Belilah Novel Aku!!!!

Monday, June 11, 2012

Makwe Yang Tak Bertimbang Rasa Part 1

Kamu pergi menonton wayang bersama makwe kamu.

Makwe kamu paksa kamu tengok filem yang dia ingin tengok, walaupun dah berjanji kali ini giliran kamu yang memilih filem untuk ditonton.

Sayang punya pasal, kamu turutkan saya kehendak makwe kamu.

Di dalam wayang, makwe kamu buat maca tengah tengok TV dekat rumah - bercakap sambil tengok wayang.

"Kenapa hero tu tak kejar awek dia?"

"Kenapa hero tu tak nak tumbuk orang jahat tu?"

"Kenapa hero tu tak menari macam dalam filem Hindustan?"

"Kenapa hero tu tak muka macam penyanyi Korea?"

Dan bermacam lagi soalan.

Akibat bercakap tanpa henti, penonton lain dah mula pandang-pandang ke arah kamu berdua.

Walaupun cuba mendiamkan makwe kamu, makwe kamu dengan muka selamba tempe tetap terus bercakap.

Sebaik sahaja tamat filem tersebut (kebetulan filem yang kamu tengok atas pilihan dia itu tak best), dia terus berkata:

"Tak best betul cerita ni. Awak la sibuk sangat nak tengok cerita ni. Saya nak tengok filem lain."

Maka dengan itu, inilah jenis makwe yang tak bertimbang rasa.

4 comments:

aku said...

Boleh tak suruh makwe tuh balik rumah jalan kaki supaya dia tahu erti timbang rasa?

Amirul (aremierulez) said...

aku:
Kalau boleh, memang nak buat.
Tapi nanti orang kata tak gentleman pulok

aku said...

masih fikir tentang gentleman. kagum :)

Amirul (aremierulez) said...

Aku:
Bukan apa, kesian pada pompuan tu.

Lagipun, kita yang bawak dia keluar, kita jugak lah yang kena hantar dia balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...