Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, March 13, 2012

That Awkward Moment.... In A Meeting

Meeting ataupun mesyuarat dalam bahasa ibunda adalah sesuatu yang wajib diadakan apabila kau bekerja, lebih-lebih lagi kalau kau bekerja di pejabat.

Pelbagai topik akan dibincangkan dalam meeting. Hal untung-rugi, hal polisi syarikat, perkembangan baru syarikat dan macam-macam lagilah.

Tak semua meeting itu menyeronokan. Okay, bila masa pulak meeting ni seronok? Dan bila dalam meeting, pelbagai benda akan terjadi yang boleh menimbulkan situasi 'That awkward moment..'. Mari kita lihat beberapa perkara yang boleh membuatkan anda tumpuan ketika dalam meeting.

==========

That awkward moment...
Bila kau dalam meeting dan boss kau tengah serius menyampaikan amanat, tiba-tiba otak kau teringat satu perkara kelakar dan buat kau tergelak sorang-sorang secara mengejut. Semua orang pandang kau macam kau dah buat satu kesalahan maha besar.


That awkward moment...
Bila boss kau buat lawak dalam meeting, dan kau sorang saja yang faham dan gelak. Kemudian, semua ahli meeting pandang kau semacam dengan tanggapan "Dia ni gelak mesti sebab nak bodek boss."


That awkward moment...
Bila kau terlupa nak silent kan hand phone kau semasa meeting. Tengah meeting, ada orang call. Kebetulan kau pakai ringtone lagu metal. Semua orang pandang kau sambil buat tanggapan, "Pegh! Dengar lagu Black Metal budak ni. Menurut Harian Metro, dia ni mesti penyembah setan."


That awkward moment...
Bila kau tiba-tiba tersendawa kuat dan bau durian segera menjajah seluruh bilik meeting.


That awkward moment...
Bila kau nak sebut nama boss kau (yang berjantina perempuan) tiba-tiba kau tersebut nama bini kau.


That awkward moment...
Bila kau kantol ketika sedang seronok merenung breast rakan sekerja kau dengan penuh asyik.


That awkward moment...
Bila kau dah mula rasa boring dalam meeting dan dalam hati kau asyik menyebut "Bila meeting nak habis ni?" dan entah macam mana mulut kau turut tersebut "Bila meeting nak habis ni?". Boss kau pun memberikan satu renungan yang kau tak mungkin lupakan sepanjang hayat kau.

P/S: Sesetengah perkara di atas terjadi dalam meeting yang aku hadiri. Sesetengahnya aku dengar dari kawan-kawan.

8 comments:

Anonymous said...

lagi awkward bila kau nak sebut nama bini kau tiba-tiba kau tersebut nama boss kau (yang berjantina perempuan).

Azizan said...

masa belajar aku pernah mengalami salah satu situasi diatas....

pinyu pjah said...

aku rasa ko msti yg
hai bos..bila nak abis meting ni
yg 2nd..tetiba tepon ko bunyi lagu metal..kan3..hehe

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:
Itu boleh bikin perang dunia ke-3


Azizan:
Yang mana satu tu?


Pjah:
Yang telefon lagu metal tu memang aku. Yang lain bukan aku

Azizan said...

merenung breast tu. dah la dalam meting tu dia sorang je yang seksi bleh dia duk dpn aku pulak aku. nampak lurah lagi. aku senyum je la bila kantoi dia balas senyum balik....

Amirul (aremierulez) said...

Azizan:
Yang tu pompuan tak boleh marah. Patut bangga sebab lelaki hargai kelebihan dia. Hahahaha

ReDiculousLy said...

stiap kali meeting mmg terpikir bila la nak habis....tapi nasib la x pernah lg kluar kt mulut...hehehe

Amirul (aremierulez) said...

ReDiculousLy:

Kau bernasib baik kerana berjaya mengawal minda kau dengan baik. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...