Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 27, 2012

Soalan dan Jawapan

Sebelum kamu kahwin dan masih membujang, soalan wajib yang akan diajukan oleh jiran-jiran yang terdiri dari mak cik - mak cik yang hobinya mengumpat di tangga depan rumah ialah:

"Bila kau nak kahwin?"


Antara jawapan yang boleh kamu bagi untuk soalan di atas ialah:

"Belum jodoh lagi."

"Belum jumpa jodoh yang sesuai."

"Belum sampai seru."

"Saya dah ada calon, cuma tengah tunggu waktu yang sesuai."


Jika kamu mempunyai alasan yang kukuh yang melibatkan keluarga anda, sila jawab sebegini:

"Saya tunggu mak ayah saya naik haji dulu. Bila dah lepas diorang, baru saya fikir pasal diri saya pulak."

"Semenjak arwah ayah meninggal, saya yang jaga keluarga. Biar la adik-adik saya lepas dulu, baru saya kahwin."


Atau pun kamu boleh bagi jawapan alternatif yang mungkin boleh menyebabkan si tukang soal tidak akan menanyakan soalan yang sama lagi selepas ini:

"Kahwin? Saya ni gay/lesbian."

"Saya sebenarnya suka kat anak mak cik. Tapi anak mak cik dah kahwin. So, saya tengah tunggu suami dia mati. Nanti saya masuk meminanglag." (Jawab soalan sambil pegang parang untuk menambahkan kesan yang lebih mendalam.

"Sebenarnya, dah lama saya minat dekat mak cik. Mak cik pun dah lama menjanda kan? Sudikan mak cik menjadi ibu kepada anak-anak saya?"


Jangan ingat kamu dah terlepas dari soalan dari jiran-jiran kamu yang suka menjaga tepi kain orang sampai kain sendiri dah terlondeh pun, mereka tak perasan.

Bila kamu dah kahwin, kamu akan dengar soalan ini pula:

"Kamu dah dapat anak ke?"


Soalan ini akan kuat kedengaran apabila usia perkahwinan kamu sudah mencecah lebih dari 6 bulan. Semakin ribut bila sudah melebihi setahun.

Jawapan paling klise yang boleh kamu bagi ialah:

"Belum ada rezeki."


Dan bila sudah lebih setahun berkahwin tapi belum anak, mak cik-mak cik penyibuk ini akan mula berpandangan negatif. Mereka pasti menuduh kamu mati pucuk, tak cukup power, baru lima minit dah habis  ataupun not man enough.

Tapi jangan risau. Gunakan tanggapan negatif mereka itu sebagai jawapan.

"Sebenarnya saya mati pucuk. Mak cik tahu tak kat mana tukang urut yang boleh kasi saya punya barang hidup balik?"

"Mak cik ni anak sampai 10. Mesti Pak Mat dulu power kan? Cuba mak cik cerita sikit apa posisi Kama Sutra yang Pak Mat buat."


Ataupun jawapan yang mampu membuatkan kamu tersisih dari masyarakat:

"Saya jenis pancut luar. Style Jepun. Bukake namanya. Itu yang tak de anak lagi."


Sekian sessi Soalan dan jawapan. Mohon adik-adik di bawah umur jangan Google perkataan yang adik tak faham dalam entri ini.

Sekian.

Monday, June 25, 2012

Kupu-Kupu Malam

Bagi yang bertanyakan kenapa aku sudah lama tak update blog, maaf. Aku agak sibuk sekarang. Ada urusan lain yang sedang aku uruskan.

Jadi, layan dulu lagu ini.


MonoloQue - Kupu- Kupu Malam


Darah muda mengalir,
Ke seluruh tubuh,
Pesta! takkan berakhir,
Sehingga subuh,
Kenapa khuatir?
Tiada siapa suruh,

Bunyikan semboyan( bunyikan! bunyikan!)
Mari rapat datang dekat! 
Kupu-kupu malam! 
Kasut tumit tinggi, tas tangan LV!
Ya!

Rambut tersisip rapi,
Dandan ke tepi,
Gaya ranggi terkini,
Oh raja tempat sendiri,
Tangkap orang itu!
Humban dalam api.

Bunyikan semboyan( bunyikan! bunyikan!)
Mari rapat datang dekat! 
Kupu-kupu malam! 
Kunyah daun sirih khayalan,

Oh peragawati,
Mengapa diam membisu?
Menjelmalah dalam mimpi,
Di sebelahku pagi hari nanti

Siapa cepat dia yang dapat!
Siapa gatal takkan menyesal!
Siapa malu dia yang pilu,
Siapa malas, dia melepas

Kupu-kupu malam,
Liar dan terancam,
Kupu-kupu malam,
Ghairah dan teransang.

Sunday, June 17, 2012

Hari Bapa




Sambutan Hari Bapa disambut diseluruh dunia. Sambutan Hari Bapa disambut untuk mengenang jasa ayah kita (aku panggil ayah aku dengan panggilan abah) yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan  dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Hari Bapa tidak disambut pada tarikh yang sama diseluruh dunia. Andorra, Bolivia, Honduras, Itali, Switzerland, Liechtenstein, Portugal dan Sepanyol menjadi negara paling awal menyambut Hari Bapa tahun ini.. Negara-negara tersebut menyambut Hari Bapa pada bulan Mac setiap tahun. Mereka semua menyambut Hari Bapa pada 19 Mac tahun ini.

Bulgaria menjadi negara paling terakhir menyambut Hari Bapa. Tahun ini mereka menyambutnya pada 26 Disember 2012.

Terima kasih buat abahku, Abu Bakar bin Mohideen, yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan tahan melayan kerenah aku sepanjang dibawah jagaannya. Dan walaupun kini aku sudah tinggal jauh dengan ibubapa aku, aku masih lagi menganggap aku masih di bawah jagaan mereka.

Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa.



Tuesday, June 12, 2012

Makwe Yang Tak Bertimbang Rasa Part 2

Kamu mempunyai seorang makwe. 

Makwe kamu cantik. Makwe kamu hot. 

Makwe kamu mempunyai kaki yang panjang. Makwe kamu mempunyai ketinggian persis model. Makwe kamu sangat tinggi.

Kamu pula seorang lelaki yang kurang ketinggiannya. Dengan kata lain, kamu pendek.

Makwe kamu lebih tinggi dari kamu.

Walaupun tahu kamu lebih pendek dari dia, tapi makwe kamu dengan selamba memakai kasut tumit tinggi setiap kali keluar bersama kamu, membuatkan kamu sangat pendek berbanding dia.

Inilah, makwe yang tak bertimbang rasa.

Monday, June 11, 2012

Makwe Yang Tak Bertimbang Rasa Part 1

Kamu pergi menonton wayang bersama makwe kamu.

Makwe kamu paksa kamu tengok filem yang dia ingin tengok, walaupun dah berjanji kali ini giliran kamu yang memilih filem untuk ditonton.

Sayang punya pasal, kamu turutkan saya kehendak makwe kamu.

Di dalam wayang, makwe kamu buat maca tengah tengok TV dekat rumah - bercakap sambil tengok wayang.

"Kenapa hero tu tak kejar awek dia?"

"Kenapa hero tu tak nak tumbuk orang jahat tu?"

"Kenapa hero tu tak menari macam dalam filem Hindustan?"

"Kenapa hero tu tak muka macam penyanyi Korea?"

Dan bermacam lagi soalan.

Akibat bercakap tanpa henti, penonton lain dah mula pandang-pandang ke arah kamu berdua.

Walaupun cuba mendiamkan makwe kamu, makwe kamu dengan muka selamba tempe tetap terus bercakap.

Sebaik sahaja tamat filem tersebut (kebetulan filem yang kamu tengok atas pilihan dia itu tak best), dia terus berkata:

"Tak best betul cerita ni. Awak la sibuk sangat nak tengok cerita ni. Saya nak tengok filem lain."

Maka dengan itu, inilah jenis makwe yang tak bertimbang rasa.

Friday, June 8, 2012

Perihal Malam Jumaat

Semalam ialah malam Jumaat. Semua orang tahu semalam ialah malam Jumaat. Kalau kamu tak tahu, itu maknanya cikgu kamu makan gaji buta semasa dia mengajar kamu dahulu.

Bila sebut tentang malam Jumaat, ada 3 benda popular yang akan bermain difikiran minda manusia.

Yang pertama, malam Jumaat adalah malam dimana suami dan isteri boleh mendapat pahala tambahan. Sebenarnya, aku tak pasti samada perkara ini (berjimak dengan pasangan) betul-betul boleh dapat pahala sunat. Tak tergerak pula hati aku nak bertanya pada ustaz aku semasa aku belajar dulu.

Yang kedua, malam Jumaat ialah dimana orang Islam akan menjalankan satu amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yassin yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Mereka akan membaca Yassin sesudah sembahyang Maghrib dan akan membawa sehingga sembahyang Isyak.

Yang ketiga, ini yang paling popular semasa kita kecil, malam Jumaat banyak hantu! Kalau malam Jumaat, belum masuk waktu Maghrib pera ibu sudah menjerit suruh anak balik ke rumah segera. Katanya, malam Jumaat banyak hantu. Elok duduk di rumah sahaja, kalau tidak takut di kacau oleh hantu pula.

Ini tiga perkara yang selalu kita dengarkan. Aku mahu bercerita sikit tentang perkara yang ke-2 dan ke-3 itu.

Menurut sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh pensyarah aku, seorang ustaz yang mengajar subjek agama, mitos 'malam Jumaat banyak hantu' sebenarnya direka oleh orang tua semata-mata.

Budaya amalan membaca Yassin pada malam Jumaat ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli agama yang berasal dari Indonesia (aku tak ingat namanya. Kalau kamu tahu, sila kongsi dibahagian komen). Amalan ini berkembang di seluruh Nusantara (kawasan dari Pulau Sumatera hinggalah ke Papua).

Tapi bukan semua orang mengikut amalan membaca Yassin di malam Jumaat, terutamanya kanak-kanak. Jadi, untuk menerapkan amalan ini ke dalam diri mereka, ibubapa mereka memberitahu mereka sesuatu yang menyebabkan kanak-kanak takut dan membaca Yassin pada malam Jumaat:

"Malam Jumaat ni banyak hantu. Hantu suka berkeliaran masa malam Jumaat. Kalau tak nak kena kacau atau rasuk dengan hantu, lepas Maghrib pergi baca Yassin."

Maka, bermulalah mitos 'malam Jumaat banyak hantu'. Dan sedikit sebanyak ini membuatkan kanak-kanak turut serta membaca Yassin di malam Jumaat.

Itulah cerita dari ustaz aku. Kalau dia tipu aku, maknanya cerita yang aku tulis ini memang tipu jugalah. Tapi rasanyan dia tak menipu. Ustaz ini jenis yang jenis serious all the time.

Rasanya, memang budaya orang Melayu yang suka membuat kiasan seperti itu. Mungkin kita pernah dengar juga kata-kata orang tua seperti "Jangan makan pindah-pindah tempat, nanti kahwin banyak", "Jangan lalu bawah ampaian, nanti pening kepala", dan banyak lagi. Mungkin budaya orang Melayu yang suka berkias (atau berbohong) untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Tapi, itu semua pada waktu dahulu. Kalau zaman sekarang sebut "Malam Jumaat banyak hantu", haram budak-budak zaman sekarang ini buat tak tahu sahaja. Mereka tak makan taktik ketinggalan zaman macam ini.

Lagipun, melihat perangai budak-budak sekarang, rasanya hantu yang takut dengan mereka.

Wednesday, June 6, 2012

Wang Hantaran

Gambar di cilok dari Cursing Malay


Mengikut apa yang Pak Long aku pernah cerita, wang hantaran semasa dia berkahwin dengan isterinya cuma RM 300. Kalau zaman sekarang nilai hantaran macam ni punya murah, aku rasa aku sudah kahwin 3 sekarang. Eh?

Aku tak tahu siapa yang letak nilai wang hantaran seperti gambar di atas, tapi kalau setakat dibincangkan di Facebook, maka bolehlah kita persetankan. Tapi oleh kerana ramai penduduk Malaysia cenderung untuk mempercayai semua fakta di internet secara bulat-bulat, maka tak mustahil nilai di atas akan dijadikan rujukan.

Kalau betullah hantaran boleh mencecah RM 30,000, memang masaklah si lelaki. Nilai RM 30,000 itu rasanya telah menyamai nilai sebuah kenduri kahwin itu sendiri. RM 30,000 duit hantaran, campur RM 30,000 duit kenduri, dah jadi RM 60,000. Duit banyak itu, sudah boleh buat down payment beli rumah.

Sebenarnya benda ini memang sudah terjadi. Abang kepada kawan aku baru sahaja berkahwin dengan isterinya yang mempunyai master (Ijazah Sarjana). Hantarannya? RM 18,000. Tak tahu berapa lama abang kawan aku ini kumpul duit sebab umurnya semasa kahwin pun sudah mencecah 32 tahun.

Memang betul, kahwin cuma sekali. Mungkin ibubapa pihak perempuan mahu mengambil untung sikit. Tapi kena fikirkan juga bagi pihak lelaki. Selepas kahwin, pasangan tersebut perlu menggunakan jumlah duit yang banyak.

Selepas kahwin, pasangan kena mencari tempat tinggal. Kalau belum mampu beli rumah, kena sewa dulu. Itu semua duit. Dah ada rumah, nak kena penuhkan isi rumah pula. Itu belum campur duit persediaan untuk menyambut anak.

Nilai hantaran yang tinggi melangit inilah yang membuatkan si lelaki terpaksa mengumpul duit bagai nak gila, dan si perempuan ramai yang kahwin lambat (atau mungkin jadi andartu) sebab tiada lelaki yang sanggup nak masuk meminang.

Jawabnya, semua lelaki bujang akan mula menunggu di depan pagar sekolah. Habis sahaja SPM, lelaki bolehlah tackle mana-mana awek yang rasa macam tak boleh jawab soalan SPM. Paling mahal pun, baru RM8,000.00 saja.

Zaman sekarang, semuanya tentang duit. Tak mustahil satu hari nanti, nilai hantaran boleh mencecah RM 50,000 bagi yang hanya mempunyai kelulusan SPM. 

Mungkin industri duit hantaran cuba meniru industri jual beli pemain bola sepak di Eropah, yang mana nilai pemain sekarang sudah menjadi tidak masuk akal.

Monday, June 4, 2012

Bagaikan Menonton Astro Bella

Bila ada orang bertanya pada aku, "Apa pandangan kau terhadap situasi politik di Malaysia sekarang?"

Aku jawab dengan ringkas dan mudah.

"Macam menonton Astro Bella. Penuh drama."

Atau kadang-kadang aku tambah sikit di hujungnya.

"Dan kadang-kadang rasa macam menonton Astro Warna pula. Ada kelakarnya."

Friday, June 1, 2012

Ekspresi - Perlu Kamu

Tiada apa yang aku ingin coretkan di blog ini hari ini.

Dengan itu, aku hiburkan kamu semua dengan satu lagu. Silalah dengar lagu di bawah ini. Lirik lagu ada di bawah video ini:



Terdetiknya hati ini ingin mengucapkan terima kasih
Di atas semua yang sudah memenuhi segala keperluan
Meskipun engkau hanya sezarah dari keperluanku
Ada beza jika tiada kamu di sisiku

Aku perlu kamu.. Oh oh..
Berganding di sampingku.. Oh oh..
Tanpamu jiwaku hilang...
Aku perlu kamu..

Sungguhpun kecil sumbanganmu ku masih ingin mengucapkan
Terima kasih kepadamu sebenarnya amat berharga..

Setiap saat berlalu
Meninggalkan siang malamku
Akan kusimpan memori
Tentang jasamu itu

Aku perlu kamu.. Oh.. Oh..
Berganding di samping ku.. Oh oh..
Tanpamu jiwaku hilang..
Aku perlu kamu..

Kita berbeza segala kurniaanNya
Engkau dan aku merempuhi ranjau ini
Tak usah mengabaikan pinjaman hayat ini.
Kota janjimu menyusuri jalan kejayaan yang hakiki..

Aku perlu kamu.. Oh.. Oh..
Berganding di samping ku.. Oh oh..
Tanpamu jiwaku hilang..
Aku perlu kamu..


==========


Mereka adalah kumpulan Ekspresi. Terdiri dari 2 anak muda yang bernama Hafiz Rosdi & Rudy. Aku akan ceritakan kisah mereka dalam entri-entri akan datang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...