Belilah Novel Aku!!!!

Monday, April 9, 2012

Mereka Yang Tidak Ada Idea Atau Kita Yang Mahukannya?

Kalau kita tengok pada industri filem Malaysia semenjak kebelakangan ini, kebanyakan genre filem yang diterbitkan ialah komedi seram, iaitu cerita hantu tetapi dibuat dalam versi komedi (tapi kebanyakannya tak lah kelakar mana dan hancur apabila ditonton).

Kebanyakan filem yang diterbitkan bagaikan filem yang cincai. Dihasilkan dengan idea ala-kadar. Bagaikan filem yang diterbitkan dengan idea yang mereka dapat sambil minum petang.

"Eh, aku dapat idea la. Apa kata kita buat filem pasal 2 perompak yang beli toyol. Tapi sebab diorang tak de duit, diorang beli toyol yang tak power." Sambil menghirup teh.

"Ok. Kita namakan Alamak Toyol!"

Dan segala idea hanya diperah dalam masa 2 jam mereka melepak minum teh itu.

Okay, aku taklah katakan yang cerita yang aku sebut di atas dihasilkan sebegitu. Itu hanya perumpamaan.

Ramai yang mengkritik filem sekarang dibuat bagaikan ala-kadar. Janji ada filem. Kadangkala ada drama yang ditayangkan di TV mempunyai jalan cerita yang lebih menarik dari filem.

Aku rasa, sepanjang kebelakangan ini, Songlap dan Bunohan adalah filem Malaysia yang aku rasa seronok ditonton. Yang lain, setakat bolehlah ataupun tahap hancur lebur.

Pernah tonton filem Apa Pandang-Pandang? Aku dah tonton di Astro minggu lepas, bersama abang aku. Aku dan abang aku lebih banyak menggelakkan kebodohan filem tersebut sepanjang menonton filem tersebut. Bak kata abang aku, "Bukan senang nak menyeksa minda. Tengok filem ni, baru rasa terseksa"

Ramai menyalahkan pengarah dan penulis skrip apabila filem yang teruk dihasilkan. Tentulah, takkan nak salahkan pelakon pulak kan? Mereka hanya berlakon dan berlakon adalah periuk nasi mereka.

Aku lihat ada sebuah syarikat perfileman (tak perlu aku tulis nama syarikat tersebut, kamu patut boleh menekanya) obsess untuk menghasilkan filem dalam kuantiti yang banyak setiap tahun, tanpa menghiraukan kualitinya.

Dalam setahun, aku rasa lebih dari 10 filem dihasilkan oleh syarikat perfileman ini. Adalah 1-2 filem dari syarikat ini yang boleh dikategorikan dalam filem yang baik atau filem yang 'boleh tahanlah'. Yang lain semua masuk dalam kategori 'Filem hancur. Aku tunggu keluar dekat Astro, baru aku tengok. Itupun belum tentu aku tengok sampai habis.'

Nak salahkan pengarah dan penulis skrip 100%, nampak seperti kejam. Mungkin ini permintaan penerbit yang mahukan pengarah memerah idea dan menghasilkan 4-5 filem dalam setahun. Itu sebabnya pengarah sudah kekeringan idea dan terhasillah filem merapu.

Bagi aku, pengarah sepatutnya hanya menghasilkan 1 atau 2 filem dalam setahun. Itu mungkin lebih dan mampu memberikan pengarah tersebut waktu brain storm yang lebih cukup untuk memikirkan idea filem yang lebih menarik.


Melihat trailer filem ini, aku dapat rasakan kelainan Bukan lagi filem seram-kelakar (atau seram-tak kelakar), tetapi sesuatu yang berlainan. Aku harap filem ini sehebat trailernya, dan mampu menjadi antara filem Malaysia terbaik tahun ini.

Ramai yang kata pengarah tak menghasilkan filem yang baik. Pengarah selalu memomokan minda penonton dengan filem yang bodoh. Tapi, benarkah orang Malaysia tidak sukakan filem tersebut? Kalau betul tidak suka, kenapa kutipan filem tersebut mencecah jutaan? Kenapa ramai yang melanggan di Astro First?

Jadi, adakah orang Malaysia betul-betul tidak sukakan filem sebegini? Ataupun hanya berpura-pura tak suka, tetapi dia jugalah yang pergi menonton filem tersebut di wayang?

Jadi, adakah pengarah yang tiada idea? Ataupun pemintaan penonton terhadap filem ini yang menyebabkan filem jenis ini terus dihasilkan saban tahun?

4 comments:

_akmalraman said...

sebab minda rakyat kita 'macam ni' lah filem yang 'macam ni' banyak keluar

Amirul (aremierulez) said...

_akmalraman:

Nampaknya filem 'macam ni" la yang kita akan tonton sepanjang hayat?

Anonymous said...

orang malaysia selalu cakap berdegar-degar. ko tak caya ko gi la mana2 forum, kalau citer pasal filem melayulah, semua kutuk, siap muntah bagai.

but the thing is, kutipan filem sampah tu masih berjuta2. setakat ni filem sampah yang berjaya disampahkan dengan jayanya mcam 2 alam tu. apsal ek

p/s mungkin sebab orang bukan tengok pun wayang tu. bila citer cam hampas, senang aa nak buat citer lain kat pawagam

Amirul (aremierulez) said...

Anonymous:

Mungkin betul apa kata kau. Tak payah sewa hotel. Bayar RM 12, dah boleh buat wayang sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...