Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, July 25, 2012

25 Julai - Detik Itu Datang Lagi

TARIKH: 25 JULAI 1984
HARI: RABU
TEMPAT: KAMPUNG NAKHODA, SELAYANG, SELANGOR.
MASA: 3:30 PAGI

Pada waktu ini, seorang bayi lelaki telah dilahirkan oleh seorang wanita. Bayi yang comel dan bakal menjadi pemuda tampan dan kacak pada suatu hari nanti ini di lahirkan dengan cukup sifat.

Bayi yang bakal menjadi lelaki kacak, tampan dan penuh dengan sifat budiman tersebut di berikan nama Amirul Idham Bin Abu Bakar.

==========

Dah 28 tahun umur aku. Dan bila kamu masih lagi seorang bujang pada usia ini, soalan "Bila kau nak kahwin?" adalah soalan lazim yang akan muncul di mulut orang ramai.

Kadang-kadang aku pun pelik, macam mana mereka boleh bagi soalan yang sama pada aku? Adakah mereka sudah berpakat?

Terima kasih kepada yang memberikan wish hari jadi melalui SMS, WhatsApp, wall Facebook, Twitter dan lain-lain medium lagi.

Dan pada tarikh ini juga, pada tahun 2009, Malaysia kehilangan seorang pengarah berbakat dan juga insan yang bertanggungjawab menghasilkan iklan Petronas yang menyentuh jiwa setiap kali Hari Raya, Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Kemerdekaan, iaitu Yasmin Ahmad.

Selamat hari jadi kepada aku. Sila berikan ucapan Selamat Hari Jadi kepada aku diruang komen dan aku akan berikan alamat rumah aku supaya mudah kamu menghantar hadiah hari jadi kepada aku nanti.


Ada sesiapa tahu tajuk lagu yang Beego nyanyi ini?

5 comments:

Fairuz said...

Selamat hari lahir bro... Semoga cepat kawen...hahaha...

Hujan Malam said...

Happy birthday, semoga pjg umur n murah rezeki.. :-)

Amirul (aremierulez) said...

Fairuz:
bab kahwin tu memang tak boleh blah. hahaha

Hujan Malam:
Thanks

Anonymous said...

hepy belated beday bro..bila nk lansungkan walimatu urus..wakakaka

-pjah =p-

Amirul (aremierulez) said...

Pjah:

Haish..
Kahwin lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...