Belilah Novel Aku!!!!

Friday, June 8, 2012

Perihal Malam Jumaat

Semalam ialah malam Jumaat. Semua orang tahu semalam ialah malam Jumaat. Kalau kamu tak tahu, itu maknanya cikgu kamu makan gaji buta semasa dia mengajar kamu dahulu.

Bila sebut tentang malam Jumaat, ada 3 benda popular yang akan bermain difikiran minda manusia.

Yang pertama, malam Jumaat adalah malam dimana suami dan isteri boleh mendapat pahala tambahan. Sebenarnya, aku tak pasti samada perkara ini (berjimak dengan pasangan) betul-betul boleh dapat pahala sunat. Tak tergerak pula hati aku nak bertanya pada ustaz aku semasa aku belajar dulu.

Yang kedua, malam Jumaat ialah dimana orang Islam akan menjalankan satu amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yassin yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Mereka akan membaca Yassin sesudah sembahyang Maghrib dan akan membawa sehingga sembahyang Isyak.

Yang ketiga, ini yang paling popular semasa kita kecil, malam Jumaat banyak hantu! Kalau malam Jumaat, belum masuk waktu Maghrib pera ibu sudah menjerit suruh anak balik ke rumah segera. Katanya, malam Jumaat banyak hantu. Elok duduk di rumah sahaja, kalau tidak takut di kacau oleh hantu pula.

Ini tiga perkara yang selalu kita dengarkan. Aku mahu bercerita sikit tentang perkara yang ke-2 dan ke-3 itu.

Menurut sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh pensyarah aku, seorang ustaz yang mengajar subjek agama, mitos 'malam Jumaat banyak hantu' sebenarnya direka oleh orang tua semata-mata.

Budaya amalan membaca Yassin pada malam Jumaat ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli agama yang berasal dari Indonesia (aku tak ingat namanya. Kalau kamu tahu, sila kongsi dibahagian komen). Amalan ini berkembang di seluruh Nusantara (kawasan dari Pulau Sumatera hinggalah ke Papua).

Tapi bukan semua orang mengikut amalan membaca Yassin di malam Jumaat, terutamanya kanak-kanak. Jadi, untuk menerapkan amalan ini ke dalam diri mereka, ibubapa mereka memberitahu mereka sesuatu yang menyebabkan kanak-kanak takut dan membaca Yassin pada malam Jumaat:

"Malam Jumaat ni banyak hantu. Hantu suka berkeliaran masa malam Jumaat. Kalau tak nak kena kacau atau rasuk dengan hantu, lepas Maghrib pergi baca Yassin."

Maka, bermulalah mitos 'malam Jumaat banyak hantu'. Dan sedikit sebanyak ini membuatkan kanak-kanak turut serta membaca Yassin di malam Jumaat.

Itulah cerita dari ustaz aku. Kalau dia tipu aku, maknanya cerita yang aku tulis ini memang tipu jugalah. Tapi rasanyan dia tak menipu. Ustaz ini jenis yang jenis serious all the time.

Rasanya, memang budaya orang Melayu yang suka membuat kiasan seperti itu. Mungkin kita pernah dengar juga kata-kata orang tua seperti "Jangan makan pindah-pindah tempat, nanti kahwin banyak", "Jangan lalu bawah ampaian, nanti pening kepala", dan banyak lagi. Mungkin budaya orang Melayu yang suka berkias (atau berbohong) untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Tapi, itu semua pada waktu dahulu. Kalau zaman sekarang sebut "Malam Jumaat banyak hantu", haram budak-budak zaman sekarang ini buat tak tahu sahaja. Mereka tak makan taktik ketinggalan zaman macam ini.

Lagipun, melihat perangai budak-budak sekarang, rasanya hantu yang takut dengan mereka.

4 comments:

Joey said...

i dont know, tapi just to get clear, hari2 muslim memang start waktu malam ek?

I mean it suppose to be thursday night, instead of friday night kan?

aku masih x faham kenapa kita namakan malam sebelum hari jumaat adalah malam jumaat. just my two cent.

Amirul (aremierulez) said...

Joey!!!!
mana kau menghilang?? Lama tak dengar khabar...

Yup. Hari dalam Islam bermula masa waktu Maghrib, berbbeza dengan orang barat yang tetapkan hari bermula pukul 12 pagi

Pasal panggilan Jumaat malam tu, aku tak tau. Kau kena tanya orang tua pasal

Baru baca said...

Kalo ade org yang sebok kate bidaah kalo baca yasin malam jumaat sila pelangkung muka depa...

: D

Amirul (aremierulez) said...

Baru baca:
Tak bidaah pun.

Baca Yassin malam Jumaat ni sebenarnya menggalakkan kita membaca sebahagian dari Al-Quran, memandangkan masing-masing jarang sentuh Quran selepas kita khatam (menurut ustaz aku lah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...