pun kena faham gak.kalau ajak jejalan or tgk wayang romantik komedi jgn byk songeh.kena ikut gak.hehe

Amirul (aremierulez) said...

hanys:
Aku lupa pulak nak letak pilihan 50-50 kat poll tu


una berry:
Yup. Kalau perbezaan, pasangan kena memahami la. Kalau jenis pentingkan diri, memang tak pergi jauh

_akmalraman said...

pada aku,kedua-duanya ada pro dan kontra.

Sya Syazana said...

bila dah jodoh, persamaan ke perbezaan ke, semuanyaa indah ;) haha

Amirul (aremierulez) said...

akmalraman:
Sila nayatakan apa pro dan kontra itu. Boleh dibuat diskusi

Sya Syazana:
Yes! Tepat sekali

ReDiculousLy said...

biasanya org suka perbezaan...opposite attract...tapi aku lebih suka persamaan....bak kata ko, lebih menjimatkan...hehe

Amirul (aremierulez) said...

ReDiculousLy:
Yes. Menjimatkan kos itu penting. Nak kumpul duit buat kahwin. Hehe

Hujan Malam said...

bagi saya yg penting keserasiaan. minat tu semua boleh pupuk..

Amirul (aremierulez) said...

Hujan Malam:

Macam bercakap melalui pengalaman je. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...