Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 6, 2012

Wang Hantaran

Gambar di cilok dari Cursing Malay


Mengikut apa yang Pak Long aku pernah cerita, wang hantaran semasa dia berkahwin dengan isterinya cuma RM 300. Kalau zaman sekarang nilai hantaran macam ni punya murah, aku rasa aku sudah kahwin 3 sekarang. Eh?

Aku tak tahu siapa yang letak nilai wang hantaran seperti gambar di atas, tapi kalau setakat dibincangkan di Facebook, maka bolehlah kita persetankan. Tapi oleh kerana ramai penduduk Malaysia cenderung untuk mempercayai semua fakta di internet secara bulat-bulat, maka tak mustahil nilai di atas akan dijadikan rujukan.

Kalau betullah hantaran boleh mencecah RM 30,000, memang masaklah si lelaki. Nilai RM 30,000 itu rasanya telah menyamai nilai sebuah kenduri kahwin itu sendiri. RM 30,000 duit hantaran, campur RM 30,000 duit kenduri, dah jadi RM 60,000. Duit banyak itu, sudah boleh buat down payment beli rumah.

Sebenarnya benda ini memang sudah terjadi. Abang kepada kawan aku baru sahaja berkahwin dengan isterinya yang mempunyai master (Ijazah Sarjana). Hantarannya? RM 18,000. Tak tahu berapa lama abang kawan aku ini kumpul duit sebab umurnya semasa kahwin pun sudah mencecah 32 tahun.

Memang betul, kahwin cuma sekali. Mungkin ibubapa pihak perempuan mahu mengambil untung sikit. Tapi kena fikirkan juga bagi pihak lelaki. Selepas kahwin, pasangan tersebut perlu menggunakan jumlah duit yang banyak.

Selepas kahwin, pasangan kena mencari tempat tinggal. Kalau belum mampu beli rumah, kena sewa dulu. Itu semua duit. Dah ada rumah, nak kena penuhkan isi rumah pula. Itu belum campur duit persediaan untuk menyambut anak.

Nilai hantaran yang tinggi melangit inilah yang membuatkan si lelaki terpaksa mengumpul duit bagai nak gila, dan si perempuan ramai yang kahwin lambat (atau mungkin jadi andartu) sebab tiada lelaki yang sanggup nak masuk meminang.

Jawabnya, semua lelaki bujang akan mula menunggu di depan pagar sekolah. Habis sahaja SPM, lelaki bolehlah tackle mana-mana awek yang rasa macam tak boleh jawab soalan SPM. Paling mahal pun, baru RM8,000.00 saja.

Zaman sekarang, semuanya tentang duit. Tak mustahil satu hari nanti, nilai hantaran boleh mencecah RM 50,000 bagi yang hanya mempunyai kelulusan SPM. 

Mungkin industri duit hantaran cuba meniru industri jual beli pemain bola sepak di Eropah, yang mana nilai pemain sekarang sudah menjadi tidak masuk akal.

7 comments:

aku said...

info pasal hantaran dekat surat khabar tu sungguh kebabian

Amirul (aremierulez) said...

Aku:
Daripada membaca berita tentang politik, aku rasa pasal wang hantaran ini lebih baik

aku said...

politik tu jangan cakap la.. itu double triple

una berry said...

langsung tak setuju dengan wang hantaran yang tinggi.
tapi kadang-kadang ibu bapa memang melebih2.
contoh: abang aku nak kawen, gf dia kata tak yah hantaran pun takpe tapi mak aku lak kata tak boleh camtu la apa la, kena bagila, kurang2 10k sbb engineer gak la apala.haish, orang tu dah tak nak, mak ayah dia okay orang lain yang sibuk.payah gak tu.

Amirul (aremierulez) said...

Aku:
Berita politik menyebabkan aku malas nak baca surat khabar

Una Berry:
Haha.. Gila sporting gf abang kau tu. Dia ada adik pompuan yang single tak? Haha

Tu la. Kadang-kadang mak bapak yang lebih-lebih. Kononnya, kalau hantaran murah, jatuh standard. Macam-macam...

Baru Baca said...

x dpt bayar loan kereta...
kereta kena tarik...

kalo x byr loan untuk buat duit hantaran?...
bini kena tarik ke?...

: p

Amirul (aremierulez) said...

Baru Baca:
Bini kena tarik?
Ini memang laur biasa.
Tapi kalau bini kena tarik, boleh kahwin lain kah? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...