Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 5, 2012

Petanda Kita Perlu Menukar...

Bila aku order teh ais, yang sampai atas meja aku ialah teh tarik.

Bila aku order teh tarik, yang sampai atas meja aku ialah teh ais.

Bila order mee goreng, yang sampai atas meja aku ialah mee goreng basah.

Bila order mee goreng letak telur mata, yan gsampai atas meja aku cuma mee goreng. Bila tanya mana telur mata, dia kata suruh tunggu. Setengah jam lepas tu baru telur mata tersebut sampai atas meja aku.

Bila kita duduk, kena tunggu lebih dari 15 minit baru ada pelayan datang mahu ambil order. Kadang-kadang boleh cecah setengah jam, baru nampak batang hidung.

Itulah petanda.

Petanda kita perlu menukar.

Petanda kita perlu menukar tempat lepak supaya kita boleh menumpukan perhatian kepada perbualan kosong bersama kawan-kawan sepejabat selepas waktu tamat bekerja tanpa perlu diganggu dengan perasaan amarah kepada kedai makan tersebut.

11 comments:

alien said...

ada gak kes camni ye

Azizan said...

bunyi mcm mamak tempat aku selalu lepak kat subang jaya je...

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
Ini dah dikira kes berat untuk kaki lepak sejagat.

kedai-kedai macam ni perlu dipangkah


Azizan:
Kat mana tu??? Apa nama kedai??

Azizan said...

kedai yg kau maksudkan ni kat area subang jaya jugak ke?

Amirul (aremierulez) said...

Azizan:
Actually, bukan. Tapi kalau kau bagi tau nama kedai kat Subang tu, tak de la aku pergi kalau ternampak kedai tu. Haha

Azizan said...

kedai yg kau maksudkan ni kat ne lak. kedai yg aku maksudkan ni aku ngan member umah aku panggil naina, dulu ok je sejak pelayan dah tukar ni dia jadi sial sikit...

Amirul (aremierulez) said...

Azizan:

Naina? maksud kau, D'Naina yan gdekat dengan Carrefour Subang tu ke?

Azizan said...

a'ah. bro email kau pe eak?

Azizan said...

mirul kalau kau taknak letak kat sini email aku la kat azizanmdrusli@gmail.com

Amirul (aremierulez) said...
This comment has been removed by the author.
Amirul (aremierulez) said...

Azizan:
Di Naina dekat Subang tu boleh tahan jugak tu. Makin lama, makin teruk servis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...