Belilah Novel Aku!!!!

Friday, March 16, 2012

That Awkward Moment.... The First Date

First date atau dalam bahasa ibunda temujanji pertama adalah antara perkara paling penting dalam membina kisah percintaan dengan perempuan/lelaki pilihan kita.

Selepas sessi berkenal-kenalan, bertukar-tukar nombor telefon (dan bertukar-tukar Yahoo! Messenger dan Facebook), sessi first date bakal menyusul dan bakal menjadi hala tuju perhubungan tersebut.

Semasa first date, kita kena berikan first impression yang baik kepada date kita, supaya date kita tersebut akan tertarik dengan kita dan bersetuju untuk berjumpa dalam date yang ke-2, date ke-3 dan seterusnya ke ranjang... Maksud aku, ke pelamin perkahwinan.

Tetapi, pasti akan terjadi beberapa perkara yang bakal menjahanamkan first date anda. Apakah 'The awkward moment' yang sering terjadi dan mungkin boleh menjahanamkan date tersebut?

============

That awkward moment...
Bila date kamu berjalan dengan baik, tiba-tiba semasa kamu hendak menyebut nama dia, kamu tersebut nama ex-girlfriend/ex-boyfriend kamu. Spoil!


That awkward moment...
Bila kamu secara tidak sedar telah menceritakan kisah percintaan kamu dengan bekas kekasih kamu. Ingat! Jangan sesekali menceritakan kisah percintaan kamu yang sebelum ini semasa first date kamu.


That awkward moment...
Bila kamu terkantol dengan date kamu semasa tengah asyik mengusha awek seksi yang sedang lalu lalang berdekatan dengan kamu.


That awkward moment...
Bila kamu begitu bersemangat untuk pergi ke date tersebut, siap dah susun segala ayat yang nak diperkatakan tetapi akhirnya diam membisu macam orang bodoh bila berdepan dengan date kamu.


That awkward moment...
Bila kamu tengok gambar date kamu di facebook, memang mengancam. Tetapi bila dah berjumpa..... Lain pula ceritanya.


That awkward moment...
Bila anda sering melihat jam dan hati kamu asyik berkata "Bila nak balik ni?", walaupun date kamu baru sahaja bermula 10 minit yang lalu.


That awkward moment...
Kamu tiba-tibe terkentut dengan kuat walaupun kamu tak rasa nak terkentut pun. Tiba-tiba, terdengar bunyi sahaja. 


That awkward moment...
Bila date kamu membawa adiknya yang berusia 7 tahun bersama ketika kamu berdating.


That awkward moment...
Bila date kamu lebih berminat memandang layar putih yang sedang menayangkan perlawanan bola sepak dari berbual dengan kamu.


That awkward moment...
Bila date anda sudah mula berbincang tentang hal kahwin apabila date kamu mencecah 20 minit.


That awkward moment...
Bila perempuan yang kamu date tersebut asyik merenung kam udari atas hingga ke bawah. Selepas merenung kamu, dia mengambil hand phone dan menghantar SMS kepada seseorang setiap 5 minit.


That awkward moment...
Bila perempuan yang kamu ingin date itu membawa bersama kawan perempuannya yang lebih hot daripada dia dan kamu lebih tertarik kepada kawannya berbanding dia.


That awkward moment...
Semasa kamu sedang date, tiba-tiba kamu terserempak dengan ex-boyfriend/ex-girlfriend kamu yang juga sedang turut date dengan pasangannya yang lebih kacak/hot dari kamu.


That awkward moment...
Bila kamu secara tidak sengaja menyebut "I love you" seperti contoh di bawah:


5 comments:

Hujan Malam said...

yg ptama tu sy penah kena. laki tu sebut nama pmpuan lain.

Azizan said...

aku dah tgk episod time ted ckp kat robin "i think i'm in love with you" ni tapi aku tak rasa pun benda ni cam salah.

Amirul (aremierulez) said...

Hujan malam:
Adakah lelaki tersebut Cendol? keh keh keh...


Azizan:
Aku rasa macam tak berapa sesuai. Belum kenal hati budi terus kata I Love You. Macam terdesak pulak. Keh keh keh

Hujan Malam said...

hehe..bukan..tapi sy senyum jela dgr dia sebut tu sbb tau dia baru lepas jumpa pmpuan tu

Amirul (aremierulez) said...

Kira terkantol lah ni?
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...